Fly To Singapore!

Aku suka Singapore! Kalau bercakap pasal Singapore, apa yang terlintas dalam fikiran korang sekarang ni? Mesti korang akan bayangkan tugu ‘Merlion’ (gabungan antara mermaid dan lion) yang sangat famous tu kan? Sampai memang dah jadi port wajib orang yang jejakkan kaki ke Singapura nak Swafoto depan tugu "Merlion" tu.
Tapi sekarang, jangan kan tugu merlion, banyak lagi tempat yang mesti korang jejakkan tapak kaki kalau dah sampai ke Singapura. kalau tak pergi memang melepaslah korang. Rugi okey!
Singapore memang sebuah destinasi yang menjadi tarikan pelancong luar negara dan dalam negara, tak kiralah kau datang dari sisi dunia mana, sebab Singapura ada banyak tempat yang menarik gila macam, S.E.A aquarium, Singapore Flyer, dan tempat yang paling dapat banyak sambutan homosapiens dari seluruh dunia ni macam Ariana Grande buat concert live ialah Universal Studio Singapore. Nama tempat pun dah gempak kan? Tempat ni yang paling awesome gila! Korang mesti pergi tho bila dah ada dekat Singapore!
Universal Studio Singapore! Bila korang masuk je ke dalam Universal Studio ni terus je rasa macam terbang ke America tau, Nak tahu kenapa? Sebab ada banyak gila set filem-filem Hollywood yang famous dibina dekat sini macam Transformers, The Mummy, dan banyak lagi. Korang kaki movie kan? Dan aku pun memang kaki movie! haha! Mana boleh lepas tempat-tempat yang berkaitan movie macam ni. Rasa macam heaven gila! Globe gergasi tu serius gempak!

Dan kalau korang berpeluang untuk ke Singapore, korang memang wajib okey?! bukan sunat atau harus! Tapi Wajib datang ke Gardens by the bay!

Taman terbesar dekat negara Singapore ni akan menjanjikan satu suasana yang nyaman dan sukar untuk dilupakan! Dan korang takkan pernah rasa perkara ni dekat mana-mana tempat dalam dunia ni. Dalam masa yang sama, korang boleh menghayati keindahan taman dalam dome yang berhawa dingin, dan kalau korang pergi ke tempat ni pada waktu malam, korang dapat la tengok persembahan lampu dalam pukul 7.45pm dengan 8.45pm dekat Supertrees. Tengok persembahan lampu?


Pergh! gila romantik tu kalau ada pasangan yang datang berbulan madu. Confirm akan jadi moment yang paling indah untuk korang yang sedang In Love. Sweetkan? Betul tak? haha! Suamiku paling sweet! Ecewah!

Aku suka gila tengok hidupan laut. Sebab cita-cita aku dulu nak jadi ikan duyung. Haha! Ada tak yang suka tengok hidupan laut? Kalau korang suka tengok hidupan laut. korang mesti datang berkunjung ke S.E.A Aquarium, tempat ni merupakan aquarium yang terbesar di dunia dan yang tercanggih pernah dibina! Paling besar woo! paling canggih woo! Macam korang ada dekat bawah laut! Jadi mesti seronok dapat tengok hidupan laut ni secara dekat depan mata korang je. Bolehlah tengok Qbal Ramlan berenang jadi duyung mencari Shim Cheong (Legend Of The Blue Sea) Haha!


Tapi bila dah datang Singapore takkan nak terus balik hari aje? Rugilah Sis. Kalau dah datang negara orang, mestilah kita nak ada dekat situ dua tiga hari betul tak? Tak bestlah balik hari. Kita menginap di hotel. Hotel yang famous dan glamour sikit. Baru rasa semangat nak travel Singapore lagi. Nak shopping lagi! Kan? Sis-sis semua dah senyum senget pandang suami. Haha!
Orait, bagi korang yang plan nak menginap dekat Singapore dekat sini aku ada beberapa recommended hotels yang boleh korang inapi. Cantik! Hotel memang cantik! Aku senaraikan dekat korang semua tiga hotel yang paling top di Singapore dan memang jadi tumpuan orang ramai dalam dunia ni. Percayakan Qbal Ramlan.

  • Hotel Chancellor@Orchard
Hotel bertaraf tiga bintang ini terletak di Orchard Road dan merupakan antara famous hotel di Orchard Road. Berkonsepkan modern dan kontemporari, serta rekaan dalaman yang simple dan tersusun merupakan pilihan yang tepat buat korang yang inginkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Menawarkan empat jenis bilik iaitu premier room, deluxe twin, deluxe double, dan juga deluxe triple. Bagi korang yang aim dan niat memang nak bershopping, better lah pilih untuk menginap dekat sini, sebabnya hotel ni terletak berdekatan je dengan pelbagai shopping mall seperti Orchard Central (0.28 km), The Centrepoint (0.29 km) dan juga Orchard gateway (0.36 km), korang hanya perlu berjalan kaki je untuk bershopping, tak perlu nak naik public transport bagai.



  • V Hotel Lavender
Buat korang yang memang tujuan datang ke Singapore ni untuk bejalan-jalan sambil menikmati kesibukan kota metropolitan ni, jadi V Hotel Lavender merupakan pilihan yang tepat, sebab hotel ni berdekatan dengan public transport yang memudahkan korang untuk bergerak dan berjalan kesana-sini dengan menaiki MRT di Lavender station. Selain itu, korang juga dapat pergi bershopping dan pergi makan kat bawah hotel tu je. Bagi korang yang nak berkunjung ke Malay Heritage Centre (Istana Kampong Gelam), hotel ni hanya terletak 0.67 km je, tak jauh pun. Hotel ni pun ada tawarkan empat jenis bilik iaitu superior, twin, triple dan juga premier.


  • Resorts World Sentosa - Hard Rock Hotel
                                       
Untuk pengetahuan korang, Resorts World Sentosa ni ada banyak jenis hotel tau di Singapore. Tapi yang paling best sekali ialah Hard Rock Hotel. Hotel bertaraf lima bintang ni mengetengahkan konsep modern, eksklusif dan juga bertemakan rock and roll gitu. Ada tiga jenis bilik yang ditawarkan kepada tetamu iaitu Deluxe room, Deluxe suite, dan juga Rock Star suite. Hotel ni merupakan non-smoking area untuk semua bilik di Hard Rock Hotel ni, dan yang paling best pasal hotel ni ialah setiap bilik come up withpull-out beds which is very convenient buat korang yang datang bersama rakan-rakan. Yang paling best! Yang nak jadi duyung tu, macam aku haha!

                                        
Hotel ini ada swimming pools yang tersangat lah besar dan luas, serta landskap swimming pool yang sangat cantik, kaki terus jadi ekor kalau korang terjun ke situ. Haha!



Aku punya cerita banyak tapi tak cerita macam mana nak booking hotel ni. Nak tahu satu rahsia tak macam mana korang boleh booking hotel ni semua? Memang korang dapat harga yang gila berpatutanlah. Untuk dapatkan harga yang murah dan berpatutan, apa kata korang buat tempahan dengan Traveloka? Traveloka? laman web yang famous gila tu! famous macam lagu Shakira, "Loca-loca"

Laman web Traveloka ni memang gempak gila. Kalau korang kaki melancong korang boleh aje pergi ke laman web Traveloka ni sebab semua ada dekat dalam tu. Kau nak apa? booking hotel? booking flight? Korang boleh booking dekat Traveloka aje. Senang! Dunia sekarang ni hujung jari aje. Tak payah susah-susah kita nak keluar rumah semata-mata nak booking Flight atau hotel. Semua kita boleh buat dalam talian aje. Dekat dalam laman Traveloka ni pula korang boleh pilih search nama hotel yang korang nak inap tu. Tiga hotel dekat atas ni pun ada dalam Traveloka. Tunggu Booking aje. 
    
                                                       (Banyak negara yang korang boleh pilih)

Yang paling penting murah! Sekarang ni pun dah nak dekat Hari Raya. Traveloka buat diskaun untuk booking hotel sebanyak 20%! Waaaa!! Panas tapak kaki weh! 

Tapi rasanya lagi senang kalau korang terus download aje applikasi Traveloka ni dekat telefon korang. Lagi senang nak booking. Jangan risau! Harga lagi murah dan ada banyak promotion yang ditawarkan.


6 comments:

  1. pehhh best gilaaaa! hope one day dapat pergi singapore. Sekarang banyak nak pakai duit kat malaysia. Travel tolak tepi dulu huks huks t.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Singapore memang banyak tempat yang menarik. Gila rugi kalau siapa yang tak pergi. Nampak aje negara tu kecik. Tapi bila masuk dalam... Pergh!!

      Delete
    2. InsyaAllah One day kalau ada rezeki boleh pergi.

      Delete
  2. Fuhhh fuh.. Mampu wishlist dari jauh je.. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkpa. Nanti boleh pergi kalau ada rezeki. Jangan lupa tempat-tempat dekat atas ni semua. mesti kena pergi. Kalau nak senang download Traveloka aje.

      Delete
  3. perghhh bnyak tmpat yg menarik di singapore..

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED