• Home
  • About
  • Blog
    • Film Review
    • Skincare
    • Story
  • Shortfilm
  • Tips
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Qbal Ramlan

Sempena awal tahun 2021 ni. Aku nak buat satu giveaway special sebab  aku akan aktif balik dalam blogging setelah 2 tahun lebih aku stop sebab fokus nak study. Jadi harini aku nak bagi tahu "Selamat Datang ke Giveaway Qbal Ramlan" 

Giveaway ni aku akan collabs dengan salah seorang blogger Malaysia, namanya,  Myrawaaaar 

Apa hadiah yang korang akan dapat? 

Daripada Qbal Ramlan:  Wang tunai bernilai RM50 & Suprise Box 

Daripada Myrawaaaar: Bananaise: RM50 Online Voucher 

Macam mana nak join? 

1. Korang perlu buat posting di blog dengan Tajuk "Giveaway New Year by Qbal Ramlan & Myraaaawr" letak gambar di atas, dan tulis link post korang di ruangan komen. 

2. Wajib Follow Instagram 

@bananaisehq @myraaaaawr  

3. Wajib follow blog 

Qbal Ramlan & Myrawaaaar 

Senang kan? Hah apa tunggu lagi. Mana tahu korang bertuah nanti. Sebab aku akan pilih 2 orang pemenang dalam giveaway kali ni. 

Jom join sekarang! Giveaway akan berakhir pada 30 Januari 2021 dan pemenang yang bertuah akan dihubungi. Target sekurang kurangnya ada 50 participants. 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Selain kita dealing dengan masalah skin. Biasanya kita ada deal dengan masalah rambut juga betul tak? Selain muka, rambut pun kena jaga juga. Sebab kata orang, rambut ni mahkota bagi manusia. Tapi since selalu dikaitkan dengan perempuan je, lelaki pun kena juga jaga rambut. sebab rambut pun mahkota seorang lelaki juga. 

So nanti dan naik umur tak ada lah kes botak depanlah, botak tengah, tepi dan belakang. 

So untuk entri ni aku nak share sikit berkaitan dengan hair routine yang selalu aku buat untuk jaga rambut. Kalau korang nak tahu aku ada masalah rambut gugur ya. Sebab dulu aku pernah pakai pelurus rambut tanpa mengetahui kesan-kesan yang akan berlaku dengan rambut aku. 

Sejak tu, kalau sikat je rambut aku akan gugur, kalau pegang je mesti akan ada rambut yang tertanggal even hanya  3 helai. Jangan kata bila lepas mandi. Perghh, menangis beb tengok rambut gugur macam tu je. 

Sejak dari rambut aku gugur tu, rambut aku ada masalah sikit, Dia nampak sikit hngga boleh nampak sikit kulit kepala. Umur baru 20 weh, tapi aku kena deal dengan masalah ni. Lagi-lagi masa tengah belajar, pergh bertambah stress aku. 

Tapi, sejak aku pakai Argan Rich Oil yang aku beli dari Drugstore terus selamat hidup aku dari masalah rambut gugur. Aku dah pakai selama lebih 3 bulan. So far aku rasa beza gila. Sebab rambut aku tak lagi gugur macam dulu. 

Baru-baru ni aku bleach rambut aku. So, faham-faham lah bila kita lunturkan warna rambut ni dia akan bagi kesan juga dekat rambut kita. Might be gugur kan. Tapi aku tak risua sebab aku ada Argan Rich Oil ni sebab dia boleh elakkan rambut aku dari gugur, hence rambut aku bertambah lebat dari dulu. 

Untuk jaga rambut, biasa aku akan Shampoo dulu rambut aku, Then, bila dah keringkan rambut aku akan pakai Argan Rich Oil. Dalam dua pam macam tu saja aku sapu kat satu rambut. Dan dua pam lagi aku akan titiskan dekat bahagian alur rambut aku. 

Aku gunakan Argan Rich Oil ni dua kali sehari. Waktu pagi, dan sebelum tidur. So, dia memang akan lebatkan rambut korang. Dalam masa yang sama, rambut korang akan rasa lembut gila dan tak kasar. Apa yang aku paling suka bila dia tak rasa berminyak langsung. Sebab setengah oil yang dikhaskan untuk rambut akan rasa berminyak gila. Dia akan buatkan kita rasa tak selesa. Tapi, Argan Rich Oil ni memang tak rasa beminyak. 



Jadi, untuk yang kat luar sana, Tak kira lelaki ke perempuan korang kena start jaga rambut juga. Cari product yang terbaik untuk rambut awak dan jangan kerap warna rambut atau gunakan apa-apa krim pelurus rambut sebab kemungkinan ia akan rosakkan rambut awak balik. 

Aku lupa nak bagi disclaimer, aku bukan pakar apa-apa dalam bidang ni. Aku cuma share dari pengalaman aku. Lagi satu, aku hanya akan review produk bila aku dah guna lebih dari 3 bulan atau lebih sebab aku taknaklah aku review secara membabi buta aje. Sebab setengah orang aku perhatikan baru je pakai produk 2 hari dah buat review semata untuk kerja deadline. Jadi, be honest dan jangan terllau gunakkan banyak produk dalam satu masa yang sama. You can trust my blog. See ya next time. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Apa korang akan rasa, kalau tiba-tiba satu dunia hilang dan kau dengan kawan baik kau saja yang tinggal. Tapi sebenarnya, satu dunia tak hilang pun. Cumanya korang masuk dalam dunia game di mana kalau kau mati, maksudnya kau mati betul-betul. Mesti rasa takutkan? 

Itu lah yang jadi dengan Arisu dengan kawan-kawan dia, Chota dan Karube. Arisu adalah main character dalam series ni tapi untuk episode pertama sampai ke empat, korang baru tahu yang Arisu ni sebenarnya watak utama sebab susah nak agak. Mula-mula aku ingatkan diorang bertiga ni watak utama. 

Untuk pengenalan watak, Arisu ni seorang pelajar kolej yang dah lama graduate tapi dia still jobless. Hobi dia, 24 jam hanya main game sampai abang dengan ayah dia yang kena carikan kerja untuk dia. Chota pulak kawan kepada si Arisu ni. Chota kerja dengan satu company yang agak besar tapi dia selalu kena marah dengan boss dia dan selalu dibuli. Sebab, Chota ni jenis yang lurus bendul sikit, soft-spoken dan dia seorang yang tak percayakan pada Tuhan. Watak ketiga pulak, Karube. Seorang lelaki yang agak buas sikit berbanding lagi dua. Rambut blonde dan kerja dekat bar sebagai pembuat air. 

Nak dijadikan cerita diorang ni memang kawan baik. Kalau ada masalah diorang akan lepak sama-sama. Biasanya masalah diorang akan hilang kalau diorang ada untuk semua orang. Obviously lah kan, sebab thats how friendship should be working kan. 

Nak jadikan satu cerita, diorang masuk dalam satu tandas dekat subway station sebab nak lari daripada polis. Tapi bila diorang keluar dari tandas, satu Tokyo dan tak ada. lenyap terus tanpa ada apa-apa kelibat manusia langsung kecuali diorang bertiga. Mula-mula diorang tak tahu apa sebenarnya yang jadi. Diorang tak tahu pun yang diorang dah masuk dalam game. 

Untuk episode pertama, korang dan boleh nampak terus apa yang terjadi sebab series ni hanya ada lapan episode sahaja. Memang jalan cerita terus straight to the point. jadi diorang baru sedar yang diorang dah masuk dalam dunia game yang melibatkan nyawa. 

Episode 1: Game pertama diorang

Kalau korang nak tahu setiap game yang diorang main adalah melibatkan nyawa. Kiranya kalau korang mati, maksudnya korang matilah. Tapi kalau korang tak bermain game, korang tetap juga akan mati sebab setiap player ada Visa. Kiranya macam masa seseorang tersebut untuk hidup, paling minimum adalah 3 hari sahaja. Jadi, untuk terus menghidupkan Visa diorang terpaksa juga bermain game untuk dapatkan nyawa walaupun game itu mungkin akan bunuh diorang. Tapi, kalau diorang quit game, secara automatik akan ada laser dari langit yang akan terus panah diorang hingga mati. Sebab itu dia panggil Borderland. 

Aku nak bagitahu awal-awal, cerita ni tak sesuai untuk yang penakut dan tak sukakan kekasaran. Bagi aku cerita ni memang taste aku jadi aku takda masalah. Sebab dalam movie ni banyak scene bunuh, kekasaran dan Nudity. 

Jadi, Arisu, Chota dan Karube sedar yang bukan diorang sahaja yang ada dalam game tu, tapi ada ramai lagi manusia yang masuk. 

Aku tak tahu nak explain macam mana game dia sebab aku tak nak spoilkan korang yang belum tengok. Tapi aku nak bagi tahu, untuk episode ketiga, Chota dengan Karube mati. So tinggal hanya Arisu sahaja. Sebab tu aku cakap, aku baru tahu yang si Arius ni watak utama bila dah sampai ke episode ke 4. 

Yuhuza: Heroin 

Tapi, ada seorang perempuan namanya Yuhuza. Female Main Lead yang tolong Arisu untuk teruskan berjuang dalam game tu bersama-sama dengan dia. Sebab dalam game episode kedua, Arisu dah selamatkan Yuhuza. Yuhuza ni seorang wanita yang sangat cerdik dan cergas. Sebab dekat dunia nyata dia seorang Climber dengan  mendiang ayah dia. 

Bila sampai ke episode 6, baru korang tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Untuk keluar daripada dunia tu, setiap orang perlu kumpulkan kad untuk kembali ke dunia nyata. Dari sini, apa yang aku belajar, semua manusia memang ada sifat pentingkan diri. Tapi, sikap pentingkan diri itu ada masanya sangat diperlukan untuk kita teruskan hidup. 

Korang takkan ambil masa lama pun untuk habiskan series ni. Jadi aku cadangkan korang untuk tonton drama Jepun ni. Setakat ni, cerita live action Jepun yang aku tengok, tak pernah sekali pun menghampakan aku yang suka dengan genre yang macam ni. Full with suspens. Setiap episode korang akan rasa tertunggu-tunggu untuk tahu apa yang akan terjadi. 

Tapi... dia akan ada season 2. Sebab jalan cerita yang tergantung. Arisu dan Yuhuza dan semua manusia yang ada dalam dunia tu tak keluar lagi dalam game tu. Dan korang akan tahu siapa pencipta game tu di hujung cerita. Aku menyesal tengok sebab aku tak sabar nak tunggu season 2 yang pastinya akan keluar tahun depan. Tapi tak sure bila. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Pageviews

About me

About Me
Qbal Ramlan - Aku penulis untuk THREAD Magazine by ZALORA MY. Umur Aku 20. Pelajar Major in Business Marketing. Untuk kolaborasi/review boleh email pada : fazroliqbal@gmail.com

recent posts

Featured post

4 Basic Skin Care Yang Perlu Kamu Ambil Tahu

Categories

BlogNews Confession fashion Kesihatan Movie Netflix QKnow Review SegmenBlog Skincare Takaful Tips

Followers

Bloglist

  • MESSARAH | Malaysia Beauty & Lifestyle Blog
    Jenis dan Cara Hilangkan Parut Jerawat
  • Qbal Ramlan
    Giveaway New Year by Qbal Ramlan dan Myrawaaaar
  • Myraaaaawr
    GOOD BYE 2020, I'M READY FOR 2021
  • RAFZANTOMOMI.COM
    Lirik Lagu Adira Suhaimi - Kesempatan Bagimu (OST Drama Tercipta Satu Ikatan)
  • Young Blood
    KAZMAN FARIS - YOUR ONLINE COWAY ADVISOR (620078)
  • AMERZING
    Top Air-Conditioner Servicing by ACDINGIN
  • Iqaa Lee's
    LOCAL BRAND : MANJA SKIN - 100% Natural Handmade Soap with Real Ingredients.
  • Catatan Seorang Syed
    DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
  • SIQAHIQA
    Review Buku | Nefertiti by Lily Haslina Nasir

Sponsor

Blog Archive

  • ▼  2021 (1)
    • ▼  January 2021 (1)
      • Giveaway New Year by Qbal Ramlan dan Myrawaaaar
  • ►  2020 (14)
    • ►  December 2020 (7)
    • ►  November 2020 (3)
    • ►  June 2020 (3)
    • ►  May 2020 (1)
  • ►  2018 (4)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
  • ►  2017 (21)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (7)
    • ►  August 2017 (3)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (3)
    • ►  December 2015 (3)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose