Lelaki Kelas Pertama - Bab 8

BAB 8 

DATO’ Wazir termenung sendiri di meja kerjanya yang sudah berselerak dengan timbunan kertas. Semuanya sangat menyemakkan mata. Kalau boleh dia rasa dia mahu menghumban semua kertas-kertas itu dari tingkat sepuluh ini sekarang juga. Fikirannya bercelaru dek wasiat dan syarat entah apa-apa bapanya sejak dua menjak ni. tak guna betul!

Dengan perempuan asing itu dia serahkan hartanya. Apa jenis bapa dia tu? Takkan dia anak sendiri disingkirkan? Dato’ Wazir rasa arwah bapanya telah mempermainkan dia. lelaki itu sangat licik walaupun sudah dua bulan meninggal dunia. Kalau nak bagi harta tu bagi sajalah! Kenapa perlu bersayarat bagai?

Tapi bukan itu yang Dato’ Wazir risaukan. Dia lagi risaukan sekiranya dia tidak dapat mencari anak lelakinya itu. Segala harta yang diwasiatkan padanya akan menjadi milik Rozita jika dia gagal mendapatkan tandatangan anaknya itu.

Dan dengan itu dia telah mengerahkan orang-orangnya untuk mencari lelaki yang bernama Fateh Tan Ahmad walaupun pentunjuk untuk mencari itu sangatlah sikit dan langsung tak membantu. Sehingga sekarang dia tak dapat apa-apa berita. Itu menunjukkan orang-orangnya telah gagal mencari. Tak guna! Dia harus lakukan sesuatu.

Sekarang ini hanya satu jalan yang dia fikirkan. Dia perlu mencari semula bekas isterinya. Dia perlu mencari perempuan itu. Perempuan itu satu-satunya kunci yang boleh membawa dia kepada Fateh Tan Ahmad. Cis! Tapi masalahnya juga sebab dia tak tahu di mana bekas isteri dia sekarang ini. Susah! susah! bapanya sengaja mencari fasal. Sengaja mahu menyusahkan hidup dia.

Dato’ Wazir menghentak meja sekuat hati dengan perasaan marah. Dia takkan biarkan Rozita merampas semua hartanya. Dia akan berjuang habis-habisan untuk menyikirkan Rozita. Itu saja cara yang ada sekarang ini.

Bunuh? Ya, memang ada dalam perancangan Dato’ Wazir. Tapi dia tak boleh lakukannya sekarang. Kalau dia bunuh Rozita mungkin perkara lain yang lebih teruk akan berlaku. Tak dapat harta, dia yang meringkuk di dalam penjara. Bahkan mungkin akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Dato’ ada seseorang yang mahu jumpa dengan Dato’.” Suara Azham setiausahanya di dalam interkom kedengaran.

“Siapa?”

“Puan Rozita namanya.” Balas Azham. Dato’ Wazir sedikit terkejut. Dia terdiam beberapa saat sebelum tersenyum sinis.

“Bagi dia masuk.” Arah Dato’ Wazir. “Baik.”
Beberapa saat selepas itu pintu terbuka dari luar. Muncul wajah yang tak asing lagi pada panndangan Dato’ Wazir dua tiga hari ini. Wajah Puan Rozita nampak ketat. Tidak tenang seperti selalu.’

“Speak of the devil.” Ucap Dato’ Wazir sinis.

“Kenapa? Kau baru saja fikirkan pasal aku Wazir?” nada suara Puan Rozita begitu serius.

“Hampir memikirkan…” balas Dato’ Wazir seraya ketawa lucu. Namun tawanya itu langsung tak menarik perhatian Puan Rozita sedikit pun.

“Jemput duduk Rozita. Sebab aku rasa kedatangan kau ni mungkin ada hajat yang sangat besar.” Telah Dato’ Wazir.

Puan Rozita bingkas labuhkan punggung.

“Taniah. Memang tepat tekaan kau tu Wazir. Aku rasa kalau kau masuk pertandingan meneka nasib orang memang kau akan memang.” Bergurau tapi tetap sinis.

“Well… aku tak pernah cuba.” Dato’ Wazir tersenyum dengan gayanya.

“Aku malas nak cerita benda-benda yang mengarut lagi. Aku datang sini sebab nak minta kau supaya jangan mencari Fateh. Biarkan dia dengan hidup dia. kau akan buat dia rasa terganggu.” Tegas nada suara Puan Rozita. Matanya menikam mata dato’ Wazir sedalam yang mungkin. Kalau pandangan itu seperti mata pisau mungkin boleh mati.

Dato’ Wazir tergelak sinis.

“Kau datang tepat pada masanya Rozita. Berdasarkan amaran kau tu, aku dapat meneka yang kau tahu dimana budak tu berada sekarang betul tak?” soal Dato’ Wazir. Puan Rozita tiba-tiba terkejut sendiri. Secara senyap dia menelan liur. Terasa gugup.

“Tak. aku tak tahu kat anak kau sekarang ni. Jangan tanya aku pasal dia sebab kau yang buang mereka. Aku datang sini sebab nak buat percaturan dengan kau.” Puan Rozita berjaya menutup rasa gugupnya.

“Hmm… well, sound nice. Mari kita  dengar apa percaturan awak itu Puan Rozita.” Dato’ Wazir angguk-anggukkan kepala beberapa kali.

“Baiklah. Kau dengar sini Wazir. Aku akan serahkan semua harta aku pada kau. Kau boleh ambil semua sekali harta bapa kau tu. Tapi, dengan syarat aku nak kau berhenti mencari Fateh. Kau boleh lakukannya?”

“Cukup mudah macam tu? Tak cukup mencabar bagi aku sebenarnya.”

“Tolonglah Wazir. Aku akan serahkan semua harta-harta tu pada kau. Kau ambillah sebanyak mana pun yang kau suka. Aku takkan kisah. janji kau takkan kacau hidup Fateh.”

“Kenapa kau cakap macam kau pernah jumpa dengan anak aku?”  tanya Dato’ Wazir. Sekali lagi Puan Rozita tersentak. Apa yang dia dah tunjukkan ni? Wazir tak boleh tahu.

“Tak. aku dah cakap aku tak pernah jumpa dengan anak kau. Aku Cuma cakap berdasarkan pemikiran aku sahaja. Juga berdasarkan pendangan aku dari sudut hati . Aku rasa dia tak patut tahu yang kau ni bapa dia. dia akan jadi sedih bila berjumpa dengan kau. Kau dah lupa ke? kau yang buang isteri kau dan dia masa dahulu. Sekarang ni kau nak cari dia semula sebabkan harta? Kau boleh bayangkan tak perasaan dia kalau macam tu? Berpuluh tahun dia tak jumpa dan tak pernah kenal kau Wazir. Kau buang dia. jadi… bila kau cari dia mungkin dia akan rasa seronok dah terharu. Tapi cuba kau bayangkan kalau dia tahu kau hanya cari dia sebab mahukan harta. Kau buat dia macam tak penting dah kau telah mainkan perasaan dia. dia mungkin akan bencikan kau Wazir. Aku serius!” Puan Rozita mengambil nafas yang panjang.

Dato’ Wazir terdiam memandang mata wanita itu. Berair nampaknya. Tanda-tanda ingin menangis.

“Dah habis kata-kata kau? Sebab sekarang ni tiba masa untuk aku becakap pula.”

“Wazir….” Puan Rozita terasa ingin berkata lagi.

“Nombor satu, kau bukan sesiapa pun! nombor dua, kau tak layak bercakap dengan aku fasal dia! nombor tiga, tolong jangan sibuk hal aku! Nombor empat, tolong pergi dari Malaysia dan bersuka ria dengan hidup kau balik. Dan terakhir sekali, tolong jangan campur urusan aku dengan harta aku!” pekik Dato’ Wazir. Dia sudah bangun lalu duduk semula. Memusingkan kerusi sambil manahan kemarahan.

“Kau teruk…” kata Puan Rozita lemah. Mata Dato’ Wazir menikam mata wanita itu.

“Kau cakap apa?”

“Aku cakap kau teruk Wazir. Kau tersangat-sangatlah teruk dan tak guna!”

“Berani kau!” Dato’ Wazir ingin menampar wajah Puan Rozita.

“Kau nak tampar aku?! Kau nak tampar aku macam kau tampar isteri kau dulu!? Yang tak bersalah dan hanya mangsa keadaan.”

Terhenti pergerakkan tangan Dato’ Wazir yang lagi beberapa inci mahu mengena pipi Puan Rozita.

“Aku merayu pada kau Wazir. Aku boleh bagi kau semua harta aku yang kau nak tu. Aku akan bagi. Tapi tolong jangan ganngu hidup Fateh. Dia dah cukup terseksa dengan semua yang dia lalui. Tapi… kalau betul kau nak cari Fateh juga. Aku sarankan supaya kau carilah dia dengan niat untuk bersama dia semula. Jangan disebabkan oleh harta. Kau akan musnahkan hati dia.”
Sebutir air mata jatuh di pipi Puan Rozita. Laju Puan Rozita seka.

“I don’t need your advice, dumb!”

“You’ll need that. Sebab aku sedih dengan perangai kau. Dari muda gilakan harta. That’s why bapak tak pernah sukakan kau.”

“Dia tak sukakan aku sebab kau hasut dia.”

“Aku tak pernah cakap benda yang buruk fasal kau Wazir. Malah, aku yang pujuk bapak supaya berikan semuanya pada kau. Aku sedar aku ni cuma anak yatim piatu yang dikutip dari rumah kebajikan. Aku sedar. Tapi tak bermakna aku tak sayangkan kau sebagai abang aku. Walaupun kita langsung tak pernah ada pertalian darah tapi aku tetap anggap kau macam abang aku.”

“Berhenti berlakon ‘adik’”

“Apa masalah kau Wazir!” jerkah Puan Rozita yang sudah mula geram dengan sikap lelaki itu.

“Masalah aku adalah kau sibuk urusan aku.”

“Aku menyibuk untuk kebaikan kau dan anak kau!”

“Ataupun untuk kebaikan kau saja? supaya senang kau bolot harta aku sebab aku tak dapat tandatangan anak aku tu.”

Puan Rozita terdiam. Dia mengalih pandangan pada tempat lain. Sebal. Sebal dengan sikap Wazir yang tak pernah berubah. Takkan pernah barangkali.

“Baiklah. Nampaknya percaturan aku tak membawa minat langsung pada kau. Aku tak boleh buat apa-apa. Tapi… aku masih nak ingatkan kau supaya janganlah kau ganggu hidup Fateh. Kau akan buat dia bertambah sedih.”
Dato’ Wazir sengaja memekakkan telinga. Dia berpaling dan menghadap pemandangan di luar tingkap yang sememangnya langsung tak menarik perhatian dia.

“Aku balik dulu. Dan aku akan datang semula untuk buat percaturan lagi. Aku akan buat sampai kau akan terima. Aku Cuma taknak kau ganggu hidup anak kau. Assalamualaikum.”

Beberapa minit kemudian bilik itu menjadi sunyi dan sepi. Menandakan Puan Rozita sudah pun pergi.

Dato’ Wazir tersenyum sinis.

Huh? Perempuan tu ingat dia bodoh ke? takkan dia terima dengan semudah itu. Pasti ad agenda lain yang perempuan itu sembunyikan.

Beria betul taknak dia mencari budak lelaki tu? Maksudnya apa tu? Itu maksudnya dia pernah berjumpa dengan budak tu.

“Rozita… Rozita… kau ingat aku bodoh ke macam kau? Jangan ingat aku tak tahu Rozita. My eyes will keep on you.” Bicara dato’ Wazir pada diri sendiri.

“CUBA check sekali lagi?” Arwin tak puas hati. Dia merenung rakaman CCTV yang bertarikh dimana Tengku Arman mengalami kemalangan jatuh dari tangga. Mesti ada seseorang yang datang menolak papa.

Dua orang pengawal keselamatan itu memutarkan balik rakaman pada tangga. Di dalam rakaman CCTV itu kelihatan Tengku Arman sedang berjalan seorang diri dan beberapa minit kemudian dia terjatuh dengan sendiri. Langsung tidak ada orang yang menolak macam yang Tengku Arman
ceritakan.

Arwin dah kerut dahi sendiri tanda tak percaya dan keliru dengan apa yang terjadi.

“Tapi… Tengku Arman kata dia ditolak oleh seseorang. Takkan papa saya nak menipu pulak.” Tegas Arwin berkata.

“Tapi dalam ni tak ada sesiapa pun Tengku. Hanya Tengku Arman seorang diri. Kami dah pun cek semua rakaman CCTV pada tarikh yang sama . tapi langsung tak ada perkara yang mencurigakan.” Ujar salah seorang pengawal itu. Yang seorang lagi angguk dengan bersungguh-sungguh.

Arwin terus mati akal. Dia termangku seketika. Ke Tengku Arman sengaja nak menipu dia? betullah gamaknya kut. Mungkin papanya berhalusinasi. Tapi… tetap macam tak logik. Arwin dah terduduk di kerusi.

“Nak kami tunjukkan lagi rakaman Tengku?” soal pengawal keselamatn itu.

“Tak. tak perlu. Nanti saya tanya sendiri dengan Tengku Arman.” Balas Arwin pantas dan segera keluar daripada pondok pengawal itu. Dengan segera telefon dikeluarkan dari handbag. Nombor Tengku Arman dicari dan segera didail. Telefon dilekap ke telinga.

“Papa.”

“Ya Arwin ada apa?” soal tengku Arman di talian belah sana. Di rumah setelah pulang daripada hospital tiga hari yang lalu.

“Papa tipu Arwin ke kata ada orang tolak papa?” soal Arwin dengan nada yang cukup serius.

“Hah? Taklah. Mana ada papa nak menipu. Kenapa Arwin? Memang betul. Papa nampak ada orang yang tolak papa.”

“Kalau macam tu kenapa dalam rakaman CCTV tu Arwin nampak papa seorang aje? Tak ada pun orang yang papa cakap tu? Papa jangan nak takutkan Arwin boleh tak? cuba bagi tahu Arwin…”

“Betul Arwin. Papa tak tipu. Papa nampak orang tu masa papa terbaring. Dia pakai baju warna putih. Lelaki mungkin sebab rambut dia pendek dan dia pakai topeng. Papa tak tipu Arwin.” Tegas nada suara Tengku Arman.

Arwin terdiam sendiri. Keliru sekarang ini.

“Nanti Arwin balik rumah , Arwin tunjukkan pada papa. Sungguh Arwin keliru sekarang ni sebab dalam rakaman tu memang Arwin nampak papa seorang aje yang jatuh sendiri. Arwin tak buta lagi papa…”

Tut… tut…

“Hello? Papa?” Arwin agak terkejut. Dia memandang skrin telefon. Talian mati?

“Hish, orang tak habis cakap lagi dah tutup. Pelik betullah.” Rungut Arwin marah. Apa yang tak kena sebenarnya sekarang ni? betul ke ada orang tolak Tengku Arman? Ke sengaja Tengku Arman sengaja membuat cerita?

Tak tunggu lama lagi Arwin terus melangkah masuk ke dalam kereta semula. Tempat yang dituju sudah semestinya Butik Arwin’s.

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam setengah jam lebih. Dan setengah jam itulah buatkan Arwin berfikir panjang tentang apa yang dah terjadi. Sangat mengelirukan.

Dan bila tiba di butiknya Arwin hanya mendiamkan diri. Meneruskan kerja menyusn baju seperti biasa. Melayan pelanggan yang semakin hari semakin ramai yang datang. Membeli, membuat tempahan. Tapi dalam otaknya ligat memikirkan perkara yang tadi. Dari tengah hari hingga ke petang dia hanya terdiam. Bercakap pun jika perlu saja.

Laila yang menyedari perubahan arwin itu hanya diam pada mulanya. Tapi disebabkan rasa ingin tahu Laila itu kuat dia berani bertanya pada Arwin. Sally dan Jiha sedang sibuk melipat dan menyusun baju keluar terkin di ruang pameran sambil bergosip pasal artis korea dan Malaysia.
“Boss? Are you okey? Kenapa tengok boss lain macam aje sejak tengah hari tadi?” tanya Laila. Arwin agak terkejut. Dia memandang Laila. Laptop dihadapannya hanya menjadi tatapan begitu sahaja.

“Tak ada apa-apa. Aku Cuma raasa keliru sikit hari ni.” jawab Arwin jujur. Laila mengerutkan dahi.

“Keliru? Keliru sebab apa?”

“Entahlah… nak kata macam mana ni eh. Okeylah macam ni. papa aku kan jatuh tangga masa dekat syarikat dia tu. And then, pagi tadi aku pergilah check CCTV dekat pondok pengawal. Bila tengok balik rakaman tu yang ada dalam tu hanya papa aku seorang aje. Tapi yang peliknya papa aku cakap dia kena tolak dengan orang. Dia siap kata lagi orang tu pakai baju putih, pakai topeng dan mungkin lelaki.” Cerita Arwin.

Laila membulatkan sedikit matanya. Bulu romanya meremang menyebabkan dia memegang tengkung snediri.

“So… creepylah boss. Pastutlah boss nampak macam stress semacam aje.” Ujar Laila sambil tersengih kelat.

“Itulah. Aku pun rasa seram juga ni. terfikir juga betul ke apa yang papa aku cakapkan tu? Dia menipu aku ke pun. Tapi, dengar nada suara papa aku nampak dia macam betul-betul serius dengan apa yang dia cakapkan.”
Arwin terdiam sebelum berdecit perlahan.

“I really need to find the answer Laila. Benda ni macam dah jadi sesuatu yang serius. Aku rasa macam sesuatu aje dengan apa yang jadi. Macam betul-betul ada ‘seseorang’ yang sedang memerhatikan kami.”

Arwin tergelak sendiri dengan kata-katanya. Wow, Arwin! Sekarang kau dah pandai berimaginasi ye? Taniah sebab itu adalah satu peningkatan yang sangat baik.

“Tak logik di situ…” ujar Arwin perlahan.
Laila terdiam dan hanya ketawa perlahan

No comments:

Post a Comment

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED