#ZALORAYA2019 Fashion Shows

March 19, 2019


Satu lagi entri yang aku rasa terlalu excited nak share dengan korang semua. Tapi sebelum itu, Assalamulaikum dan salam sejahtera. Nampaknya aku masih lagi wujud dalam dunia blog ni bila dah lama tak menaip macam ni lah jadinya, ada entri menarik nak share tapi malas nak menulis. Aku seorang je ke yang rasa macam ni? Haha. 

Selamat datang semula ke blog Qbal Ramlan yang nampaknya dah mula bersawang lepas aku tinggalkan dah nak dekat dua bulan tanpa apa-apa berita. Tapi hari ini aku ada kisah yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua yang mungkin sudi baca kisah hidup aku yang seterusnya ini sebagai seorang blogger yang agak suma-suam kuku.  

14 Mac yang lepas, buat julung kalinya aku jejakkan kaki ke fashion show yang selama ni aku idam-idamkan nak pergi tapi tak pernah kesampaian hajat tu, but guess what? dengan azam dan doa aku, aku dapat pergi untuk timba satu lagi pengalaman baru dalam hidup aku. Aku dapat jemputan ekslusif daripada ZALORA Malaysia untuk turut serta dalam event yang besar ni. Aku pergi ke sana dengan nama Qbal Ramlan, salah seorang writer di ZALORA Malaysia and aku teruja sangat-sangat sebab akhirnya aku boleh bawa nama aku ke peringkat yang lebih tinggi lagi.  

Boleh bayangkan tak betapa teruja nya aku bila dapat emel daripada diorang tentang jemputan ni. Aku terlalu gembira tak terkata. Aku baru bangun tidur kut! Tapi dalam masa yang sama aku agak risau sebab masa aku dapat emel ni aku dalam minggu belajar. But, guess what? aku dapat kerjasama daripada kolej aku, dan diorang benarkan aku untuk kejar impian aku yang satu ni. Aku bersyukur sangat sebab dapat lecturers yang paham dengan minat dan kerjaya aku. 

Jadi, dengan langkah yang baru, aku jejakkan kaki ke Kuala Lumpur seorang diri untuk pergi ke event ni.  

Untuk ZALORAYA2019 ini ada ramai pereka fesyen  terkenal dekat Malaysia yang turun padang dalam memperkenalkan rekaan diorang untuk Raya 2019.


Exclusive Invitation yang aku maksudkan tadi bila aku dapat masuk ke dalam Blackbox, tempat dimana tak semua orang yang dijemput untuk masuk ke dalam Blackbox itu sebab ianya adalah private show. Jadi, aku sangat bertuah sebab dapat masuk. Bayangkan aku dikeliling selebriti Malaysia, Influencer dan fashion designer terkenal Malaysia. Rasa diri ni kecil bila dikelilingi orang orang yang selama ni aku hanya tengok dalam instagram sahaja tapi untuk kali pertamanya aku dapat jumpa berdepanang  dengan diorang semua

Ada Neelofa, Ameera Khan, Kidklyo, Zaihan Mohd Zain, Sharifah Rose, Anna Jobling, Sharifah Sakinah, Hael Husaini dan ramai lagi. Aku rasa sangat-sangat bertuah untuk rasa pengalaman ini buat pertama kalinya dalam hidup aku.  



My schedule for #ZALORAYA2019  
Berbalik pada tugas aku sebagai seorang writer di Zalora, aku tak hanya datang macam tu sahaja. Aku ditugaskan untuk menulis berkaitan dengan rekaan yang dikeluarkan oleh ZALIA Malaysia. Korang boleh baca artikel aku dekat sini ( 5 Must-Have Pieces from ZALIA  ZALORAYA Collection)



"Enjoy reading! 
Dan selain tu, sesiapa yang follow aku dekat instagram, aku ada update Vlog apa yang berlaku sepanjang aku ada dekat situ dan korang boleh tengok aku sudah highlight kan dekat story. Korang boleh tengok dekat akaun (@iqbaalramlan) dan jangan lupa like and follow sekali untuk dapatkan update-update aku. Aku dah mulakan langkah aku untuk ke arah bidang lain iaitu videography. Korang boleh tengok hasil kerja aku yang aku akan perbaiki dari masa ke semasa. 



  


A post shared by QBAL RAMLAN (@iqbaalramlan) on

No comments:

Drop ur felling Here

Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.