Cerpen: Bell Boy

17:33:00



 *kisah ini hanyalah rekaan penulis semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa. enjoy reading. Cubalah cari isi tersurat di dalam cerpen ini. Good luck!




 “AKU tak faham kenapa mamat kecik tu suka cari fasal dengan aku. Kau tahu tak apa aku rasa? Aku ni… rasa macam nak aje campak dia masuk dalam laut. Paling kejam! Paling kejam aku nak buat adalah aku tangkap dia… aku seksa di cukup-cukup lepas tu aku masuk dalam guni ikat ketat-ketat and then tanam dia hidup-hidup. Tak pun masuk dalam tong drum!” Kisya dan panas hati. Apa yang dia cerita pada Hani itu memang dia rasa betul-betul nak buat. Si Hani pula sudah kerutkan dahi dan membuat muka takut. Mahu tak seriau dengan kawan dia seorang ni. gila nak tanam orang dalam tong drum!

“Kau.. kau ni rileks lah. Jangan macam ni. aku takutlah nak share bilik dengan kau. Kau pun satu janganlah ambil hati sangat dengan mamat tu. Alah, dia tu setakat bellboy ajelah. Kita bolehkan report dengan manager dia tengah perangai dia tu. Apa ada hal…” Hani cuba untuk menyabarkan Kisya yang dah macam harimau gunung berapi tu. Silap-silap dia boleh jadi homosapien  yang berubah jadi macam The Hulk. Tak pun jadi Valak dalam cerita Conjuring 2.
Kisya dah gempal penumbuknya. Mana boleh sabar! Mana boleh sabar! Budak tu memang harus dikasi pelajar! Biar dia tahu rasa macam mana aku rasa.

“Aku tak boleh duduk diam Hani. Aku tak boleh diam. Aku kena balas balik apa yang dia buat dekat aku tu. Kau nak aku duduk diam aje? Sorry… ini Kisya Maisarah. Dia dah letak pasir dalam makanan aku! Kau ingat takkan aku nak suka jerit macam orang gila! Seronoknya dapat makan pasir! Haha…” Kisya ketawa macam orang gila yang dibuat-buat.

No! No! jangan nak membalas okey. Kau tu pun nanti akan jadi sama jahat juga macam dia.  Lagipun kau dah lupa ke kenapa kita ada dekat Langkawi ni? hello, kau juga yang kata kau nak rehatkan minda kau lepas apa yang jadi. Apa kau kata? Kau cakap nak lupakan si Mikael tak guna tu. Bukannya kau datang sini sebab nak cari gaduh dekat mamat bell boy tu…” larang Hani lebih kuat lagi.

“Hish, bila fikir fasal malaun sorang lagi tu makin sakit pula hati aku.” Kisya mengeluh kuat. Lepas apa yang Mikael buat dekat dia, dia rasa memang dia tak boleh nak bersabar dengan lelaki lagi. Serius! Padan muka si Mikael tu makan penerajang aku. Hah, baru dia tahu betapa hebatnya tamparan wanita.

Serve your right! Curang dengan aku lagi! Salah besar!
Keadaan menjadi sepi seketika. Hani sibuk memandang TV. Melayan drama korea sambil menyumbatkan mulut dengan keropok potato.

“Lagipun Sya… aku rasa lepas kau terajang dia punya…. Tut-tut-tut… kau rasa dia okey tak? yalah, kau terajang kuat gila kut. Dahlah itu tempat yang paling sensitif. Kau tak takut ke kalau apa-apa jadi dekat Mikael tu?” soal Hani sambung balik cerita. Dia memandang wajah Kisya yang dah pandang siling tu seperti sedang membayangkan sesuatu.

“Kisya Maisarah Binti Tengku Zahran! Awak akan dijatuhkan hukuman buat menjadi hamba kepada Mikael Firash Hazel selama-lamanya.”
Tok-tok! Ketukkan dari hakim menandakan hukuman itu titik dikenakan pada Kisya. Kisya yang telah digari dan diapit dua orang anggota polis wanita itu membuat muka takut. Orang ramai dibelakang sudah pun berbisik antara satu sama lain. Kisya cuba untuk lepaskan tangan tapi tidak mampu.

Dia terpandang wajah sinis Mikael yang sudah duduk di atas kerusi roda. Pinggangnya ditutupi dengan kain hijau. Kisya berfikir dalam hati mungkin itu kesan penerajang yang dia kasi hari tu. 

Kisya pandang mata Mikael yang menjam. Dia membuat isyarat ibu jari turun lalu membuat isyarat mahu membunuh Keiysa membuatkan Keisya bertambah seriau.

“Hah! Lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku taknak jadi hamba dia! Aku taknak jadi hamba dia!” Kisya menjerit ketakautan bak orang gila sebelum semua orang dalam mahkamah itu ketawa jahat termasuklah polis dan dan Hakim yang berada di atas.

“Tolong aku! Tolong aku!” jerit Kisya kuat.

“Woi! Kau ni dah kenapa? Mereng ke hape? Terjerit-jerit…” Hani marah. Dia menjeling Kiysa sebelum kembali sambung menonton drama korea tersebut.

“Ah, aku tak kisahlah dengan mamat tu. Padan muka dengan dia! Siapa suruh curang dengan aku. Biarlah, lantaklah, biar dia rasakan. Kalau mandul terus pun aku tak kisah.” Kisya kembali menjadi keisya yang ego. Dia kemudian bangkit dari sofa. Lalu bergerak di hadapan Hani. Hani halau Kisya ke tepi.

Tang-tang muka sweet Song Joong Ki muncul si Kisya ni nak duduk halang.

“Tepilah!” jerit Hani. Dia melunjurkan kepalanya ke kiri dan kanan. Mana boleh lepas tengok muka Song Joong Ki!

“Aku tak kira Hani! Aku akan balas dendam dekat si Bell Boy itu. Kalau boleh aku nak buat sama macam apa yang aku buat dekat Mikael. Tapi, kali ni aku nak pakai kasut High Heel yang depannya tu tajam macam pisau. Biar dia tak dapat….”
Kisya tak teruskan kata-kata. Dia terus beredar.

“Ahahah…” Hani dah menangis. Song Joong Ki dah hilang! “Kisya!” jerit dia marah. Tak peduli dah dengan apa yang Kisya cakap sebentar tadi.

HAZRIN menyanyi kecil sambil mengelap meja makan di dewan makan Hotel. Semuanya sudah berkilat. Memang padan dengan status hotel ini yang bertaraf empat bintang. Dari meja itu pun dia boleh nampak biasan diri dia dengan jelas. Mukanya dipegang. Tersenyum melihat biasan diri.

Handsome juga aku ni. haha…” ceh puji diri sendiri. Alah, tak salah pun kan? Kalau tak diri sendiri yang nak puji siapa lagi?

Selesai kerjanya. Hazrin balik ke belakang. Di situ terdapat loker-loker untuk setiap pekerja di hotel ini. Sekarang sudah tiba masa dia untuk pulang ke rumah. Lagipun jam sudah menunjuk ke pukul enam. Diua kena balik cepat sebelum mahgrib.
Baju kerjanya segera ditukar di situ juga menggantikan dengan baju T-shirt yang dia pakai pagi tadi. Beg sandangnya diambil dari dalam loker dan kemudian lokernya dikunci semula. Dia mula melangkah mahu pergi dari situ. Keluar saja dari bilik itu sudah ada pekerja shif lain yang mengurnya.

“Dah nak balik Rin?”

“Selamat jalan.”

“Jumpa besok bro.”

Hazrin keluar daripada hotel itu. Dia berjalan di sepanjang jalan di sebelah kanan terbentang luas laut yang kian menjadi kekuningan dek matahari yang kian terbenam. Semua warna bersatu di situ. Cantik sangat.

Angin pun kuat bertiup menyapa pipi. Tenang rasa hati. Tapi dia tak boleh bergerak lambat. Dia kena cepat pulang ke rumah.

Hrrggh!” entah dari mana datangnya suara itu. Hazrin tidak sempat nak menoleh apabila satu pukulan benda yang agak keras hinggap di belakang badanya.

Arrgh!” hazrin meraung sakit. Gila! Siapa yang hentak dia guna kayu ni!

“Pukul dia! Pukul dia Hani! Pukul dia! Berani betul dia masukkan pasir dalam makanan aku! Pukul dia!’

Hazrin menahan sakit. Tapi dia bisa dengar itu adalah suara wanita. Dia lihat dua orang wanita sedang sibuk nak memukul dia dengan kayu. Hazrin cuba menahan. Tapi mereka agak kuat Hazrin tak mampu nak lawan. Lagi-lagi bila mereka guna kayu!

Hoi-hoi! Korang ni kenapa!” Hazrin mengaum kuat.

“Kau berani masukkan pasir dalam makan aku! Kau akan terima padahnya!” perempuan tu ketuk badan Hazrin lagi. Yang seorang lagi dah berundur.

“Kisya… Kisya dah lah tu. Kau nampak tu mulut dia dah berdarah.” Hani sibuk menghalang. Terasa Kisya agak keterlaluan pula.

“Biarkan dia rasa. Padan muka dengan dia. Siapa suruh masukkan pasir dalam makanan aku.” Kisya terus menerus memukul. Tak peduli dah dengan hazrin yang semakin laju itu.
Dan serangan yang terakhir kaki Hazrin disepak.

“Padan muka kau!” jerit Kisya. Hazrin hanya mempu menahan sakit. Dengan perlahan-lahan Hazrin cuba untuk bangun.

“Kisya… tengok apa kau dah buat. Sakit teruk dia.” Bisik hani pada telinga Kisya.

“Kau-kau ni kenapa ah? Apa fasal kau pukul aku….” Hazrin terasa macam dah tak boleh nak bangun. Kaki dia terasa sakit. Mulutnya sudah berdarah akibat pukulan  kayu itu tadi. Jadi suaranya agak tidak lepas.

“Tu pelajaran dekat engkau sebab letakkan pasir dalam makanan aku! Dahlah Hani. Jom kita blah. Puas hati aku dapat kerjanya mamat ni.” Kisya terus beredar. Kayu dibaling ke tepi. Pergi begitu saja tanpa rasa bersalah dan belas kasihan. Hani teragak-agak untuk pergi sebab dia tengok teruk sangat Kisya buat lelaki ni. dia hanya gigit kuku sebelam paksa kaki untuk melangkah pergi juga.

Dengan kekuatan yang ada Hazrin cuba untuk berdiri betul tetapi belakang badannya terasa amat sakit. Dengan langkah yang tidak betul dia berjalan pulang ke rumah. Mulut dipegang. Dia tak tahu apa salah dia sampai kena pukul macam ni. dia ada buat apa dengan perempuan tadi tu? Perempuan tu pun dia langsung tak kenal. Kenapa perempuan tu cakap yang dia letakkan pasir dalam makanan dia?

“SYA… aku rasa tak patutlah kau  buat lelaki tu macam tu. Kesian aku tengok dia. kau jahat sangat.” Hani mengeluh. Namun Kisya hanya buat muka biasa. Dia terus membelek majalah buat-buat tidak dengar.

“Sya… aku rasa kita patut minta maaflah dekat mamat tu. Kesian dia. aku… aku tak boleh kalau kita buat macam tu. Kejam sangat dah sampai mencederakan dia. dahlah dia pekerja hotel ni. silap-silap kita boleh kena saman kalau manager dia tahu yang kita dah belasah salah seorang pekerja dia.” tambah Hani.
Semakin laju Kisya menyelak majalah di tangannya itu. Dia menjeling Hani.

“Kita minta maaf dengan mamat tu eh? Kesian dia… alah, benda kecik aje. Kau maafkan ajelah dia tu. Pasir aje pun.”

“Hani kau boleh tolong diam tak? apa? Yang aku buat tu tak betul ke? padanlah muka dengan dia. siapa suruh berani masukkan pasir dalam makanan aku. Biar dia rasa.”

“Hish, kau ni tak baiklah Kisya. Aku tak kira. Kita kena minta maaf juga. Ini dah kira salah tau, sebab kita mencederakan orang lain.”

“Diamlah Hani.” Dengan marah Kisya beredar daripada situ. Tidak tenang dibuatnya apabila hani tak habis-habis membebel. Tak tanang hati dia, sebab teringatkan mamat bell boy yang dia dengan Hani belasah semalam.
Hani mengeluh sendiri di tempat duduknya. Memerhatikan langkah Kisya yang kian menghilang daripada pandangan mata. Kenapalah Kisya ni jenis susah sangat nak dengar kata. Tak boleh ke sekali dia dengar cakap orang lain? Egolah tahap melangit. Sangat tinggi sampai langsung tak boleh nak cakap untuk turunkan. Semua dia aje yang betul, orang lain semua salah.

Lagipun dia dah lah tak tenteram dengan apa yang jadi. Dia rasa bersalah sangat dengan mamat bell boy tu.

“Hani…” lamunan Hani mati di situ apabila mendengar orang menyeru namanya dari belakang. Dengan segera hani toleh. Nak terjatuh rahangnya apabila melihat muka orang yang menegurnya itu. Nasib tak ada lalat yang sama sebab boleh kira besar jugalah mulut dia ternaganga.

“Mika… Mikael? A… awak buat apa dekat sini?” soal Hani terkejut. Dia sudah pun berdiri. Separa bahu Mikael tingginya. Dia pandang Mikael atas bawah. Fuh, tang tu masih lagi okey. Maksudnya Mikael tak cederalah sangat dekat bahagian lelaki dia tu.
“Saya nak jumpa Sya. Sya mana?” Soal Mikael.
“Sya? Err… dia… dia… mana…”

KISYA pandang Mikael atas bawah. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. yang dia tahu, dia nak sepak-sepak aje muka lelaki curang tu. Pandangan dilemparkan ke arah laut yang terbentang luas. Elok untuk sejukkan hati dia sekejap. Kalau pandang muka Mikael buat darah dia naik mendadak sampai rasa macam nak buka gelengang wrestling. Serius ni!

“Sya… I tahu I salah. please Sya maafkan I. I janji I takkan curang dengan you lagi. I dah insaf. You balik semula dengan I eh?” mohon Mikael dengan suara versi pencair hatinya itu.
Tapi sorry eh mamat oi. Kata-kata maaf mu itu sudah tidak dapat gadis yang bernama Kisya terima lagi. Sorry-sorry pergi naik lori loji kumbahanlah. Mulut dia tu manis sangat tapi langsung ikhlas.

“Insaf? Hei, sejak bila you pandai nak insaf ni? dah lah Mikael. I taknak dengar ayat maaf you tu. Semuanya palsu. You memang pandai belakon Mikael. Tapi, kali ini I takkan terpedaya dengan you lagi.”

“Sya… please. Now, I betul-betul serius dengan apa yang I kata. I dah janji pada diri I, yang I akan jaga dan cinta you seorang aje. Seorang aje. No one else! I promiseplease Sya, maafkan I?”
Mikael datang mendekat. Bahu Kisya dipegang tapi Kisya laju menepis. Don’t touch me!

“I sayang you Sya. Sayang sangat-sangat. Look, kita dah bercinta tiga tahun kut. Takkan macam tu aje kita nak putus. Nonsense! You know me…” Mikael merayu lagi.

“Mikael Firash! You dengar sini baik-baik. Yes, memang kita dah bercinta selama tiga tahun. Dah nak bertunang dah pun. Tapi selama tiga tahun tu I buta! I buta dengan kelakuan you yang kononnya caring dan cintakan I. tapi sekarang ni tak…  I dah tahu siapa you yang sebenarnya. You depan I aje yang baik. Tapi belakang I you bercinta dengan ramai perempuan. You nak I diam aje ke? sorrylah… I bukannya bodoh. Dahlah I setia dengan you tapi macam ni you buat dekat I. sia-sia cinta I pada you selama ni.”
Kisya nak melangkah pergi.

“You baliklah Mikael. Kita dah tak ada apa-apa lagi yang nak dicakapkan. Hari ini…. Dan selama-lamanya I taknak you kacau I dah. You carilah wanita yang sesuai dengan you. Tapi ingat. Kalau wanita tu betul-betul cintakan you, janganlah you permainkan cinta dia macam yang you buat pada I.”
Kisya angkat kaki tapi laju Mikael pegang tangan Kisya. Mikael geleng kepala.

Please…”
“Sebelum I buat balik dekat you, baik you lepaskan tangan I. jangan nanti salahkan I kalau you mandul.”

Dengan segera Mikael angkat tangan. Takut dengan ugutan Kisya. Sakit yang hari itu pun 
terasa lagi. Kalau kena lagi tak tahulah apa yang nak dia kata.
Dengan langkah yang tak mungkin akan berhenti lagi Kisya berjalan.

Fine! Pergilah! Aku banyak lagi perempuanlah! Lagi cantik! Lagi seksi daripada kau! Pergilah aku tak kisah pun! kau ingat aku nak sangat ke dengan kau!” jerit Mikael kuat.
Kisya terus berjalan. Tak semena-mena air matanya jatuh.

LAUT yang terbentang luas di hadapan mata dipandang dengan perasaan yang sayu. Kisya masih lagi tidak dapat lupa apa yang Mikael katakan sebentar tadi. Tak sangka Mikael sanggup cakap begitu. Nampaknya memang tepat keputusan dia untuk tidak terus bersama dengan Mikael. Lelaki itu memang betu-betul hanya mempermainkan hatinya. Lantaklah dia. janji sekarang dia dah lepas dari lelaki tak guna tu. Buat apa dia nak sedih fasal lelaki tu. Lagipun eloklah mamat tu berambus terus dari depan mata dia.
Kisya pusing belakang. Bersedia mahu pergi dari tepi pantai ini.

“Kau kena kuat. Ada ramai lagi lelaki yang lebih baik daripada dia…” gumam Kisya sendiri dan terus melangkahkan kaki.
Tapi langkahnya termati di pertengah jalan apabila dia melihat satu figura yang dia rasa memang dia kenal sangat.

Kisya mengfokuskan lagi pandangan.
Apabila dia kenal siapa figura itu laju Kisya mengejar daripada belakang. Selaju mungkin. Dia mahu berkata sesuatu.

“Hei! Tunggu! Hei, awak!” jerit Kisya melajukan lagi langkah.
Orang yang dia panggil itu pusing.

“Awak tunggu!” laung Kisya.
Dan secara orang yang Kisya panggil itu terus laju melarikan diri dengan sungguh-sungguh. Seperti tidak mahu bertemu dengan Kisya.

“Jangan lari! Jangan lari!” laung Kisya. Ah, sakit-sakit mamat tu laju betul dia lari. Tak larat Kisya nak kerjanya. Tapi Kisya kena juga kejar. Penting sangat dia nak cakap. Dia nak minta maaf dengan apa yan terjadi dan apa yang dia dah buat. Nampaknya dia dah membuatkan mamat tu takut dengannya.

Salah kau juga Kisya sebab serang orang yang salah. ya, memang dia salah orang. Sepatutnya dia belasah bell boy yang lain. Yang bertanggungjawab masukkan pasir dalam makanan dia. Bukannya mamat yang dia kejar sekarang ni yang lakukan semua tu. Dan dia betul-betul nak minta maaf.

“Hei!” jerit Kisya lagi.

Dengan sedaya upaya dia kejar. Sehinggalah dia tiba di satu tempat yang boleh dikatakan perkampungan. Kisya panik sendiri.
Dia dekat mana ni?

Tapi semua tu dia tak kisah. Dia terus mengejar mamat tu dengan sungguh-sungguh. Dan apabila dia melihat mamat itu bergerak masuk ke dalam sebuah rumah yang kelihatan agak sederhana kecil, membuatkan Kisya kerut dahi sendiri. Tiada rumah lain di situ. Yang ada pun jauh-jauh dari rumah yang mamat tu masuk tadi.
Kerana perasaan yang ingin tahu Kisya bergerak menuju ke rumah tersebut. Dia sampai di laman rumah. Diperhatikan rumah itu dengan kerutan di dahi. Nampak macam takde orang, tapi takkanlah… takde sebab lelaki tu baru aje masuk dalam rumah ni.

“Hello… ada sesiapa dekat rumah tak?” laung Kisya.
Sepi. Sunyi.

“Hello…”
“Kau nak apa hah!” muncul mamat yang Kisya kejar tadi dihadaoan pintu. Lelaki itu kelihatan memandang Kisya dengan tajam. Kisya tahu mesti mamat tu marah  dengan apa yang dah jadi.

“kau baliklah sekarang!!” arah mamat itu. Dia bersedi untuk tutup pintu.
“Eh, awak! Nanti!” dengan pantas Kisya menghalang pintu daripada di tutup. Lelaki itu terkejut.

Sedaya upaya mamat tu nak tutup pintu dan sedaya upaya jugalah Kisya menghalang guna tangannya sampai naik bergetar sedikit tangannya.
“Kau nak apa?” jerit lelaki itu.

“Saya nak minta maaf. Saya nak minta maaf sebab dah pukul awak. Maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya dah silap orang.”
Kata Kisya laju.
“Senangnya kau….”

“Assalamualaikum…” salam yang diberi membuatkan Kisya dan lelaki itu menoleh. Seorang budak perempuan yang usia dalam lingkungan 15 tahun bersama dengan dua orang budak lelaki kembar memakai seragam sekolah yang agak lusuh memandang Kisya dan Hazrin dengan pandangan yang agak lengang. Mungkin tertanya-tanya siapa Kisya.

“TIGA orang tu adik aku. Seorang tingkatan empat dan dua orang tu kembar. Darjah lima. Aku abang sulung dalam keluarag,” terang Hazrin pada Kisya. Kisya memandang adik-beradik Hazrin yang sedang membuat kerja sekolah mereka. Sambil-sambil itu tawa mereka kedengaran.

Kisya mengalihkan pandangan pada hazrin semula. Dia memandang tepi bibir Hazrin yang membiru.

“Saya… minta maaf fasal apa yang dah jadi. Sakit ke?” Kisya menyentuh mulut Hazrin. Hazrin mengaduh kesakitan.

“Oh… sorry.”

“sakitlah. Ingat tak sakit ke? klau ingat aku ni kena pukul dengan belon? Dengan kayu kau tahu tak.”
Hazrin menjeling tajam. Kisya senyum kelat.

“maaflah. Saya tak sengaja. Saya ingat awak punya kerja yang masukkan pasir dalam makanan saya. Saya ingat awak bell boy yang jahat tu, tapi saya salah orang.”

“Huh.” Hazrin mengeluh kecil.

“Jadi kau datang sini nak minta maaf dengan aku lah ye?”
Kisya angguk. “Hmm… nak minta maaf sangat-sangat.”

“Apa kau ingat dengan maaf kau tu aku boleh baik ke hah? Kau tahu tak aku terpaksa ambil El hari ni sebab luka dekat badan ni hah. Tak campur dengan sakit sengal nelakang aku ni. nak berjalan pun susah kau tahu tak.” bebel Hazrin.

“Kan saya cakap tadi saya tak sengaja. Saya silap orang.” Kisya ulang balik.

“Meh saya sapukan minyak. Awak ada minya gamat tak?” Kisya mempelawakan diri.

“Tak payahlah. Bukannya sakit mana pun.”

“Eleh, tadi cakap sakit. Biar saya cari ubat kalau awak taknak bagi saya sapukan.” Kisya dah bagun. Bersedia nak mencari minyak gamat di rumah ini.

“Dah, tak payah kau duduk.” Halang Hazrin. Kisya duduk semula. Hazrin yang bangun. Dia mengambil minyak gamat dari dalam satu balang putih. Sekali dekat putik kapas.

“Kau nak tolong sangatkan? Sapulah…” kedua-dua barang itu diberikan pada Kisya. Tanpa buang masa Kisya menyambut. Dengan perlahan-lahan putik kapas itu dicelupkan ke dalam botol minyak gamat lalu disental pada tepi bibir Hazrin dengan berhati-hati. Sesekali Hazrin mengaduh sakit.

“Besar gila luka awak ni. membiru.”

“Kau yang buat. Kau jangan lupa tu.” Hazrin mengingatkan. Kisya senyum kelat lagi.

“By the way… mak dengan ayah awak mana? Kerja ke?” tanya Kisya. Selesai di bibir. Dia beralih menyapu di lengan pula.
Hazrin terdiam.

“Mak? Ayah?”

“Haah, mak dengan awak?” soal Kisya lagi.

“Huh, ini adalah kali pertama orang tanya fasal mak dengan ayah aku. Kali pertama.”
Kisya berhenti menyental apabila mendengar ayat Hazrin itu.

“Apa maksud awak? Apa? Selama ni tak ada orang ke yang tanya fasal mak dengan ayah awak.”

“Ada… adik kembar aku.”
Terdiam terus Kisya.

“Diorang dah takde. Dah meninggal. Jatuh laut. Tak ada sesiapa jumpa dah.  Pergi macam tu aje. Tak tinggal apa kecuali rumah pusaka ni. tinggalkan aku dengan adik-adik aku…”
tiba-tiba Kisya berasa sebak mendengar apa yang hazrin ceritakan.

“Sejak tu. Aku ambil tanggungjawab. Besarkan adik-adik aku. Sekolahkan adik-adik aku. Aku nak diorang pandai. Bila besar nanti diorang tak hidup susah. aku ambil tanggunjawab beri diorang makan. Dengan gaji jadi bell boy dekat hotel. Tapi kadang-kadang tu tak cukup sangat gaji… aku kena cari kerja lain. Aku buat semua tu untuk besarkan adik-adik aku.”
Hazrin senyum penuh sabar. Dari sinar matanya banyak dugaan yang dia lalui.
Entah macam mana Kisya menitiskan air mata. Air mata yang benar-benar simpati.

“Aku sayangkan adik-adik aku. Merekalah harta dan saudar yang aku ada dekat dalam dunia ni. sebab tu aku sanggup buat apa saja demi mereka. Tapi, aku cuma tak boleh beri satu aje… “  Hazrin pandan adik-adikya.

“Aku tak boleh beri diorang kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah. Itu aje yang aku tak boleh bagi.”

Makin laju air mata Kisya menitik. Sumpah. Inilah kali pertama dia dengar kisah yang duk seperti ini depan matany sendiri. Tak sangka masih ada lagi orang yang macam Hazrin. Mencari nafkah untuk keluarganya. Tanpa ibu dan ayah. Membesarkan adik-adik yang lain. Tiba-tiba Kisya berasa simpati.
Betapa bertuahnya dia. dilahirkan dalam keluarga yang senang. Sampai dia lupa ada orang yang sangat memerlukan.

“Kenapa kau menangis? Sedi dengar cerita aku?”
Hazrin pandang Kisya.

Tak payah sedihlah. Adik aku pun tak sedih. Lagipun kitorang mesti teruskan hidup. Selagi kita hidup… selagi tu kita kena berusaha.”

No comments:

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.