One Last Time!

SELAMAT HARI RAYA!

Salam Aidilfitri semua. Rasanya memang belum terlambat lagi kut nak ucapkan Selamat Hari Raya dekat korang semua. Beberapa minggu ni memang sibuk habis sampai aku tak ada masa nak mengadap blog ni. Banyak juga cerita yang aku rasa nak share tapi aku malas nak tulis. Haha! nampak tak betapa malasnya aku di sini. Aku dah lama tak menulis dekat keyboard ni. Manuskrip aku pun, aku tak sentuh untuk beberapa minggu. 

Well., aku rasa kagum gila dengan blogger yang mampu menulis di blog walaupun sibuk dengan urusan Hari Raya depa.  

SPM!


Tahun ni last aku sambut raya sebagai seorang pelajar. Wuit, sedar tak sedar lagi tiga bulan lebih aje aku akan tinggalkan sekolah. Aku rasa aku akan rindukan suasana sekolah nanti. Bulan lapan, Exam Trial. Bulan sebelas Insya-Allah aku akan duduki SPM. Well... 11 tahun aku duduk di bangku sekolah akhirnya akan tinggalkan zaman yang penuh dengan sejarah ni. 

ARIANA GRANDE!

Aku sebenarnya memang addiction to Ariana Grande. Serius ah! Orang gelak je bila dengar aku minat dengan Ariana Grande. Dia cantik okey, memang wajib lelaki macam aku sukakan wanita yang cantik macam dia. Seyes! Yang penting no plastic surgery! Aku dah follow Ariana Grande lama sejak dia berlakon dalam Nick Series, Victorious. Bila lakonkan watak Cat Valentine, seorang gadis berambut merah yang bodoh dan pelik. Memang aku geli hati betul tengok telatah dia. 

The best part is, her voice! Aku memang nak suara macam dia dalam gaya aku sendiri. Dia punya suara heaven gila. 

Aku tengok consert Ariana Grande dekat Manchester! (Dalam Youtube) Haha!


DESPICABLE ME 3


Cuti raya yang ke-6. Aku Hangout dengan kawan-kawan. Bila lagi nak luangkan masa dengan kawankan. Dah lama jugaklah kitorang tak hangout sama-sama sebab memang kitorang lebihkan untuk study.  Jadi kami pilih untuk tengok Despicable Me 3 biar tension tu berkurang sikit. Nanti aku review movie tu dekat next entry. 


I SANG DESPACITO!

Sejak dua menjak ni lagu ni agak popular jugaklah sampai aku pun dah terikut sama menyanyi lagu ni. Haha. So, aku miming aje lagunya sebab aku tak berapa nak dapat tangkap sangat apa yang dia nyanyi kan. Sekarang ni aku dah tangkap apa yang dia sebut.  
Promote sikit follow Instagram: @B4llll kalau nak tengok. Haha! Jangan kecam!



ITS MY BIRTH MONTH!

Hrooh! Bulan kelahiran Qbal Ramlan sudah tiba. Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara di bumi yang indah ini. Dan... aku dapat dua tiket wayang percuma bersempena bulan kelahiran aku ni daripada Colden Cinema.



4 comments:

  1. Good luck for your spm! And selamat hari ryaaaa! Lama tak jengah sini hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Bro Syed. Tu lah. masing-masing dah sibuk. Syed pun baru mula kerja kan? kita pun tak ada masa nak jenguk blog. Hahaha

      Delete
  2. All the best for SPM! and Happy Birthday in advance ! =)

    ReplyDelete
  3. Hi Iqbal! Start blogging in English man... Believe in yourself.

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED