How to Style Your Turtleneck for Men

by - December 11, 2020


Well hello there, welcome back to my blog. Dunia yang aku cipta just untuk share apa yang aku rasa patut share. So, sejak aku masuk dalam dunia Zalora ni aku dah mula in kan diri aku sepenuhnya dalam fashion. Since, aku jarang update pasal fashion, so yang ni akan jadi entri pertama aku lagilah. lagipun aku selalu out untuk shoot dengan model-model dan kadang-kadang aku suka ambil OOTD dan post dekat Instagram. So secara tak langsung aku kena juga ambil tahu macam mana aku nak gayakan model aku nanti untuk nampak macam apa yang aku harapkan ikut tema untuk shoot haritulah. 

So, since nanti aku buat shoot untuk street fashion. Aku nak cuba gayakan dengan turtleck. Bagi aku jarang lelaki pakai turtleneck dekat luar yalah sebab sekarang ni panas, kalau pakai untuk tangkap gambar itu bolehlah. Jadi aku dah jumpa beberapa idea yang aku boleh buat untuk shoot tu nanti. Cumanya aku nak share dekat sini supaya lelaki yang kat luar sana yang tak tahu macam mana nak gayakan turtleneck boleh belajar dari sini. 

Yang ni khas untuk lelaki ya, tapi kalau ada Girlfriend yang nak belajar untuk dress Up boyfriend teruskan baca sampai habis. 


1. Coat, Turtleneck, Chinos

This look actually more casual. Untuk coat korang boleh pilihlah warna yang rasa sesuai dengan warna turtleneck dan sila pastikan untuk pilihan warna jangan terlalu terang. Lelaki biasanya akan cenderung kepada warna-warna yang gelap, sebab kitorang tak suka exposure. hahaha. So, warna-warna gelap sesuai dengan lelaki hence boleh naikkan lagi aura. Untuk outfit yang pertama. Korang boleh gunakan Beige Coat, White Turtleneck dan untuk bahagian bottom korang boleh pakai Black Chinos. Simple dan tak terlalu menonjol. 


2. Denim Jacket, Turtleneck, Jeans


Bagi outfit yang kedua ni aku dah biasa nampak sebab ramai yang dah gayakan. Dia tak macam llook yang pertama sebab lelaki jarang pakai coat dekat Malaysia ni. Biasanya outfit kedua memang cantik untuk buat Street fashion since kat Malaysia ni memang dah biasa dengan pemakaian Denim Jacket. Korang boleh gunakan Blue Denim Jacket, Black Turtleneck, dan black jeans. Untuk lelaki kurus biasanya memang sesuai dengan gaya yang kedua sebab nak nampakkan yang badan lagi buff atau sado. Tips tambahan, lelaki kurus jangan sesekali pakai outfit yang fit atau mengikut bentuk tubuh sebab akan nampak anda macam tulang. Jadi pastikan pakai baju yang tebal atau gayakan secara berlapis untuk nampak lagi buff. 

3. Plaid Long Sleeves, Turtleneck, Chinos


Bagi final outfit pulak yang ini akan nampak casual juga yet simple untuk digayakan. Untuk nampak lebih menarik, korang boleh gayakan turtleneck dengan plaid long sleeves. Untuk bahagian bottom korang bolehkan gayakan Black chinos. Ingat, setiap out korang mesti pandai main dengan warna.  


So, itu saja untuk quick entri harini. Korang rasa korang sesuai dengan look yang mana satu? 

You May Also Like

12 comments

  1. Baju begini memang nampak segak bagi lelaki yg tinggi lampai leher jinjang...

    ReplyDelete
  2. Guy in turtleneck memang nampak handsome. Tapi macam sesuai untuk yang slim and tinggi je rasanya. Kalau husband Iza ni mau pelik nanti. Hehhe

    ReplyDelete
  3. Turtlenecks look good on some men, but like the other commenters said, it also depends on the person's body shape. Dan perlu sesuai juga dgn tempat, acara dan cuaca. Kalau tengah2 panas pakai turtleneck dan jacket semata2 nak berfesyen, nanti jadi fashion victim pula.

    ReplyDelete
  4. So stylish kan turtle neck I though it looks cool on tall man but for short man, it will make him much shorter, so no no

    Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

    ReplyDelete
  5. Memang lelaki pakai nampak smart. Tapi bukan semuala. Badan gaya model cantikla pakai

    ReplyDelete
  6. Banyak style yang boleh digayakan dengan turtle neck ni kan. Nampak kemas!

    ReplyDelete
  7. I wish I could fit turtleneck and still look good. But my neck is short...so it will not fit me. Anyway good guide and pointers here. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

  8. This informative blog is really interesting. It is a good blog I read some posts I was looking article like these. Thanks for sharing such informative

    article keep it up. Thanks
    Saath Nibhana Sathiya
    Saath Nibhaana Saathiya
    https://saathnibhaanasaathiyatv.com

    ReplyDelete
  9. Dulu memang suka pakai turtleneck ni especially dari uniqlo :) tapi sejak dah hurm (Gain weight), jadi tak sesuai sangat!.. But these three styles ni memang nice.. stylo giler..!

    ReplyDelete
  10. Kalaulah anak bujang Sis suka nak bergaya gini, alaaa smart sangat kannn.. Suami pun tak berapa nak bergaya gini, sebab measing jenis simple...

    ReplyDelete
  11. Handsomenya! Unfortunately, my bf tak pakai macam ni, otherwise I will make him dress up like this.

    ReplyDelete
  12. Uish jarang2 la nampak org nak pakai turtleneck ni sebab panas. lg lg lelaki. kat malaysia ni memang takda la. kalau kat overseas memang ada. tapi okay je lelaki pakai mcmni

    ReplyDelete

Drop ur felling Here