Tenanglah Kau di sana (terima kasih Ahmad Fakrullah Hakimi)


Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku saat ini. Aku rasa down gila hari ini. Aku takkan lupakan kau selama-lamanya. Aku janji! kau akan tetap jadi sahabat aku selamanya Amin. Nanti kita akan jumpa dekat sana. 

Allahu... aku terkejut dengan pemergian kau yang secara tiba-tiba. Aku sedih sangat-sangat. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan sedih aku tu macam mana. Aku terlalu sedih. Kawan-kawan kita yang lain pun sedih bila kau dah tinggalkan dunia yang fana ni. 

Kita dah kawan dari kecik sampai umur 17 tahun ni. Aku sebak. Lama kita kawan. Aku tak boleh lupakan kenangan kita masa dulu-dulu. 

Aku maafkan segala salah kau Amin. Aku tak akan simpan apa-apa perasaan dendam pada kau. Aku akan selalu doakan yang terbaik untuk kau. Kau pergi tinggalkan kami sahabat kau di bulan Ramadhan yang mulia ni. Ia merupakan satu nikmat yang Allah SWT berikan pada kau Amin. Tak semua orang dapat. Aku bersyukur sangat-sangat. 

Saat aku cium jenazah kau, saat aku angkat jenazah kau, saat aku sembahyangkan jenazah kau dan saat aku lihat kau dimasukkan ke dalam liang lahat. Aku sendiri masih tak percaya adakah itu kau? Tapi aku harus terima kenyataan yang itu adalah jenazah kau. 

Kalau boleh aku nak berkawan dengan kau sampai bila-bila Amin. Aku rindukan kau. Kita kawan dari kecik, kena denda sama-sama, ketawa sama-sama. Aku sedih. Bila aku tengok kawan-kawan yang lain masa dekat kubur tadi, aku tahu diorang pun sedang tahan sebak. Sebab kami masih lagi tak percaya yang kau telah pergi tinggalkan kami. Di umur yang masih muda, saat kita sahabat semua baru nak memasuki alam remaja yang lebih lagi. Aku rasa sebak. 

Kau cakap nak belajar betul-betul untuk SPM dan taknak main-main dah. Aku percaya pada kau Amin. Aku pun pernah cakap dekat kau supaya buatlah betul-betul untuk SPM tahun ni. Tapi... Allah lebih sayangkan kau. Allahu... 

Aku tak tahu nak tulis apa lagi. Aku cuma nak cakap yang aku betul-betul rindukan kau. 

Sopian, Faiz, Syukri, Safwan, Aku, Hakim,Hannan, Firdaus, Naim, Aqmar, betul-betul rindukan kau. Aku takkan lupakan macam mana melihat mereka menangis saat mereka cium jenazah kau. Aku sebak. Kita semua kawan dari kecik hingga sekarang. Aku tak sangka kau pergi dulu. 

Masa mula-mula aku dapat tahu yang kau dah takda. Aku terkejut. Masa aku nampak jenazah kau terbaring ditutupi dengan kain putih di hospital aku rasa macam nak pitam. Aku rasa macam tak percaya yang sedang terbaring kaku itu adalah kau.

Untuk pengetahuan kau... Sopian rasa bersalah sangat sebab... Ahh! 

Kalau aku jadi Sopian aku pun akan rasa benda yang sama Amin. Tapi kami sekawan takkan pernah salahkan Sopian. Sopian rasa bersalah sangat. Aku tahu Sopian menangis sangat-sangat. Dia memang betul-betul minta maaf dengan kau. 

Aku janji yang aku akan pujukkan Sopian untuk kau. 

Ramai Cikgu datang ziarah kau. Ramai kawan-kawan kau datang membantu menguruskan jenazah kau. Aku cukup sebak Amin. 

Aku sayangka kau Amin dan kawan-kawan yang lain. Aku takkan lupakan kenangan manis kita masih kau ada di muka bumi ini. Aku nak kau tahu yang kami akan selalu doakan untuk kau. 

Amin... aku betul-betul rindukan kau. Kami betul-betul rindukan kau. Apatah lagi keluarga kau yang dah macam keluarga kami. '

Semua orang rindukan kau Amin. 

Moga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Sahabat blogger semua. Mohon saya minta untuk sedekahkan Al-fatihah buat rakan saya yang telah meninggal dunia hari semalam dan dikebumikan hari ini. Terima kasih. 

11 comments:

  1. Be strong Qbal, salam takziah buat Amin dan keluarga.
    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bro Syed. Amin... moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman

      Delete
  2. I hope you stay strong.
    Salam takziah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Masih lagi rasa sedih sebb kawan dari kecik😞

      Delete
  3. Stay strong and Salam takziah Qbal.. And to Sopian, it's a fate by Allah.. You should stop blaming yourself and doakan yang terbaik buat Arwah....

    ReplyDelete
  4. Be strong buddy. I feel you :'(. Al fatihah.

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED