The Gifted (Tcer Ita)


As always she said...

"Every child is a gift. They just unwrap their packages at different times..." 

I say

"Every Teacher is a gift..." 

Kalau tak ada cikgu. Tak adalah anak murid yang berkualiti. Kalau tak ada cikgu tak mungkin sekolah akan terbina.

Semalam merupakan hari pertama aku bergelar fasi muda dengan 4 rakan yang lain. Bak kata Tcer Ita lah... hah!

We having so much fun with SMK. Seri Londang at PulauRes Batu Gajah, Perak.

Program best berkaitan peta I-Think.

Dah pernah dengar ke apa tu I-Think?




iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan


I-Think Terdiri daripada 8 peta pemikiran;

1. Peta Bulatan
2. Peta Buih 
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Pokok
5. Peta Dakap
6. Peta Alir
7. Peta pelbagai Alir
8. Peta Titi



Jadi Tcer Ita ditugaskan untuk memberikan penerangan pada SMK. Seri Londang tentang peta ni. Disebabkan SMK. Sultan Muzafar Shah 1 (My School)

Merupakan role model Peta I-Think bagi Daerah Perak Tengah. (Bangga)

Huhk!

Jadi 5 orang gaji telah ditugaskan termasuk aku untuk ikut bantu Tcer dalam melancarkan lagi program ni.

Jadi kami 5 beracah-acahlah jadi pelajar U dekat situ ( hahaha)

Gambar Phone aku memang low quality sikit. jadi maafkanlah tuan hambamu ini.

Tak ada masa nak kumpul duit beli phone baru yang cadang-cadangnya nak pakai Iphone.

"Tangkap gambar depan cermin, lalu menjadi acah-acah hipsters dengan lambang apple. Heks!) 
                                                   (Muka semua dah penat) ^_^




Seronok jugalah. Sebab budak Londang pun rata-rata sporting. Ni mesti pembawaan virus happy Tcer Ita dan orang-orang gajinya. Hahk!

                          (Tcer sedang khusyuk mendengar nyanyian daripada Fakri, lagu Tajul)







Baik betul budak-budak Seri Londang ni. Dengar cakap Tcer aku. Diorang tanya aku masa waktu solat Zuhur dekat surau. Tcer Ita ni garang ke orangnya. Kenapa suara dia macam tu. Badan kecik tapi suara nyaring. Hahah!

Awkward.........


                            (Dah macam Gikgu aje Faiz ni. Padahal bawah aku setahun je.)


                                        (Dance Session bersama dengan Luhan Exo.)


Tarian yang dicipta untuk memudahkan pelajar mengingat 8 peta I-Think dengan pantas. Penciptanya: Aku, Tcer, Alyana, Syahmi Dan El. Hahah... Ada bakat juga nak jadi penari ni.


                           (Nama dia sama dengan aku dan ada sedikit split character. Hmmm..)





                                                             (Group Work)










                                                        (Group Presentation)

Part ni paling seronok sebab ada pelajar yang bercakap macam nak terkeluar jantung deme. Nervous kemain lagi beberapa orang. Nasib tak pengsan aje. Hahah!

Yah! Dua sesi Tcer Ita berlangsung pada hari tu. Dan kitorang dapati yang Seri Londang ni cekap habis. Semua berjalan dengan sangat lancar. Sekejap aje pelajar Seri Londang ni boleh tangkap apa yang Tcer Ita ajarkan.

Hebat! Daebak!

 

                                               (TQ Seri Londang for the feedback)


Dan... tibalah masanya untuk balik.



Lepas tulis ni baru teringat sesuatu....

Nak Exam Pertengahan Tahun (maka dengan ini aku pun berlari ke arah buku dengan lajunya)

2 comments:

  1. Terharu baca introduction post ni. Ada lagi yang menghargai guru hehe thanks.
    Aktiviti macamni memang best! selain dari menambah ilmu, pelajar juga dapat develop their self-confidence. Good job :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. is a quite hard to leave school. Bro Syed cg kan?

      Macam yg Q kata. Every tcer is a gift.

      Q akan tetap hargai guru tu walau dia garang sekali pun😂😂

      Kalau Bro Syed ada masa boleh le ajar Q English. hahahah😜😜😜

      Delete

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED