Lelaki Kelas Pertama - Bab 7

21:30:00
BAB 7
TENGKU JULIA dan Haq memandang Arwin dengan pandangan yang pelik. Kemudian mereka memandang sesama sendiri lalu berbisik dengan perlahan. Tengku Julia dah ketawa nyaring. Haq hanya geleng kepala. hampir separuh daripada pelanggan di D’ Café milik ayah Haq itu sudah memandang ke arah meja mereka dek ketawa nyaring Tengku Julia.

“Kau jangan nak kutuk aku Lia.” Arwin menderam marah. Tengku Julia silang kaki. Haq dah bergerak pergi dari situ.

“Arrggh! Don’t give me that look Tengku Arwin Hashah. Designer terkenal Malaysia apa muka macam tu?” Tengku Julia mengeluh. Rasa macam nak benamkan aje Arwin dalam air kopi tu. Kalau datang aje mesti ada masalah. Ada masalah aje mesti datang. Ke muka dia ni ada ciri-ciri pembasmi dan peluntur masalah orang. Ke macam mana?

“Apa fasal ni?” tanya Tengku Julia menongkat dagu.

“Aku stress lah Lia…” adu Arwin. Dia menjatuhkan kepala di bahu Tengku Julia.

“Kau ni… dah tahu ada masalah cubalah fikir cara untuk selesaikan sendiri. Takkan aku pula yang nak kena selesaikan masalah kau. Masalah aku pun bertimbun lagi kau tahu tak?” Tengku Julia tolak kepala Arwin perlahan. Kepala Arwin tegak semula. Dia memusingkan  kepala kiri dan kanan dengan laju. Cuba melunturkan wajah lelaki itu dari dalam fikirannya.
Tengku Julia dah pandang pelik.

“Kau nak putus kepala ke hah?”  
Arwin tak menjawab. Dia terus menghentakkan kepala perlahan di atas meja. Pak! Pak!

“Kau ni gilalah. Eloklah tu. Hentak kuat lagi. Biar pecah kepala.”

“Hish! Kenapa semua orang nak kata aku gila ni!” Arwin menderam dan merengek. Tengku Julia terkejut sebelum melempiaskan ketawa yang berkekeh-kekeh. Suka melihat keadaan Arwin yang macam tu. Pejam mata, kerut dahi, tutup telinga.

“Kenapa? Selain aku kata kau gila ada orang lain juga ke yang cakap kau gila?”

“Inilah masalah aku.” Arwin mengeluh. Cuba untuk tenangkan diri.

“Papa aku masuk hospital. Patah kaki sebab jatuh tangga.”

“Apa? Kesiannya. Sampai patah kaki sekali.” Tengku Julia terkejut. Siap bulatkan mata lagi. Air kopi di meja hampir jatuh dek gegarkan Tengku Julia.

“Itulah fasal. Papa aku cakap ada orang tolak dia. tu yang buat aku pening sikit tu. Siapalah yang busuk hati sangat tolak papa aku jatuh. Aku nak cari orang tu sampai jumpa. Kalau dia  staf pejabat aku akan pastikan dia dipecat dengan cara yang paling kejam dalam dunia. Tak pun biar aku yang tolak dia jatuh balik.”
Tengku Julia angguk setuju.

“Bagus-bagus. Better kau cari cepat. Ini dah kes aniaya ni. apa punya orang main tolak-tolak pula. Sampai patah kaki pula tu. Aku kalau jadi kau memang aku sekali tak boleh duduk diam. Patutlah kau macam stress nak gila aje malam ni.” 

“Masalah kedua… aku jumpa dengan mama aku dengan adik tiri aku yang gedik tu. Siapa entah nama dia aku dah tak ingat.”
Tengku Julia dah angkat tangan dua belah.

“Itu aku tak boleh masuk campur. Itu masalah keluarga kau. Tapi… aku rasa sebagai seorang kawan kau kan Arwin. Kau patutlah berbaik semula dengan mama kau. Aku bukan apa… yalah, dia ibu kau kan. Orang yang melahirkan kau. Jangan jadi macam aku, dari kecil takde kasih sayang ibu. Mama aku meninggal masa aku kecil lagi. Kau patut rasa bertuah sebab masih ada mak.”

Mereka berdua membisu. Entah kenapa keadaan menjadi sayu. Arwin tak pula membalas. Nampaknya Tengku Julia sudah semakin mempunyai cara percakapan yang lebih baik dari sebelum ini. Mungkin disebabkan dengan kehadiran Haq dalam hidup dia Arwin kira.  Sebab sebelum ni mulut Tengku Julia bukan main celupar lagi bila dengan lelaki.

“Okey… tadi dah dua. Sekarang ni ada apa-apa lagi ke masalah wahai Tengku Arwin Hashah.” Tanya Tengku Julia dengan nada yang beralun. Kening dijongkitkan berkali-kali sebelum Arwin menghembus nafas berat.

Arwin pandang hadapan. Tak tahu arah mana dia tuju. Tapi dalam otak ni dia sekarang ni tiba-tiba fikirkan tentang mamat gila yang menghantui hidup dia beberapa hari ni dah kejap tadi.

“Aku tak tahulah dari mana mamat tu datang. Tapi… apasal hah aku jumpa dengan dia? mulut dia bukan main pedas lagi macam kau.”

“Aik?” Tengku Julia terkejut lalu tersengih.

“Kenapa ni? mamat mana kau cakap ni? kau tu banyak sangat lelaki yang kejar. Tapi… takdelah hebat macam aku ni.” Tengku Julia masih sempat angkat bakul sendiri. Maklumlah, diakan Palygirl bertaraf tinggi.

“Entah. Aku pun tak tahu dia siapa. Aku jumpa dia masa pertama kali dekat Chow Kit. Masa tu aku nak lari daripada bekas pakwe aku yang meroyan gila tu.”

“Haikal aku kira.” Duga Tengku Julia.
Tepat sekali. Taniah!

Then, masa tu jugalah mamat tu ada. Aku… aku…” Arwin macam dah tak mampu nak ungkapkan ayat seterusnya buatkan tengku Julia rapatkan telinganya ke bibir Arwin.

“Aku apa kau ni?” soal Tengku Julia mula geram.

“Aku cium dia.” Arwin menderam marah. Dia rasa macam nak menjerit. Biar satu dunia tahu yang dia tersangatlah bodoh kerana mencium lelaki tu. Apa yang dia dah buat?

“Hah?” Tengku Julia dah tercengang habis. Termangku seketika dia disebelah Arwin.

“Kau cium mamat yang kau tak kenal tu? Kau ni gila ke beb?” Tengku Julia menyoal. Dia hampir ketawa namun ditahan.

“Bodohkan aku? Aku pun tak tahu apa yang aku buat masa tu. Tindakan drastik yang melampau. Nak elak daripada Haikal sawan tu punya fasal sampai aku cium mamat tu.”
Dah namanya Tengku Julia Syed Omar. Memang dah tak mampu nak tahan ketawa. Tersembur juga dihadapan Arwin. Arwin bulatkan mata.

“Suka? Kau sukalah kan…ergghh!” Arwin buat muka merajuk. Palingkan muka dari wajah Tengku Julia yang hidungnya tu dah kembang sebab ketawa kuat sangat. Tak peduli dengan orang sekeliling.

What a funny Arwin. Kau ingat ni kisah dalam drama? Kau boleh cium orang sesuka hati kau. Even, orang dalam drama TV pun bercium bila ada part yang mereka kehendaki untuk kiss each other. Kau ni gilalah Win. Otak kau sewel.”

“Kutuklah. Teruskan. Aku nak dengar berapa banyak lagi kau nak kutuk aku. Biar aku kira masa cepat!” Arwin tunjuk muka tak puas hati. Dia dah malas dengan Tengku Julia ni. mesti nak gelakkan dia. Haq! Ambillah cepat tunang kau ni! 

Please stop it Tengku Julia!” Arwin tolak kepala Tengku Julia. Tapi tetap lagi tak berhenti ketawa. Last sekali Arwin hanya tekup telinga. Wajahnya dah berona merah tahan malu dan geram dalam masa yang sama.

“Okey-okey… tapi serius kau punya cerita ni lawak gila. Bukan tahap dewa dah tapi tahap lima lapisan bumi. Eksosfera, troposfera, mesosfera, statrosfera, termosfera…” kata Tengku Julia dengan ketawa yang masih bersisa. Terkeluar air matanya.

Then? Apa jadi?” soal Tengku Julia bila sudah reda. Lap air mata hujung mata.

Then, aku jumpa dia dekat hospital tadi. Aku rasa dia baru keluar dari hospital sebab kepala dia berbalut. Kau tahu tak betapa pedasnya ayat dia. Macam telan sebakul wasabi. Geram betul aku.”

“Lelaki tu baru keluar hospital? Dia sakit kut. Handsome tak?”

“Entah. Tak tahulah nak kabo. Handsome jugalah. Macam muka cina, mata biru. Tapi handsome tak handsome kalau mulut pedas nak buat apa. Huh,” Arwin terus lentokkan kepala ke atas meja.

Please. Tolong bagi aku rehat kejap lima minit pun jadilah. Aku dah sakit kepala gila ni. kalau kau baik hati kau tolonglah urutkan kepala aku.” Arwin berkata perlahan. Tengku Julia angkat bahu dan terus memicit kepala Arwin. Sedap sangat Arwin picit sampai terkeluar angin Arwin tu.

“Sayang, ni bukan tempat urutan tradisional.” Haq datang memabawa dulang. Makanan di atasnya diletakkan atas meja.

“Sibuk.” Gumam Tengku Julia perlahan. “Dah bangun. Makanan kau ni dah sampai. Kang tak sempat makan kau dah balik dulu. Siapa nak habiskan? Aku? Sorry, aku ni tak kuasa okey.” Tengku Julia tepuk bahu Arwin perlahan. Arwin bangun.
Dengan penuh berhati-hati setelah membaca basmallah disua nasi hujan panas itu ke dalam mulut. 

Segar sikit matanya malam itu secara tiba-tiba.

Tengku Julia dan Haq hanya jadi pemerhati.

“Boleh tak jangan pandang aku? Aku rasa macam nak ludah balik aje makanan ni.” tajam mata Arwin memandang mereka berdua. Haq dan Tengku Julia dah tersengih-sengih.

“Takdelah. Macam ni in. kebetulan kau ada dekat sinikan. Aku nak minta satu permintaan boleh?” Tengku Julia pegang tangan Arwin.

“Apa dia?” tanya Arwin dengan mulut yang masih ada nasi.
“Tolong buatkan kami baju kahwin. Kau buat ikut trend terkinilah. Alang-alang ada kawan designer terkenal ni kan bolehlah minta tolong. Aku dah bincang dengan Haq dan dia pun setuju.” Tengku Julia pandang Haq yang sedang anggukan kepala.

“Ala.. boleh sangat. Nanti kau datang aje butik. Aku akan ada.”

“Set.” Tengku Julia dengan Haq dah tersenyum lebar. Maklumlah. Orang nak kahwinlah katakan. Darah tengah manis sekarang ni. Arwin masih ingat lagi pertama kali Tengku Julia membawa Haq bertemu dengan dia. gara-gara Arwin perlukan seorang model lelaki dalam kadar yang cepat. Masa tu Tengku Julia masih lagi tak sukakan Haq. Dia jadikan Haq ni macam bahan gurauan pula. 

Last-last… tunang. Tunang dengan bodyguard sendiri. Untung badan.
Bercakap tentang bodyguard baru Arwin teringat dengan kerja dia yang satu tu. Dia rasa dia patut telefon Laila untuk tahu perkembangan.

Dan bila sampai di rumah, Arwin agak terkejut apabila diberitahu hampir 100 orang mendaftar. Punyalah terkejut tu sampai di terjelopok jatuh dekat lantai ruang tamu sampai kena bebel dengan Cik Normah. Salah dia juga jalan tak pandang bawah. Kan dah terlanggar sofa.

“Papa Win dekat hospital tu sorang-sorang dia tak kisah ke?” tanya Cik Normah sewaktu makan malam. Arwin yang memandang telefon angkat kepala.

Ahh… tadi papa dah cakap yang dia okey. Lagipun bukan papa duduk diam saja dekat katil tu. Tadi papa dah suruh setiausaha dia hantarkan kerja yang tertangguh. Win pun tak faham dengan papa tu. Waktu sakit nak juga buat lerja. Macam tak ada benda lain yang boleh dibuat. Kerja-kerja dan… kerja.” Rungut Arwin sebal dengan sikap Tengku Arman yang satu tu. Walaupun apa yang terjadi kerja tetap jadi perhatian papa yang nombor satu.

Taniah pada diri Arwin sebab jadi yang kedua paling penting. Huh!

“Biasalah tu. Orang koporat. Win pun kalau masuk dalam bidang yang sama mesti akan jadi macam papa juga Cik Normah rasa. “ gelak Cik Normah.

No... sekurang-kurangnya Win punya masa yang terluang untuk Cik Normah tersayang…” Arwin menyuapkan nasi ke dalam mulut Cik Normha mesra. Mereka kemudian ketawa lucu bersama.


“IBU! Ibu! Ibu!” laung Leo dengan kuat dan termengah-mengah. tanpa memberi salam dia terus menolak pintu rumah dengan kuat. Kesakitan di kepalanya yang dia pikir semakin berkurang sakitnya tidak dipeduli. Yang penting adalah ibu!

“Leo? Leo ke tu?” tanya Salmah dari arah dapur. Berlari anak salmah ke arah Leo begitu juga dengan Leo. Leo memeluk Salmah rapat. Rindu dengan orang tua itu.

“Kau pergi mana Leo? Kau buat ibu risau. merat tempat ibu cari kau. Ibu ingat kau dah tinggalkan ibu.” Air mata Salmah turun.

“Ibu, Leo minta maaf. Leo minta maaf sebab dah hilang dua hari. Ibu okey?” tanya Leo sambil berkali-kali mencium dahi orang tua itu.

“Ibu yang sepatutnya tanya kau sihat ke tidak. Kenapa kepala kau berbalut? Apa dah jadi ni?” soal Salmah dengan nada yang cukup risau. riak mukanya pun menunjukka riak yang sungguh gusar.

“Leo tak apa-apa. Ni sebab… Ah, tak ada apa-apalah ibu. Sikit je ni. Leo tidur rumah kawan sementara pergi mencari kerja. Leo riasu betul tau dekat ibu.”

“Yalah. Leo dah makan?” soal Salmah. Leo geleng kepala. Perutnya tiba-tiba berkeroncong.

“Jom ke dapur. Ibu panaskan lauk.” Tak bertanya banyak terus Leo membuntuti langkah Salmah. Tetapi di dalam kepalanya memikirkan wanita yang dihospital tadi. Wanita bertudung litup. Dia tertanya-tanya apa yang dilakukan wanita itu sekarang jika tahu dia sudah larikan diri daripada hospital? Ah, lantaklah…

“BOSS dah baca dah senarai nama tu semua?” tanya Laila sewaktu mereka sedang berskype di dalam laptop. Laila, Sally dan Jiha menunjukkan muka masing-masing di dalam skrin. Mereka duduk dalam satu rumah sewa. Jadi senang sikit Arwin mahu mengubungi mereka.

“Dah… tapi tak rasa macam ramai sangat ke?” Arwin mengerutkan dahi meminta pendapat. Dia sedang duduk di hadapan kolam disinari cahaya bulan mengambang. Diserikan lagi dengan secawan nescafe 3 in 1 yang masih berasap tipis.

“Itulah fasal boss… saya pun rasa benda yang sama juga. Sebab boss nak dua orang aje kan? Haish, matilah kalau macam ni. mesti lama nak cari.” Keluh Jiha. Yang lain anggukkan kepala.

“Cuba boss bagi kriteria yang macam mana boss nak sesuai untuk jadi bodyguard? Saya rasa ni bukan lagi mencari bodyguard. Dah mencari lelaki maskulin untuk program realiti TV gamaknya.” Seloroh Sally. Mereka ketawa.

“Tulah fasal ramai sangat yang minat dekat boss. Popular juga boss ni eh.” Arwin dah kembang mendengar pujian Jiha itu.

“Dah, korang jangan nak merepek.” Arwin berona merah pipinya. Nasib baik gelap. Kalau tak mesti pekerja dia bertiga tu dah nampak muka tahan malu dia plus hidung di yang dah kembang ni.

“Apa kriteria yang boss nak?” soal Laila.
Arwin pandang langit. Ambil ilham kut dari situ gamaknya.

“Aku kalau boleh nak yang pandai berlawanlah ofcousre, kalau tak macam mana nak jadi bodyguardkan? Lepas tu aku nak yang badan sado tu punya… biar orang nampak takut nak dekat. Muka tu mesti garang. Tapi janganlah sampai aku pun sekali takut tengok muka dia. yang ala-ala… Ammar Alfian punya muka. Macam tulah. Dan… yang paling penting sekali boleh dipercayai.”

“Okey beres. Tapi… saya nak tanya boss ni. boss boleh ke tahan berjam-jam masa pemilihan tu?”

“Entah. Nanti aku fikirkan balik. Dahlah, aku off dulu. Banyak kerja nak buat. Okey guys! Selamat malam!”

“Selamat malam.” Ucap Sally, Jiha dan Laila serentak. Arwin terus tutup laptop setelah membelek emel. Kebanyakkan emel yang diterima daripada bank dan supplier dibuka.

Belek telefon sekejap terus ingin melangkah masuk ke dalam rumah.

“Aduh!!” bunyi orang mengaduh kesakitan itu membuatkan langkah Arwin terhenti secara 
drastik. 

Tiba-tiba bula romanya meremang.

Dia pusing belakang. Bunyi itu betul-betul dibelakangnya. Tak tunggu lama terus Arwin berlari masuk dan mengunci pintu. Berombak kencang dada. Dengupan jantung menjadi laju. Siapa? Soal dia dalam hati.   

2 comments:

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.