2 week... Nah holidays? (Holidays with question papers)

Everything will gonna be fine. Alright... aku tak update blog agak lama jugaklah. Aku terlalu sibuk dengan kertas periksa yang baru tiga 4 kertas aje yang aku tahu markahnya. But... nah... Aku rasa memang kurang lagi ni. Sebab kebanyakkan kertas soalan yang aku dapat, gred B. Nasib baik Bahasa Melayu masih lagi A

Yang kertas gred B tu pulak lagi sikit je markahnya nak pergi ke A. What!!! Aku rasa macam. Cis! kenapa aku boleh salah soalan yang macam ni? Kalau aku betul soalan ni mesti aku dah boleh dapat gred A. Betul apa yang cikgu aku cakap, 

"satu markah memang amat berharga walaupun ianya hanya SATU. Dan kemungkinan kerana satu itulah kita boleh dapat macam-macam." 

Being form 5 student for this year is not really easy. Aku ambil subjek dan dalam subjek tu aku hanya target 7 subjek saja yang nak dapat A.  

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Perdagangan, Pendidikan Islam, Seni dan Geografi. 2 lagi aku hanya target B. Ya, aku tahu tak adalah cukup sangat target aku ni. Tapi, aku buat ikut kemampuan aku. 

Jadi... memang tak ada cuti bagi pelajar tingkatan 5. Sedar tak sedar lagi 4 bulan lebih aje lagi nak menghadap kertas sebenar peperiksaan SPM. Itu adalah pemulaan bagi semuanya. Sekejap betul masa berlalu sekarang ni. Sebab aku rasa macam baru aje semalam aku masuk ke tingkatan 1. 

Normal, normal kehidupan seorang pelajar macam tu. Tahun lastkan? Buat aje yang terbaik. Dua minggu cuti ni akan dihiasi dengan kelas tambahan dan lambakkan kertas soalan. Aku tak boleh tunggu kelas tambahan Matematik. Serius! Sejak akhir-akhir ni aku rasa suka dengan subjek matematik. Sebelum ni kan aku rasa menyampah gila nak belajar matematik ni. Tapi, nak dekat SPM ni aku rasa seronok gila. Haha. Normalkan? 

Entahlah, dulu masa form 3 aku rasa matematik susah gila. PT3 pun markah matematik aku dapat atas pagar aje. Mungkin cikgu matematik kesayangan aku tu bagi banyak latihan kut. Tu yang tiba-tiba rasa senang nak buat soalan matematik. Betul jugak depa kata, "Matematik ni senang aje, Kau buat banyak latihan, kau buat banyak ulangkaji berulang-ulang kali, kau hafal dia punya formula, kau boleh jawab dengan senang, Matematik ni kau pusing mana pun soalan dia jawapan dia tetap guna cara yang sama." 

Dan ianya berjaya! Yes! satu peningkatan dekat subjek matematik! 

Cuti dua minggu ni akan dihiasi dengan karangan-karangan contoh SPM. Wah... cool gilakan? Haha! 
Essays English pun akan dibentangkan. Teknik menjawab soalan pula makin banyak diberi. 

Sebenarnya, aku bab karangan yang bahagian B memang agak lemah sikit. Tapi dengan cara menulis dekat blog ni aku boleh perbaiki penulisan aku. Aku sebenarnya bukan suka sangat menulis. Tapi, aku tetap jugak nak menulis walaupun aku tahu yang aku punya ayat dalam bahsa melayu tu adalah jugak yang tak betulnya. Salah ejaan, Ayat tak gramatis dan penulisan yang tunggang-langgang macam baru kena bom. 

Penulisan yang baik berdasarkan pemikiran, pembacaan dan hati. Cewah... 

Tapi betul, kalau kau tak suka membaca? kau nak menulis pun tak dapat tahu? memang akan jadi satu masalah kalau kau jenis yang tak suka membaca, Buatnya soalan karangan tu dia minta kau huraikan tentang fakta. ternganga sampai meleleh air kau depan kertas periksa.  

Ahh....

Goodluck untuk kawan blogger yang ambil SPM tahun ni sama dengan aku!


8 comments:

  1. Gud luck for spm yang tak lama lgi qbal...be cool n don stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Lokman Hakim for the best luck!

      Delete
  2. Laa dik jangan main sangat blog ni .. nanti tak fokus hii akak gurau jerr .. all the best.. must be prepared for everything before a big exam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeppp.. hahah����✌✌✌����

      Delete
  3. All the best SPM! Semoga dapat 9A. Saya dulu amik 11 subjek haha.

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED