Review: Fabricated City (Korean Movie)

May 22, 2017

Plot. In real life, Kwon Yoo (Ji Chang-wook) is unemployed, but in the virtual world he is recognized as a top gamer with no rival. While playing as usual at a local Internet café, Kwon Yoo is stunned to learn that he has become the prime suspect of a shocking crime: the rape and murder of a high school girl




Normally, Aku seorang yang sangat sukakan cerita yang macam ni. Cerita yang ala-ala sains fiction sikit. Kena dengan selera aku. Bak kata aku sendiri kalau aku nak pilih untuk menonton sesebuah cerita itu, aku akan pastikan yang jalan cerita tu kena dengan selera aku. Dan cerita ni memang sangat-sangat kena dengan selera aku yang agak berjiwa nak membunuh ni. Haha!


Lepas habis mid year exam ni aku jadi agak bosan sedikit sebab tak dapat nak buat sesuatu. Jadi kawan aku ada recommandkan cerita ni dekat aku. Mula-mula aku kerut dahi jugaklah dengar dia cerita pasal movie ni. Sebab aku memang tak pernah dengar langsung pasal movie ni. Lihatlah, betapa ketinggalannya aku di sini. Tapi nasib baik aku teringat yang ada seorang blogger (ada dalam bloglist crush aku) pernah review movie ni.

Jadi aku buka dan baca balik review yang dia tulis. Aku mula tertarik nak tengok cerita ni. Lalu dengan langkah yang penuh keterujaan aku pun gigih mendownload movie ini dalam masa tak sampai 15 minit.

Disebabkan pada hari itu aku tak ada apa-apa yang nak dilakukan (selain buat revision) aku gigihkan diri untuk menonton movie ini dengan penuh rasa terpinga-pinga pada awalan cerita (dalam 8 minit gitu)  mula-mula aku tak rasa nak tengok. Tapi tak sampai pertengahan cerita aku terus melekat depan laptop menonton cerita ni dengan penuh rasa teruja yang membuak-buak macam darah pekat yang mengalir... cewah!

Serius! korang kena tonton movie ni sebab memang seronok gila. Aku tak mampu ukur tahap 'best' tu sampai tahap mana tapi yang aku boleh bagi tahu korang. Cerita ni sama tahap macam korang tonton movie Titanic (Jack&Rose)

Jujur! awalan cerita memang nampak macam bosan sikit. Perkara yang sangat normal bagi sesebuah karya. Tapi tak sampai pertengahan cerita pun korang akan rasa nak terus tonton movie ni sampai habis. Dia punya jalan cerita, Haish! gempak habis! Aku rasa kalau boleh nak aje aku lakukan sesuatu pada watak antogonis dalam movie ni. Sebab aku memang rasa nak bunuh aje watak antogonis ni.

Cerita ni berkisarkan tentang kepandaian, kebijaksanaan, Sains dan teknologi, Aksi, bunuh, penyiasatan. Cukup gila rasa! Cinta tak ada ya! Haha.

Jadi-jadi-jadi! Apa tunggu lagi gais? Cepat-cepat download movie ni.

Tak tau nak Download dekat mana?  Aku akan tolong! Pergi ke KDramaDownload kat menu atas blog aku ni.


6 comments:

  1. Yo! Was here after my mid-terms jugak ...Yh Syara suka kdrama ni it's more to penyiasatan and also now tgh tgk suspicious partner wew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... cerita yg macam ni memg best gila kalau tengok. Tak rugi langsung. 😍😍

      Delete
  2. I mean movie my pardon xD suspicious partner yg drama ahhh yesh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhh... Na do Joha ( I like it too!!)

      Delete
  3. Oh thanks! Been meaning to try some korean movie. Online games and science plus mystery, seems entertaining enough.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.