Lelaki Kelas Pertama - Bab 4






BAB 4
TENGKU ARMAN menongkat dagu dengan tangannya. Dia merenung tepat ke arah pintu. Namun, fikirannya mengimbas berulang-ulang kali detik pertemuannya dengan Dato’ Wazir sebentar tadi di sebuah restoran semasa dia berjumpa dengan Client.

Raut wajah, Biru mata, garis senyuman yang penuh sinis di muka Dato’ Wazir terhadapnya masih lagi dia ingat. Lelaki kacukan Cina-Aussie itu langsung tak pernah memberi senyuman yang ihklas padanya. Senyumannya itu bagai memberi tahu bahawa dia seorang sangat licik dan merendah-rendahkan orang lain. Dan  Tengku Arman rasa senyuman sinis Dato’ Wazir memang akan sentiasa diberikan padanya.

Apa yang tak kena dengan lelaki itu. Takkan kisah lama masih lagi ingin diungkit. Semuanya sudah terjawab. Apa dendam yang masih lagi tersemat di dalam hati lelaki itu pada dia?

“Tengku Arman…” nada yang cukup menjengkelkan kedengaran di halwa telinga Tengku Arman. Dia toleh belakang dan kelihatan Dato’ Wazir sedang memandangnya dengan tajam.

“Oh…” itu saja yang Tengku Arman balas. Langsung tak terkejut dengan pertemuan tak terjangka itu.

“Buat apa dekat sini?” soal Tengku Arman sekadar berbahasa basi. Matanya merenung mata biru Dato’ Wazir yang sangat ketara.

“Biasalah. Orang berjaya macam aku ni buat apa lagi kalau jumpa dengan client-client. Projek berjuta-jutakan sentiasa menunggu aku.” Kata lelaki kacukan Melayu-Cina itu dengan nada yang bangga. Tengku Arman hanya mampu tersenyum nipis. Tapi kelat.

“Isteri kau sihat? Soal Dato’ Wazir. Serta-merta Tengku Arman mengerutkan dahi.

“Oh, maafkan aku. Aku terlupa pula. Bekas isteri kau sihat?” perkataan bekas itu Dato’ Wazir tekan.

“Entah. Aku tak tahu.” Jawab Tengku Arman malas.
Well, that’s mean your wife still in good health.”

Tengku Arman kalih pandang pada tempat lain sebelum bertentang mata semula dengan Dato’ Wazir.

Whats your problem actually? Apa yang kau cuba nak sampaikan ni Wazir?” soal Tengku Arman.

Nothing. Tapi, aku tiba-tiba rasa macam nak ungkit kisah lama. Kisah… macam mana kau cantas isteri aku. Aku balas balik dengan cantas isteri kau. And then… sama-sama kita bercerai. Kau ceraikan isteri kau. Dan aku pun ceraikan isteri aku. You know? Aku rasa memang dah takdir kut yang kita ni ‘bekas’ kawan lama akan lalui perkara yang sama.” Dato’ Wazir ketawa penuh jahat.

Enough! Cukuplah Wazir. Isteri kau minta cerai dengan kau bukan sebab aku burukkan kau dan bukan sebab aku rampas dia daripada kau. Isteri kau tak sukakan kau bukan sebab kau kaya, kau pandai, kau berjaya tapi sebab personality kau yang buat dia rasa menyesal kahwin dengan kau. You don’t have a good personality you know? that’s why she hate you so much.” Tengku Arman balas balik sambil tersenyum. Nampak jelas kerutan dahi dan wajah masam Dato’ Wazir tatkala Tengku Arman menuturkan ayat tersebut.

“Kau!” Dato’ Wazir menderam marah.

“Kenapa? Kau tak percaya? Itu yang isteri kau cakap pada aku. Dan fasal bekas isteri aku pula. Aku rasa aku ceraikan dia bukan sebab kau. Tak ada makna aku nak ceraikan dia semata-mata hanya kerana kau. Aku ceraikan dia atas persetujuan kami sendiri. Kami dan memang dah tak ada perasaan cinta. Dan memang sudah tak sebulu. Jadi, bukan sebab kau. Kau jangan nak perasan Wazir.” Sambung Tengku Arman lagi. 

Sekali lagi kedengaran ketawa Dato’ Wazir. Ketawa jahat yang cuba menyembunyikan perasaan malu. 



Yuhuu! Papa ku sayang!” suara nyaring bergema satu pejabat Tengku Arman apabila tiba-tiba saja pintu bilik terbuka secara tiba-tiba. Tengku Arman agak terkejut. Dia sempat memegang dada dan berselawat panjang. Mati terus lamunan.

“Tengku Arwin Hashah.” Panggil Tengku Arman dengan nada yang bergetar. Dia memandang anak gadisnya dengan gelengen kepala.

“Apa?” Arwin menyoal balik. Buat-buat tak tahu.
“Berapa kali papa cakap. Kalau masuk bilik papa tolong ketuk pintu dulu. Ni main terjah aje.” Marah Tengku Arman. Arwin hanya gelak. Tak terkesan langsung. Tapi dia sempat minta maaf.

“Maaf. Tak sengaja.”
“Tak sengaja. That’s new answer? Again?” Arwin gerakkan kepala kiri dan kanan. Tengku Arman perli dialah tu.

“Dah. Papa jangan nak membebel lagi. Ni Win pula nak membebel dekat papa. Kenapa papa pergi pejabat awal sangat ni? kenapa tak sarapan dengan Arwin dulu. Sedihlah. Asyik makan sorang je.” Arwin cebik bibir. Tengku Arman deh ketawa lucu dengan keletah anak gadisnya. Langsung tak ubah macam bekas isterinya.

“Jadi. Win dah bawa bekal dari rumah. So, I can lunch with you, my lovely-dovely papa.” Arwin bergerak ke arah Tengku Arman lalu dicium tangan papanya. Tengku Arman hanya menggeleng beberapa kali.

“Tapi papa dah makan.” Ujar Tengku Arman.

Well, my sense refused to take no for an answer. You have to eat okey.”
“Paksaan?” soal Tengku Arman ketawa.

Yes! Paksaan. Win tahu papa mesti lapar lagi. Papa yang Win kenal takkan makan selagi kerja tak habis. Papa could you please  pay attention with your breakfast, lunch and dinner times? Nanti kalau gastrik macam mana?” bebel Tengku Arwin sambil menyusun mangkuk tingkat yang dia bawa tadi di atas meja kerja Tengku Arman.

“Win ni suka sangat membebel lah.” Kata Tengku Arman.

Like father, like daugther. Papa suka membebel dengan Win juga kan.”

“Dah. Malas nak dengar. Papa nak makan. Erm… sedapnya bau. Siapa masak sambal bilis hitam ni?” soal Tengku Arman sambil melihat ke dalam mangkuk tingkat. Sambal bilis, sayur panjang, kubis. Membuatkan Tengku Arman lapar. 



"Win yang masak? Meletup rumah nanti. Cik Normah yang masaklah papa.” Tengku Arman terdiam. Dia geleng kepala lagi. Macam-macam jawapan Arwin ni. Selepas mencuci tangan di tandas Tengku Arman datang semula dan terus menikmati makanan dengan selera. Sambil berbual itu dan ini dengan Arwin. Perbualan mereka diselangi dengan gelak ketawa nyaring Arwin.

“Macam mana dengan butik? Okey semua?” tanya Tengku Arman.

So far okeylah. Banyak benda nak buat. Arwin dah nak buat keluaran design baru bulan depan ataupun bulan depan lagi, Bulan sepuluh. Sibuk sikitlah.”
Tengku Arman angguk lagi.  Kemudian Tengku Arman dan segera mencuci tangan di tandas. Arwin sibuk mengemas mangkuk tingkat. Dan siap kemas dia menunggu papanya. Sebenarnya ada benda yang dia ingin katakan pada papanya. Dan masa yang paling tepat adalah sekarang ini.

“Papa…” seru Arwin.
“Hmm?” Tengku Arman dah sibuk semula dengan kerjanya.
Arwin gigit bawah bibir. Teragak-agak untuk berkata.
“Papa…”
“Ya? Apa dia?” Tengku Arman angkat kepala.
“Kalau Arwin nak pasang bodyguard boleh tak?” soal Arwin dengan tergagap-gagap sedikit.
“Huh?” Tengku Arman terkejut.  


DAEBAK!” itu yang Sally kata tatkala Arwin nyatakan hasratnya pada mereka bertiga di butik. Jiha dah tercengang manakala Laila dah kelip mata berkali-kali. Tak percaya dengan apa yang Arwin katakan kejap tadi.

“Boss biar betul? Boss nak pasang bodyguard?” soal Laila dengan nadanya yang seakan mahu runtuh butik tu.

“Kenapa? Tak boleh ke? lagipun aku rasa, untuk lebih menjamin keselamatan aku. Aku patutlah buat macam tu? Korang bertiga rasa macam mana?” Arwin minta pendapat.

“Saya okey aje boss. Lagipun kalau ada bodyguard senang sikit boss nak gerak ke mana-mana tanpa ada gangguan. Yalah, selama ni mana aje boss pergi mesti ada lelaki miang yang macam nak terkam. Nampak muka boss aje terus ketar lutut.” Setuju Sally tanpa membuang masa.

“Sejak bila boss pikir nak pasang bodyguard ni?” tanya Jiha yang dah lama membisu.

“Sejak hari aku kena kacau dengan Haikal romeo tu lah. Malam tu aku fikir cara macam mana nak bagi Haikal tu supaya jangan datang dekat dengan aku. Termasuklah dengan lelaki-lelaki lain yang suka kejar aku tu. Jadi… bila fikir punya fikir. Aku rasa elok aku pasang bodyguard.” Ujar Arwin dengan nada yang cukup ceria.

“Papa boss bagi tak?” tanya Laila pula. 




“Papa aku dah setuju. Tapi dengan syarat aku mesti bawa bodyguard yang aku pilih nanti datang jumpa dia. dia kena kenal dulu dengan orang yang akan jaga anak dia nanti.”

“Kalau macam tu kena tunggu cari ajelah boss?” soal Jiha teruja. Arwin angguk.

“Hmm. Jadi aku nak minta tolong korang bertiga untuk sama-sama carikan bodyguard untuk aku. Amacam? Nak?” tanya Arwin.

Amazing!” Laila memang dah teruja habis. Begitu juga dengan Sally dan Jiha.

“Jadi… ada cadangan tak macam mana cara yang cepat dan pantas untuk cari bodyguard yang sesuai? Sebab kalau boleh aku nak semua lelaki tu tak kacau hidup aku dah. Dah rasa semak gila.”

“Apa kata kalau kita buat iklan dekat semua tempat awam. Kan mudah tu.” Cadang Sally dengan pantas. “Macam buat poster…” sambung dia lagi. Memang bernas!

“Haah boss. Saya pun setuju. Saya boleh juga rekomenkan kawan-kawan lelaki saya yang lain. Ramai yang nak kalau macam ni.” Laila menokok.

Good ideas! Okey bila kita boleh mula start buat iklan ni?” soal Arwin.

“Kalau kita mula esok okey?” Jiha bertanya.

“Set!” jawab Arwin, Sally dan Laila serentak.

LEO sudah mati akal. Dia tidak tahu apa yang ingin dia lakukan sekarang ini. Begitu mengejutkan dan begitu menyesakkan fikirannya.

“Apa kau buat ni Ijam!!” jerit Leo dengan perasaan marah dan terasa ingin menghamburkan segala air matanya. Dia buntu! Dia sakit hati dan sedih dengan apa yang Ijam lakukan.
Di atas bumbung itu Leo menyepakkan tin-tin kosong dengan sekuat hati ke dinding. Menunjukkan betapa marahnya dia saat ini.

“Kau bodoh Ijam! Kau bodoh! Kenapa kau buat acam ni!” laung Leo lagi. Makin kuat dan makin kuat. Bagai orang gila.

Leo terduduk. Dia ramas rambut sendiri dengan kasar. Matanya merah menyala. Sambil itu tangannya mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluar jeans pendek paras lututnya.
Sehelai surat. Surat putih di atasnya terdapat tulisan. Hampir ronyok kerana berkali-kali Leo gumpal kerana geram membaca tulisan Ijam yang dianggap sungguh bersahaja. 





Aku minta maaf sebab pergi tanpa pengetahuan kau Leo. Tapi aku pergi untuk cita-cita aku. Aku minta maaf kalau aku berkasar dengan kau selama kita bersama. Aku harap kau tak marah aku. Ingat! Aku pergi bukan untuk saja-saja. tapi untuk cita-cita aku. Tolong jaga ibu masa aku takde. Aku harap pada kau Leo. Dan… cakap pada ibu. Kalau ibu tak lagi anggap aku sebagai anak dia sebab aku keluar daripada rumah. Beritahu ibu yang aku akan tetap sayangkan dia. Terima kasih.

Cukup bersahaja dan menyakitkan hati. Itu yang Leo rasa sekarang ini. Kalau Ijam ada di depan matanya tak mustahil sekali lagi dia akan belasah Ijam. Belasah lebih teruk lagi.

“Tak guna! Kau memang tak guna! budak Sial!” Leo menajamkan mata sambil mulut menyumpah seranah.

“Kenapa kau buat macam ni hah?! Kau ingat kau hebat sangat ke?! kau ingat kau bagus sangat ke lari dari rumah! Tinggalkan ibu kau! Kau bodoh!” jerit Leo sambil mendongak ke langit. Kuat dan bergema. Rasanya-rasanya orang dibawah pasti akan bisa dengar pekikan dia itu.
Leo tundukkan kepala. Dengan hanya menjerit. Langsung tak dapat puaskan hati dia. dia sakit hati dengan perangai Ijam. Ijam memang tak guna! Sanggup dia tinggalkan ibu.

Masih lagi dia terbayang bagaimana risau dan sedihnya riak ibu semalam apabila mengetahui yang Ijam sudah lari dari rumah. Ibu tak ubah macam kucing kehilangan anak. Tercari-cari Ijam diserata tempat macam mencari duit siling 5 sen. Mustahil akan jumpa.
Ibu tak ubah macam orang kurang siuman.

Terpaksa gerai burger ditutup pada hari semalam. Juga pada hari ini kerana ibu masih sedih dan kecewa dengan Ijam. Dia tak sanggup melihat air ata ibu menitis sampai merah matanya. Walaupun ibu Salmah bukan ibu kandungnya, namun kalau ibu sudah menjaganya dari kecil hingga sekarang ini. Ibu Salmah sudah menjadi ibunya. Orang yang berhak dia bahagiakan.

“Kau rasa kau bagus Ijam? Kau rasa seronok sekarang? Seronok? Seronok tengok ibu sedih dan kecewa pasal kau? Kau rasa apa sekarang ni? aku rasa kalau kau tengok keadaan ibu sekarang ni. kau pasti akan melutut dekat kaki ibu sekarang juga.” Monolog Leo sendiri. Bercakap sendiri bagai Ijam ada di hadapannya.

Lebih satu jam dia duduk di atas bumbung itu. Akhirnya Leo pulang ke rumah. Daripada dia bersedih dengan budak tak guna tu baik dia jaga ibu. Buat masa sekarang ibu perlukan perhatiannya.

“Ibu…” seru Leo perlahan. Salah sedang mengupas bawang di dapur. Mahu masak barangkali. Tapi, Leo yakin Ibu Salmah masih lagi menangis.

“Leo akan cari Ijam.” Kata Leo tiba-tiba. Ibu Salmah memberhentikan kerja. Dia memandang Leo dengan mata tuanya.

“Tak payahlah Leo. Ijam dah tak sayangkan ibu. Kau tak payah susah-susah nak cari dia lagi.” Bunyi nada suara Salmah bercampur. Bunyinya seperti sedang sedih, merajuk, marah. Ketiga perasaan itu bercampur. Leo tak pasti sama ada Ibu serius ataupun tidak dengan apa yang dia katakan itu.

“Tapi Leo mesti cari dia ibu. Takkan Leo nak biarkan dia seorang diri macam tu je.” tegas Leo.

“Ya. Ibu tahu kita tak patut biarkan dia seorang diri. Tapi, Leo nak cari Ijam macam mana? Leo ada duit? Leo ada cara macam mana nak cari dia dekat sana? Filipina tu besar Leo. Leo tak tahu apa yang ada dekat sana.” Ujar Ibu Salmah risau. Bukan dia taknak benarkan Leo mencari Ijam. Tapi… biarlah anaknya itu. Dia sudah tawar hati. Dia kecewa dengan Ijam. Anggap sajalah Ijam tu dah tiada. Dia malas nak fikir apa lagi. Yang penting dia di sini masih perlu terusan hidup. Dia masih punya Leo.

Tapi itu semua di meniti bibirya. Di lubuk hati seorang ibunya. Dia tetap sayangkan Ijam.

“Kalau macam tu… biar Leo cari kerja. Leo akan kumpul duit dan pergi cari Ijam. “
Ibu Salmah tidak menjawab. Menghalang tidak, membenarkan tidak. Biarlah Leo membuat apa yang dia mahu. Dia sudah besar panjang. Dan sebagai seorang ibu. Dia harus membiarkan Leo menentukan hala tuju hidupnya. Dan dia akan terima dengan redha Ijam pergi meninggalkan dia. Dia hanya mampu mendoakan dua anaknya ini akan berjaya.

Dia tak mahu dua orang anaknya itu sampai ke tua duduk di sini sahaja macam dia. mereka dua insan yang ada masa depan. Mungkin mereka tiada pelajaran tapi, kemahiran dan bakat mereka mungkin akan membantu.  


“TAMPAl dekat sini, tampal dekat sini, sini, sini dan sini.” Arah Arwin pada Laila, Sally dan Jiha. Jari telunjuk Arwin ke arah peta kawasan Kuala Lumpur. Poster sudah pun siap diprint. Cantik betul hasil kerja Sally. Tak sangka Sally ada bakat dalam bidang grafik ni. Arwin memuji Sally.

“Tarikh temuduga 8 haribulan 8, 2016. Boss kena batalkan semua meeting bos nanti ye. Kena awal.” Jiha siap berpesan. Yalah, kadang-kadang Arwin ni boleh dapat penyakit amnesia sekejap. Sampai lupa semua benda. Nasib ada mereka yang sentiasa mengingatkan. Telefon yang ada sebelah pun dia kata boleh hilang.

“Okey. Korang start tampal nanti ye.” Arwin dah tersengih.

“Sekarang ni aku nak gerak ke Bangsar. Ke butik belah sana. Laila nanti jangan lupa call supplier kain kita ye. Suruh dia tambahkan stok kain-kain yang selalu kita pesan tu dan hantar ke Selangor. Cawangan belah sana.” Sempat Arwin memberi arahan.

“Okey boss! I will.” Laila tabik sekali. Arwin terus keluar daripada butik dengan pantas. 

“Korang rasa berjaya tak buat poster ni?” soal Jiha setelah Arwin hilang dari pandangan.

“Aku rasa senang aje dapat sambutan ni. yalah, Arwin tu dahlah hot. Rendah diri pula tu. Dia tu designer popular kau. Untung kita dapat kerja dengan dia. Ada pangkat Tengku. Tapi langsung tak gunakan pangkat tu. Aku tabik betullah dengan boss.” Puji Laila melambung-lambung. Sally dengan Jiha setuju. Itulah Arwin yang mereka kenal.


4 comments:

  1. Uish xsbr bila leo jd bodyguard arwin nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait. kita tengok cam mana. adalah dia jadi bodyguard Arwin? jeng22😂😂

      Delete
  2. makin menarik jalan ceritanya..

    ReplyDelete
  3. Waaaa!! tq tq Abam Kie sebab sudi baca cerita yang tak seberapa ni. Sangat2 terharu..

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED