Goodbye School - I'm gonna miss you

November 26, 2017
Waa... perasan memang bercampur baur gila tho sekarang ni. Aku rasa sedih jugaklah sebab aku dah tinggalkan zaman persekolahan. Zaman yang hanya datang sekali sahaja seumur hidup. Aku gembira, tapi aku sedih. Banyak gila kenangan yang terpaksa aku tinggalkan. Nak tulis entry ni pun rasa sedih gila. 

Sebagai seorang bekas pelajar mestilah korang pernah rasa maca mana yang aku rasa sekarang ni kan? Dia punya perasaan berat nak tinggalkan sekolah tu... rasa lain macam. Kita kena tinggalkan zaman paling bermakna dalam hidup kita sebagai seorang manusia. 

Tapi nak buat macam mana. Memang adat manusia, berjumpa dan pergi. Aku takkan dapat lupakan masa last day haritu, salam dengan semua cikgu. Berat gila kut nak tinggalkan cikgu-cikgu. Nak tinggalkan enviroment sekolah. Nak tinggalkan perangai gila-gila kawan-kawan. 

 Pejam, celik, pejam, celik. SPM pun dah habis. Soalan pun agak mencabar jugaklah untuk tahun ni. Aku harap aku dapat capai apa yang aku target. 8A. Tapi kalau tak dapat pun aku redho aje - sebab aku bukan pelajar target. Tapi aku memang harap sangat aku dapat pegang 8A tu. Doakan aku gais! 

So, lepas ni aku nak buat apa? sebenarnya aku dah rancang aku nak buat apa lepas ni. Tapi, aku rasa perancangan aku macam tak cukup clear. Korang boleh bagi pandangan tak? 

Okey rancangan aku macam ni. Pertama, aku nak cari kerja dulu buat penuhi masa lapang. Kerja tu aku dah target nak kerja apa. Aku nak kerja untuk tiga bulan sebab kerja untuk tunggu result SPM keluar. Second, dekat sini masalah aku...  lepas aku ambil result aku tak tahu nak kemana. Sama ada sambung tingkat enam, masuk UITM atau masuk IPG( Aku sebenarnya memang minat nak jadi cikgu english) -Haraplah English aku A sebab itu aje syarat kalau nak masuk IPG di bahagian TESL. 

Dan, aku dah fikir, kalau aku tak dapat masuk IPG. Aku nak ke UITM Shah Alam - masuk Masscom, bahagian kewartawanan dan journalist. Sebab memang minat aku untuk menulis tu tak boleh nak halang. 

Aku terfikir jugak untuk sambung ke tingkatan enam untuk ambil STPM. But, the problem is... tak ada sekolah terdekat yang ambil form six, semua sekolah jauh-jauh dan aku dah tak minatlah nak pegang buku lagi. Sebab rata-rata yang masuk tingkatan enam adalah pelajar yang memang minat belajar dia tinggi. Dekat tingkatan enam ni kau kena struggle betul-betul.  Dan... target utama aku, aku sebenarnya nak pergi oversea (Penang) - Haha. Masuk USM.  

Boleh tolong bagi pendapat tak?



39 comments:

  1. Akak pun rasa sedih semasa meninggalkan alam persekolahan. Tapi skrg masa untuk planning masa hadapan terus maju ke hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kita dah tak boleh nak pandang ke belakang lagi. Sekarang ni hanya kita dan Allah sahaja.

      Delete
  2. Enjoy your life your a moment. dalam masa yang sama, fikir untuk masa depan juga ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tengah nikmati saat2 ni. Keluar dengan kawan2 cari kerja. Penat jugaklah. Hahahah

      Delete
  3. aku dulu rilek je time tu. yela duk asrama so bukan semua course balik sekali. kos aku balik dulu so tak terasalah macam berpisah sgt tp lepas tu bila lama tak jumpa baru terasa. ataupun aku ni memang jenis jiwa keras kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhaha yg ni lawak. Akak ni sempoi arrr

      Delete
  4. biasa laa tuu..benda yg kita buat everyday tetiba dah tak boleh nak buat...pasal hala tuju lepas SPM tu...berbalik kepada diri sendiri, tepuk dada dan tanyalah hati betul-betul..yg penting jgn ikut kawan..ikut diri sendiri :) Good luck bro!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I always said tht to myself. Kita memang tak boleh ikut kawan. Kawan lain, kita lain. Truth!

      Delete
  5. Selamat habis sekolah.. gunakan masa dengan perkara yang berfeadah tau.. jangan lepak2 je.. hehe. and gudluck for result nanti.. semoga beroleh keputusan yang diimpikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin kan. Moga2 dapat 8A 💕😊💕😊

      Delete
  6. Sekarang kita baru tau zaman sekolah memang best.

    ReplyDelete
  7. Yes, Form 6 memang kena struggle. Bella pernah masuk form 6 guna result trial SPM. Masuk form 6 otak blank giler. Tak mampu nak hadam belajar sendiri yang rasanya sangat susah. Masuk Matrikulasi barulah nampak jalan sikit. Well good luck ya Qbal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matrik tak ada dalam list sebab Bal bukan budak aliran sains. Hahahaha😂😂

      Delete
  8. Klu result bagus,better ambil kos yang kita minat. TESL for example.

    All the best for SPM! Semoga dapat capai 8A dan teruskan pengajian di uni pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangnya gitulah nak masuk IPG. Jadi cikgu ka. Amin... Moga2 dapat 8A 💕💕💕

      Delete
  9. Sedih bila dh hbs sekolah. Masa sekolah xsabar nk hbs kan. Tapi bila betul² dh hbs rindu sedih yang amat dibuatnya. Apa pun good luck lalui kehiduaon masa hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Memang sedih jugaklah. Tapi nak buat macam mana. Suka tak suka tetap jugak kena pergi

      Delete
  10. Sampai sekarang masih rindu sekolah. Dah masuk alam pekerjaan tak smaa mcm sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😊😁😂😘💕😭😩💕

      Delete
  11. Good luck adik... Alam persekolahan memang byk kenangan manis 5 tahun akan dtg pasti throwback blk... Zaman sekolah.. He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Kenangan dengan kawan2 . membesar sama2 . takkan pernah dilupakan

      Delete
  12. wow good! hope one day you can become english teacher! keep it up and dont give up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope too. Jadi cikgu bukan cita2 Bal yg sebenar pun asalnya. Tapi entah kenapa rasa tu tiba2 datang

      Delete
  13. All the best for spm result .
    Alam persekolahan memang takkan berulang kembali . Sedih rasanya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali je dalam seumur hidup. Kena paksa diri untuk tinggalkan semua perkara walaupun susah gila. Hahaha

      Delete
  14. All the best. Harap dapt buat TESL nanti. In sha Allah doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang. TESL akan Bal ambil

      Delete
  15. Harini genap setahun saya tinggalkan sekolah. Rasa rindu tu memang sangat kuat. Tak lama lagi mesti Qbal akan makin rindu dengan sekolah. Btw, kenapa minat kita sama ni? Saya pun ada impian nak ambil TESL dan masuk USM! Tentang tingkatan 6 pula, bagi saya seronok belajar tingkatan 6 cuma bila nak menjawab soalan sahaja agak sukar. Contohnya, kalau ambil BM, BM tingkatan 6 tak sama langsung dengan BM SPM. Hehe.. Kalau ambil aliran kemanusiaan, memang kena banyak membaca! Tapi, kalau ada kemahuan tak ada masalah pun! ;) Apa2pun, semoga Qbal berjaya capai apa yang diimpikan ya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ada chemistry lah tu. Hahahahah.. Bal rasanya memang taknak ambil tingkat 6 kut. Sebab agak susah dah taknak belajar banyak. Soalan Stpm pun bukan soalan biasa2. Sijil paling susah kat asia tenggar ni.

      Delete
  16. Tamat sekolah memang sedih..tapi dalam hati tazzabar sebanrnya kan? haha
    Nak explore life lebih jauh, dapatkan lesen kereta, travel dengan ex-classmates dgn drive kereta mak haha.
    Planning masa depan, memang kena tanya diri sendiri. Kalau AS, target nak kerja je. Sekarang ni, U grad pun belum tentu ada kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sekarang pendidikan yg tinggi pun kadang2 tak boleh jugak. Kena ada kemahiran lain. Senang cerita. Hidup kita ni kena ada keseimbangan.

      Delete
  17. It's been a long time since I bid farewell to my schooling days. Sometimes I do miss it, much more simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😊😊💕😊💕😘😭

      Delete
  18. Hi di qbal ! okay, akak sokong dengan niat adik tu. Please ambik journalist ! Sebab kos tu sangat laku sekarang, even qbal pun dah jadi blogger, why not gunakan peluang yang ada. Jangan fikir kos yang susah nak dapat kerja, fikir kos yang mudah dan banyak peluang. contohnya macam journalist atau kewartawan tu haaaa... dik dah ambik lesen motor kereta? Kalau belum, haaa masa ni la sesuai nak ambil,hihi... Yang nak kerja tu pun akak sokong, cari pengalaman sikit sebab dunia sekarang, company banyak pilih yang ada pengalaman. Yeah! Semoga akak dapat berita dari awak qbal. Please ambil journalist atau kewartawan tu. Bidang yang boleh pergi jauh sekarang. Ramai kawan akak yang ambil journalist and now dorang dah berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, atas pendapat akak. Bila baca akak tulis macam ni rasa macam nak memilih untuk ambil masscom dalam bidang wartawan dengan jounalist. Rasa lega sikit. Insya-Allah kalau ada rezeki memang hati nak pilih ni sebagai bidang utama. Terima kasih atas sokongan. Sekarang ni Bal tengah ambil lesen motor untuk isi masa cuti ni. nanti kalau dah ada lesen nak gerak kemana-mana jadi senang.

      Delete
  19. in shaa Allah semoga dpt keputusan yg baik. ameen.

    hi jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  20. im you #180th follower. hehe do visit n follow me back too.

    ReplyDelete
  21. dulu kakak tak ambil Stpm sebab tak minat nak belajar, teruskan usaha murni mu dik

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.