Lelaki Kelas Pertama - Bab 6

19:51:00
BAB 6
DIA pandang sekeliling dengan pandangan yang aneh. Tempat itu sangat asing bagi dia. semuanya putih. Bila pandang tepi, tangan kirinya sudah dimasukkan paip bersambung pada saluran air yang tergantung. Leo bangun. Dia terkejut.
Tapi kepalanya sakit dan berdenyut-denyut buat dia mengerang kuat. Dia pegang kepala dan terasa kepalanya berbalut.

Bajunya bukan lagi baju yang dia pakai. Sudah ke baju hijau. Dan Leo yakin sekarang ini dia berada di hospital. Apa yang berlaku sebenarnya?
Kenapa dia boleh ada dekat sini? Macam mana dia ada dekat sini? Siapa yang bawa dia ke sini? 

Apa yang berlaku pada diri dia?
Semua persoalan itu bermain-main di fikiran membuatkan kepala dia bertambah sakit dan sakit bagai dihempap dengan bertan-tan batu. Arrgghh!

Leo baring semula. Pejam mata dan cuba untuk bertenang. Liur ditelan berkali-kali. Tapi rasanya macam telan jus peria. Sangat pahit dan perit tekaknya. Air liurnya terasa seperti batu yang menyagat esofagus.

Bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan Leo membuka mata terus. Dia lihat seorang wanita menghampirinya. Leo terus bangun. Dia tak kenal siapa perempuan itu.
“Jangan banyak bergerak. Keadaan awak masih lagi tak berapa baik.”
Bukan itu yang Leo nak dengar dari perempuan tu. Dia mahu tahu siapa perempuan ni.

“Awak baring dulu. Ni, saya ada bawakan makanan untuk awak. Mesti awak laparkan. Dah dua hari awak tidur dekat sini.”
“Dua hari?” soal Leo dengan suara yang peralahan.

“Dua hari. Awak kena langgar hari tu. Err… Aunty yang terlanggar awak. Awak ingat tak? awak melintas jalan. Masa tu tengah hujan. Sepatutnya awak lebih berhati-hati tau.” Kata perempuan itu yang menggelarkan dirinya aunty.

Leo geleng kepala beberapa kali. Dua hari dia di sini? Makna! Ibu mesti risaukan dia! ibu mesti mencari dia!

Leo bangun dan menjejakkan kaki ke lantai.

“Awak nak ke mana?” soal wanita itu dengan lembut.
“Aku nak balik. Aku tak boleh duduk dekat sini.” Kata Leo dengan nada yang agak marah. Wanita tadi hanya tersenyum memandang Leo.

“Awak marahkan aunty ke sebab aunty dah langgar awak? Aunty minta maaf. Auinty pun sepatutnya pandu kereta dengan berhati-hati. Tapi, kamu masih lagi tak boleh balik. Keadaan kamu tak mengizinkan.” Ujar wanita itu.

“Tolonglah. Aku Cuma nak balik. Aku nak tengok mak aku. Mesti dia tengah risaukan aku sekarang ni!” bentak Leo kuat. Wanita itu terdiam. Namun dia masih lagi tenang.

“Baiklah. Aunty akan hantar kamu balik. Tapi lepas kamu makan ni dulu. Kamu tak makan apa-apa lagi.” Pujuk wanita itu dengan lembut.

Leo terdiam. Dia memerhatikan makanan yang dibawa wanita tersebut. Tiba-tiba sahaja perutnya berbunyi bak kompang orang kahwin. Leo panjat semula ke katil dan perlahan-lahan membuka makanan yang berada di dalam polisterina tersebut. Nasi ayam semestinya.
Leo terus menjamah dengan berselera. Mata wanita yang memerhatikannya langsung dia tak peduli. Dia sedang lapar.

“Nama kamu siapa?”
Soal wanita tersebut. Leo berhenti menyua nasi ke dalam mulut. Memandang wanita asing itu dengan pandangan yang agak tajam.

“Leo.” Jawab Leo sepatah dan terus menyambung makan.
“Leo? Semudah itu nama? Lanngsung tak sama dalam sebutan kad pengenalan.” Wanita itu berkata. Leo mengerutkan dahi.

“Maksud?” tanya Leo. Wanita itu tidak menjawab. Dia keluarkan sesuatu daripada handbag jenamanya. Leo memerhati.

“Ni kad pengenalan kamu. Aunty jumpa dalam beg kamu. Nasib tak hilang.” Wanita itu menyerahkan kad pengenalan pada Leo. Keoth menyambutnya dengan pantas lalu masukkan ke dalam beg sandangnya dan kembali menjamah makanan.

“Kamu keturunan cina ye?” soal wanita itu lagi. Leo hanya makan. Langsung tidak menjawab.
“Patutlah kamu macam cina.”

Leo diam. Dia rasa wanita depannya ini cuba untuk beramah mesra barangkali.

“Aku dah habis makan. Boleh hantar aku balik sekarang?” tanya Leo dengan tegas. Wanita itu tersenyum. Tak menjawab. Dia bangun dan berura-ura untuk keluar daripada bilik.

“Tunggu selepas aunty datang semula. Nanti Aunty hantar Leo balik.” Katanya sebelum terus pergi. Leo di atas katil rasa macam tertipu.  


“SUKA berdiam diri, taknak bercakap dan langsung taknak cerita pada Arwin?” soal Arwin pada tengku Arman yang sedang membaca helaian akhbar tanpa sedikit pun mempedulikan bebelan Arwin. Tengku Arman hanya memekakkan telinga.

“Papa! I’m talking to you.” Tegas nada Arwin. Dia sudah bercekak pinggang di hadapan katil. like? Seriously? Arwin betul-betul geram dengan sikap papanya yang satu ni. langsung taknak bercerita macam mana dia boleh jatuh tergolek dekat tangga tu.

Yes I know. Papa dengar apa yang Win cakap.” Tengku Arman tersenyum selamba.
So, please pay attention. Papa tahu tak yang papa dah buat Win risau sampai rasa macam nak terkeluar jantung ni bila Maisarah tu kata papa jatuh tangga. Papa tahu tak?”

“Ala… sikit aje ni.” Tengku Arman malas nak mendengar.
“Sikit? Sikit papa kata sampai dah patah macam ni? kurang-kurang dalam masa dua minggu atau sebulan baru kaki papa ni pulih macam biasa. Dekat syarikat papa tu takde lif ke sampai nak turun tangga bagai?” soal Arwin dengan nada yang geram. Lebih kepada berleter sebenarnya.

“Arwin ni macam mamalah.”
Please jangan samakan Arwin dengan mama. Arwin tak ada mama. I only have you.” Nafas Arwin agak bercelaru ketika ini.

“Win boleh tak jangan cakap benda yang macam tu. Papa tak sukalah. Kalau mama dengar nanti macam mana? Kecik hati dia tahu. Walau macam manapun buruk baik mama. She’s still your mother Arwin. Orang yang telah melahirkan Arwin ke dunia ni.” ujar Tengku Arman. Sekarang bagi dia pula bagi nasihat pada anak gadisnya yang bernama Tengku Arwin Hashah ini.

“Urgghh! I’m not listening. Bla… bla.. tak dengar.” Arwin tutup telinga. Tidak mahu mendengar bebelan Tengku Arman itu.

So, kalau taknak dengar tolong berhenti cakap mama macam-macam.” Tengku Arman terus tekun pada surat khabar semula. Arwin mengeluh perlahan. Dia bergerak ke tepi katil.

“Papa. Papa tak jawab soalan Arwin tanya tadi. Suka sangat ubah topik. Soalannya berbunyi, macam. Mana. Papa. Boleh. Jatuh.  Tangga?” sebutir-sebutir Arwin mengeluarkan perkataan menunjukkan dia benar-benar mahu tahu.

“Sebab. Takdir. Dah memang masa tu papa ditakdirkan untuk terjatuhlah. Senang aje jawapan dia.” Tengku Arman jawab dengan selamba.

“Papa!” Arwin dah cekak pinggang. Tengku Arman ketawa terbahak-bahak melihat wajah cemberut Arwin itu.

“Memanglah papa jatuh tangga tu takdir. Masalahnya sekarang ni peyebab dia? penyebab macam mana papa boleh jatuh?”

“Kenapa Arwin beria sangat nak tahu ni?”

“Dan kenapa papa beria sangat taknak kasi tahu ni?” Arwin tanya balik soalan. Tengku Arman geleng kepala.
Tengku Arman berdecit perlahan. “Yalah. Papa bagi tahu. Tapi Arwin jangan terkejut pula. Sebenarnya papa kena tolak dengan seseorang.”

What?” menjerit Arwin terkejut dengan jawapan tersebut.
“Betul ke orang tolak papa? Tak guna betul! Berani sungguh dia!!” Arwin mengepal penumbuk . berani betul siapa yang menolak papanya. Memang cari nahas.

“Sekarang ni papa cakap dengan Arwin siapa yang tolak papa? Papa cakap cepat biar Arwin pergi belasah dia cukup-cukup. Kalau yang tolak tu staf papa, Arwin akan pastikan yang dia kena pecat dari syarikat tu dengan cara yang kejam!” serius betul nada suara Arwin tambah pula riak wajahnya menunjukkan yang dia tidak main-main dengan ayat yang baru saja dia ungkapkan.
Tengku Arman angkat bahu. Berkerut seribu dahi Arwin.

I don’t know. Masa papa  kena tolak tu papa jatuh dan terus pengsan. Sedar-sedar je dah ada dalam kereta ambulance.” Cerita Tengku Arman. Arwin dah mati kata.
“Takkan papa sikit pun tak nampak siapa orangnya?” Arwin tak puas hati.

“Win… kalau papa tahu siapa orangnya. Bukan Win yang pergi cari tahu. Papa sendiri yang akan cari.” Termangku seketika Arwin di sisi katil. memandang tepat ke atah kaki Tengku Amran yang berbalut. Kesian sungguh. Rasanya-rasanya sebulan kaki Tengku Arman akan baik. Itu pun mungkin dia akan memakai tongkat dalam masa yang agak lama.

“Takpalah. Nanti Arwin pergi syarikat papa balik dan tengok CCTV dekat pondok guard. Rasanya terakam.” Cadang Arwin secara tak langsung. Tengku Arman hanya angguk setuju.

Beberapa minit kemudian kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Tengku Arman dan Arwin mengalihkan pandangan pada pintu. Kelihatan seorang wanita yang sudah agak berumur tetapi masih cantik bersama dengan seorang perempuan yang berlagak ala-ala remaja muncul dari balik pintu.

Tengku Arman hanya beriak sahaja. Sebaliknya Arwin sudah menjadikan matanya segarang yang mungkin sambil memeluk tubuh. Dia memandang dua mahkluk yang baru masuk itu dengan pandangan yang agak membunuh. Lebih-lebih lagi ke arah gadis di belakang.

“Assalamualaikum Arman. Sihat?” tanya  Datin Zulian dengan riak wajah yang tenang. Tengku Arman tersenyum.

“Alhamdulillah…” tengku Arman membalas sambil memandang ke arah Arwin.

“Win… salam mama.” Lembut nada Tengku Arman tapi pada pendengaran halwa telinga Arwin papanya bernada sangat tegas. Datin Zulian sudah sedia menghulurkan tangan pada Arwin.

Arwin diam beberapa saat kemudian sebelum sengaja menguap dan menutup mulut. Tidak peduli dengan huluran tangan mamanya. Datin Zulian tersenyum kelat. Dia menarik semula tangannya. Dalam dia Tengku Arman menjeling anaknya itu dengan pandangan yang marah.

“Hai Arwin!” tegur gadis seorang lagi. Tak bertudung. Rambut lepas. Baju kemain lawa lagi dengan mekap yang Arwin rasa boleh kalah orang opera cina.

Pff

Dia betul-betul bencikan gadis itu. Arwin tak membalas sapaan tersebut. Dia hanya memeluk tubuh. Mukanya sangat ketat. Siapa nama anak tiri Datin Zulian ni? Ramona? Sejora? Metafora? Ah! Pelik sungguh nama gadis tu sampai dia susah nak ingat.
“Macam mana awak tahu saya masuk hospital?” soal Tengku Arman pada bekas isterinya dengan nada yang ramah.

“Tadi saya pergi pejabat awak. Setiausaha awak yang bagi tahu awak masuk hospital. Jatuh tangga kata dia. betul ke?” Tengku Arman angguk.
“Awak main lari-lari ke apa dekat tangga tu sampai boleh terjatuh?” sengaja Datin Zulian bergurau. Tengku Arman dah tergelak besar.

“Kenapa pergi pejabat? Ada apa-apa hal ke?” soal Tengku Arman lagi.
Datin Zulian mengeluarkan sesuatu daripada hengbag berjenamanya.

“Ni. walimatul urus Warni. Majlis perkahwinan dia.” ujar Datin Zulian sambil tersenyum. Tengku Arman mengembil kad jemputan tersebut dengan wajah yang agak terkejut.

“Wah. Taniah Warni atas perkahwinan kamu. Dah nak kahwin dah rupanya.” Tengku Arman bernada gembira sambil memandang Warni yang sudah tersengih-sengih lalu menyelak rambut di sebelah Datin Zulian. Perbuatan yang cukup buat Arwin menyampah tahap Ph.D

“Uncle jangan lupa datang tau. Arwin… nanti datanglah sekali okey?” pelawa Warni. Warni pandang muka Arwin yang dah tunjuk riak tak puas hati tu. Dalam hati gelakkan Arwin sebab dia masih lagi tak jumpa calon suami. Kesian betul dengan kakak tiri dia tu. Muka aje lawa tapi sampai sekarang masih takde lelaki yang melekat./
Warni tergelak sinis dalam hati.

Arwin buat muka menyampah. Dia tahu Warni mesti mengutuk dia. Nak kata dia tak laku lah tu! Tolonglah… berderet-deret lelaki nak dekat dia. Bukan keliling pinggang aje. Keliling tangan, kaki, leher, pergelangan kaki semua ada. Cuma Arwin aje yang taknak. Entah-entah bakal suami dia tu tak adalah handsome sangat. Bisik Arwin dalam hati dengan agak meluat.

“Tahniah.” Sepatah itu Arwin kata dengan nada yang agak keras dan tak ihklas.

“Terima kasih.” Warni jawab dengan menunjukkan muka yang penuh kesinisan.
Sekonyong-konyong keadaan di situ menjadi dingin. Kelihatan Arwin dan Warni  merenung sesama sendiri. Pandangan mereka seperti menghasilkan percikan api merah yang bisa meletupkan sebuah bilik. Lantas Tengku Arman mengambil langkah dengan bersuara bagi mengelakkan peperangan mulut berlaku. Arwin ni bukan boleh percaya sangat. Kalau dah geram tu semua benda dia sebut macam mulut dia tu tak ada pertahanan. Semua dia sembur.

“ARWIN sihat? Butik macam mana? Dah lama mama tak sembang dengan Arwin. Rindu tahu mama dengan Arwin.” Tegur Datin Zulian di luar bilik Tengku Arman. Arwin agak kaku tapi dia cuba untuk tenangkan diri.

“Macam mama tengok sekarang ni. Arwin sihat je. tak mati lagi pun.” jawab Arwin selamba  acuh tak acuh. Dia keluarkan telefon pintar. Buat-buat sibuk. Datin Zulian hanya tenang. Dia sangat rindukan anak kandungnya itu.

“Arwin dah makin cantik. Arwin pakai produk apa? Sharelah dengan mama…” Datin Zulian cuba untuk beramas mesra dengan anaknya. Tapi Arwin langsung tak menjawab. Dia masih setia dengan telefonya.
Datin Zulian terdiam.

 “Arwin masih marahkan mama lagi?” Datin Zulian  mengeluh agak panjang. Perlahan-lahan Arwin mengangkat wajah. Dia mengecilkan mata merenung wajah mamanya dengan riak yang garang.

“Perlu ke mama tanya soalan yang mama dah tahu jawapannya?” tanya Arwin balik dengan nada yang agak dingin.

“Mama anggap itu jawapannya sebagai ya. Tapi kenapa Arwin masih marahkan mama? Kenapa Arwin taknak cakap dengan mama? Besar sangat ke kesalahan mama pada Arwin?” tanya Datin Zulian bertalu-talu. Dia sedih kerana satu-satu anak yang dia sayang kini sudah jauh dengannya.

“Tak ada guna mama tanya soalan yang macam tu. Mama sendirikan tahu jawapannya. Buat apa mama nak tanya lagi?” tiba-tiba Arwin palingkan wajahnya. Dia terasa sebak dan ingin menangis.
“Sebab mama tinggalkan ARwin dan kahwin dengan lelaki lain? Itu yang buat Arwin bencikan mama?”

“Ya!” nada Arwin agak tinggi dan keras. Hampir mengejutkan semua orang yang berada di situ. Dan tiba-tiba saja air mata Arwin jatuh sebutir. Di hadapan mamanya! Arggh!!

“Mama tahu tak apa perasaan Arwin bila mama tinggalkan Arwin! Arwin rasa macam nak bunuh diri! Arwin kecil lagi mama! Arwin masih kecil masa tu! Tapi dan Banyak perkara yang Arwin fikir! Arwin rasa mama tinggalkan Arwin sebab mama bencikan Arwin dengan papa. Jadi start pada masa tu Arwin benci dengan mama.” Arwin tersedu-sedan dan menangis bila mengeluarkan ayat itu. Bagai batu besar yang akhirnya dapat bebas dari badannya.

“Arwin…” Datin Zulian cuba merangkul tubuh anaknya.
“Jangan sentuh Arwin!” Arwin menolak tubuhnya Datin Zulian.
“Mama minta maaf…” rintih Datin Zulian.

“Maaf? Arwin membesar tanpa mama. Arwin seorang diri. Sedangkan mama gembira dengan keluarga baru mama dengan anak-anak baru mama. Arwin ni macam dah tak penting pada mama. Mama tahu tak betapa kosong hidup Arwin masa tu tanpa mama? Dan semua tu buat Arwin berfikir yang mama mungkin dah tak perlukan Arwin lagi. Jadi. Buat apa Arwin bazirkan masa Arwin dengan bersedih? Baik Arwin teruskan hidup sendiri.”
Menitik-nitik air mata Arwin mengalir.

“Mama baliklah. Arwin taknak tengok muka mama dah. Jangan jumpa dengan papa lagi. You ruined my day. I’m sick about all of this. Make me felt like insane!” Arwin terus melangkah pergi dari situ. Berlari sekuat hati sambil merembeskan air mata.

“Arwin…” Datin Zulian bergetar suaranya. Dan dia juga menitiskan air matanya laju. Apa yang dah dia buat? Adakah dia bersalah dalam hal ini? Memang salah dia!

Laju Arwin melangkah. Selaju air yang sedang mengalir. Dia tak toleh belakang lagi dah. Apa dia peduli? Selama ni mama dia pernah peduli fasal dia?  tak pernah. Jadi buat apa dia nak kisah fasal mama dia tu. Buang masa aje.

Arwin seka air matanya dengan laju. Apa yang dia dah buat? Menangis depan mamanya? Kau tak guna betullah Arwin! Kenapa kau menitiskan air mata kau? Bukan ke kau seorang yang kuat! Hish!

Arwin terus menapak keluar daripada hospital. Keadaan malam dan sejuk. Kereta-kereta lalung lalang di kawasan hospital itu. Dia pandang kiri dan kanan ssebelum melintas ke kawasan parking yang berada di seberang sana. Daripada dia duduk di sini lebih baik dia keluar ambil angin. Melepak dekat café Haq ke. tenang juga hatinya.

Arwin bergerak ke kereta. Namun, tak sempat nak sampai dia dah tak dapat nak imbangan badan. Dia dah terjelopok jatuh ke tanah. Arwin menjerit agak nyaring. Dia terus angkat kepala. dan melihat ada seorang lelaki sedang memandangnya juga dengan pandangan yang terkejut.

“Kau buta ke hah? Kau tak reti ke nak tengok orang bila berjalan! aku punyalah besar dekat sini 
kau boleh langgar. Kau ingat aku ni halimunan ke hapa?!” hambur Arwin agak tertahan-than suaranya. Dahlah mood dia tak berapa nak baik. Ditambah pula dengan kemalangan sekecil itu. Buatkan dia rasa macam nak mengamuk di seluruh Kuala Lumpur.

“Aku tak buta. Kau yang jalan macam tak ingat dunia. Kau ingat ni jalan mak bapak kau ke hah? Kalau nak tengok telefon tolong berhenti dulu. Ni dah macam orang gila aje berjalan sambil main telefon.” 

“Apa kau cakap?! Mak bapak kau jangan nak main eh.” Arwin dan cekak pingga. Mak Cik gayah datang kejap lagi kang. Ada juga yang kena sumbat dalam longkang. Celupar sungguh mulut lelaki tu.

“Nasib aku yang langgar tau. Kalau kereta yang langgar kau. Kau pun masuk sekali dalam hospital tu” Lelaki itu membalas semula dengan nada yang cukup sinis. Buatkan Arwin tercengang lima saat.

“Kau…” Arwin tak dapat balas. Kenapa ni?! Arwin!

“Kenapa tak balas? Tahu diri tu salah. baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya berkurang juga orang macam kau dekat dalam Malaysia ni.

You dumb! What you said!” Arwin marah.

“Apa kau ni? aku tak fahamlah kau cakap apa?” lelaki itu membalas sambil mengerutkan dahi. Suaranya begitu menjengkelkan. Mata Arwin mencerlung tajam ke muka lelaki tersebut. Dan lelaki itu pun tajam juga matanya membalas pandangan Arwin.
Arwin tiba-tiba tersedar sesuatu.

“Kau!” jari telunjuk Arwin tepat ke  hidung mancung lelaki itu dan dipulasnya.

“Weh! Apa kau ni hah! Kau gila ke?!” terkejut tak terkata. Arwin tak kisah dia terus memulas dengan kuat hidung lelaki itu.. Bergelut seketika dia dengan lelaki itu. Lelaki itu menolak muka Arwin dengan tangannya. Dengan riak muka yang ganas Arwin menambahkan lagi kekuatan kepit ketamnya ke hidung lelaki itu.

“Kau lepaskan akulah! Kau gila!”

“Aku taknak selagi kau tak minta maaf!!” jerit Arwin tinggi. Mereka dan berpusing-pusing dalam bulatan. Lelaki itu tak dapat nak tolak tangan Arwin dari hidungnya. Begitu kejap kepitan jari Arwin.

“Merahlah hidung aku bodoh!” lelaki itu menolak muka Arwin dengan kuat. Berkerut-kerut wajah mereka berdua.

“Kau minta maaf dulu!”
“Minta maaf apa hah?!”

“Kau! Kau pencuri ciuman pertama aku!!!” Arwin menderam dan mengepit hidung lelaki itu lebih kuat daripada tadi sebelum melepaskannya. Lelaki itu dah kebelakang sebelum memegang hidungnya yang sudah merah menyala. Matanya berair.

“Kau ni gila ke hah? Bila masa aku cium kau gila!” marah lelaki itu.  

“Kau lah pengemis dekat Chow Kit tukan? Kau ingat aku tak kenal kau ke hah! Kau ni tak guna!” Arwin terus menumbuk perut lelaki itu dengan kuat. Lagak macam Charles Angel aje. Lelaki itu kesenakan.

Dia memandang muka Arwin. “Kau minah tu! Kau yang cium aku dululah!” jerkah lelaki tersebut. Dia baru teringat.

“Argghhh! You dumb!” Arwin dah angkat kasut tumit tinggi dia.  Terbeliak mata lelaki itu. Dan tanpa menunggu lama dia terus lari lintang-pukang.
Berombak kencang dada Arwin menahan marah. Dia betul-betul marah! Kasut dicampak ke jalan. Geram! Rasa macam nak menangis sekali lagi aje! Kenapa dia boleh jumpa dengan lelaki tu lagi! Kenapa!

“Dik… ada nampak budak lelaki yang pakai baju hitam tak? dia baru keluar dari pintu hospital ni tadi!?” Arwin sedikit tersentak. Dia memandang seorang wanita yang bertudung dengan pandangan yang pelik. Dia nampak wanita itu sedang termengah-mengah.

“Budak? Budak mana aunty?” soal Arwin.

“Dia… dia tinggi. Pakai baju hitam. Muka dia putih-putih. Kening tebal, hidung dia mancung sikit.” Terang wanita tersebut.

“Dia ada balut dekat kepala tu ke?” tanya Arwin.
“Hah, betullah tu. Dia berbalut dekat kepala.” wanita itu tersenyum dalam penat. Arwin terdiam beberapa saat.

“Baru aje tadi dia lari ke sana?” tunjuk Arwin.

“Terima kasih dik. Tak boleh biarkan dia lari. Dia sakit.” Tak tunggu apa-apa lagi terus wanita itu berlari ke arah jalan yang Arwin tunjuk dengan pantas.
Arwin masih lagi kaku di tempat dia berdiri. Sakit? Sakit apa? Gila? Ke…

“HIV?!” Arwin pegang bibirnya sendiri. Lelaki tadi tu ada HIV ke? dan… dia dah cium dengan lelaki yang ada penyakit HIV tu!?  Terasa macam dunia ni berputar! Arwin pening…

No comments:

Drop ur felling Here

Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.