The Best Actor Again!

by - August 21, 2017



Since kau dah masuk sini kau kena baca cerita ni sampai habis. haha! Aku dah lama tak menaip dekat keyboard ni, rasa lain macam aje jari ni menekannya.

Siapa ingat aku lagi ni? kalau tak ingat ku relakan sajalah bukan semua benda orang nak ingat kan... lagi-lagi insan kecil seperti saya ini. Haha! Meh nak citer sikit asal dah lama gila tak update blog. Nasib tajuk terakhir entry aku yang lepas "One Last Time" nampak sangatlah yang aku akan berhenti sekejap untuk seketika. Hari ni dah masuk dua minggu Trial SPM dijalankan. Esok kertas PSV. Last, bukan last untuk habis sekolah. Aku kena get ready untuk markah Trials dengan peperiksaan SPM yang akan dijalankan 6 November nanti.

Okey balik pada tajuk atas tu. Yeah! Alhamdulillah... tak sia-sia aku berlakon macam orang gila dekat atas stage tu. Nampaknya memang membuahkan hasil yang lumayan. Korang takkan boleh bayangkan bila aku terpaksa pakai ala-ala Fairygod Father sikit yang aku rasa nampak macam bunian aje pakaian aku. Okeylah tu... FairyGod father kan acah-acah suci.
Image may contain: 2 people, people standing and indoor

8 Ogos yang lepas pertandingan drama bahasa inggeris ni berlangsung. Sebanyak 9 buah sekolah yang sertai. Tapi nampaknya nasib tak sebelah dekat kami macam tahun-tahun yang sebelum ni. Kitorang tak dapat nak kekalkan mahkota "JUARA BERTAHAN DRAMA BAHASA INGGERIS UNTUK TIGA TAHUN"

Aku berlakon untuk sekolah masa form2. Masa tu ilmu lakonan aku taklah berapa baik sangat. Tapi berkat pertolongan kawan-kawan dengan cikgu aku dapat jadi pelakon terbaik untuk pertandingan drama bahasa melayu dengan bahasa inggeris.

Gila ah! Persaingan memang sengit gila! Ramai kut pelakon hebat-hebat yang bertanding. Aku pun masa dekat bawah stage memang kagum tengok cara diorang berlakon. Ada yang guna Italian Accent. Aku cuma guna Lamborian-Accent aje. Haha!

Memang tak dinafikan selama empat tahun aku jadi pasukan drama utuk sekolah aku belajar banyak benda. Mula-mula dulu aku penakut gila orangnya. Nak naik atas pentas pun terketor-ketor kaki tangan. Sekarang ni bila dah lama jadi pelakon untuk sekolah rasa takut tu memang dah kurang dan kadang-kadang memang tak ada pun rasa takut tu.



Sedikit tips lakonan daripada aku:

1. Bila korang dapat bawa satu watak tu korang perlu cakap pada diri korang macam ni "Aku dilahirkan untuk menjadi watak ni" Dan dari situ korang akan dapat satu semangat untuk berlakon dengan sepenuh hati.

2. Bila korang dapat skrip jangan terus hafal dan baca. Korang kaji dulu perwatakan watak tu dulu. Jangan terus bedal aje.

3. Korang kena cari seorang pelakon iconic yang boleh bantu korang macam mana nak bawa watak dengan betul. Contoh, Masa drama bahasa melayu aku pilih Jun Ji Hyun sebagai mentor aku dengan lakonan dia dalam Legend of The Blue Sea. (Sebab aku bawa watak orang yang tak berapa betul sikit) Alhamdulillah dengan jadikan dia sebagai aku punya kajian aku dapat rangkul gelaran "Pelakon Lelaki Terbaik". Dalam Drama bahasa inggeris yang terbaharu ni pulak aku pilih Ariana Grande sebagai kajian aku. Aku tengok watak dia dalam Siri Nicklodeon "Victorious" Di mana Ariana Grande melakonkan watak sebagai seorang yang pelik dan tak betul. Perwatakan itulah yang aku adapatasikan dalam watak aku FairyGod father yang berjaya merangkul "Pelakon Terbaik"

4. Jangan hirau sangat pasal rupa kau. Tak kisahlah kau kacak ke, lawa ke tahap mana sekali pun atas pentas tu. Orang cuma nak tengok lakonan kau aje. Jangan kisah sangat pasal rupa.

Dulu aku clueless gila bab-bab lakonan ni. Kaku beb! Janganlah kata pelakon yang kat TV tu kaku. Sebab bila kita berada di depan orang ramai atau kamera memang kita akan jadi kaku habis. 

You May Also Like

25 comments

  1. Tahniah. Tak semua mampu jadi pelakon terutama yang pemalu ni. Bagus program macam ni dapat mengembangkan bakat yang terpendam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugaklah nak kembangkan bakat ke luar negara. InsyaAllah satu hari nanti😍

      Delete
  2. Wow tahniah.. boleh teruskan bakat tu. Anyway good luck spm ye. Study smart. πŸ˜‰

    ReplyDelete
  3. Wahhh hebatnya awak. Kak ana memang out bab berlakon ni. First and last kena berlakon masa form 4 /5 utk komsas Puteri gunung ledang. Tu pun ntah apa2 rasanya.

    I wish u all the best and good luck for upcoming exam. May u fly with colors.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun bekas pelakon dulu ye waahhh.. Hebatlah jugak tu.πŸ‘πŸ‘πŸ‘Œ

      Delete
  4. wah! tahniah qbal! ada bakat nih nak jadi pelakon terkenal.. tak adalah kayu macam seorang tu >_< hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Nak jugaklah jadi pelakon. Siapa pelakon kayu tu? PM tepi sat. Hahahahh

      Delete
  5. Tahniah! Boleh asah bakat lagi ni. Mana tahu nanti boleh jadi pelakon terbilang pulak. Keep up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Moga tercapailah cita2 yg satu tu☺❤🎬

      Delete
  6. Tahniah qbal.
    Awak ni memang ceria orangnye ye. Ehehehehe comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ceria selalu kalau tak cepat tua. Rhehehehehhe πŸ˜πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  7. Keep it up dik ! Moga maju jaya.ahkak ni sempat berdrama dgn anak2 dalam rumah je hehehe

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah dik. Semoga maju jaya.bagusnya ada bakat berlakon.

    ReplyDelete
  9. Kim salam dekat awek tudung keemasan baju hijau tue hahahahha

    Teruskan minat tue, dekat U nanti lagi banyak peluang macam ini ada.. jangan lepaskan... Buat masa nie, selalu support team teater UTP.. tiap kali mereka turun KL untuk buat pementasan teater...

    ReplyDelete
  10. Tips berguna ni untuk tampil yakin bila berlakon.

    ReplyDelete
  11. Hahaha tahniah. Dah bleh join theater di Istana Budaya. Hehe

    ReplyDelete

Drop ur felling Here