Lelaki Kelas Pertama - Bab 3



BAB 3

SEKARANG ni bukan setakat tak dapat tumpukan perhatian pada diri. Dengan design-design baju dia pun dia dah tolak tepi. Jadinya, semua kertas bertaburan atas katil. berselerak sana-sini. Dan Arwin memang langsung tak ada hati nak kemas. Kalau boleh lantaklah dia tidur malam tu dengan lambakan kertas kosong yang masih lagi tak terlakar apa-apa lukisan.

Apa yang buat dia jadi macam tu? Jadi macam orang yang dah tak berapa nak betul.
Pertama. Semestinya disebabkan mamat yang ada sawan babi tu. Si Haikal a.k.a Romeo yang tak cukup hari bertapa. Manalah agaknya mamat tu belajar mengurat perempuan sampai perempuan yang dengar ayat dia tu dapat penyakit muntah. Dia punya ayat tu memang semanis kurma betul. Anak buah sapa pun Arwin tak tahu.

Kedua. Kenapa ramai sangat lelaki yang telefon dia ni? sampai nak pegang telefon sendiri pun dia jadi takut dan seram. Macam ada virus dekat telefon tu yang membuatkan apabila disentuh terus berbunyi.

Lagu dari Iphone disebelah badan berbunyi. Arwin dah sokopkan telefon tu dengan bantal. Dah kata dah. Dah nak dekat 20 kali telefon dia berdering. Nombor berbeza-beza pula tu. Memang confirm-confirmlah  mamat yang failed bahasa melayu. Cakap korea kejap lagi baru diorang tahu. Dia orang ingat dia ni apa? Kaunter ke? ke tempat meluahkan perasaan?

Dan… yang terakhir sekali. Dan yang mungkin Arwin takkan boleh lupa sampai bila-bila. Arwin pegang bibir sendiri sebelum menjerit bak orang gila. Dia berguling-guling di atas katil itu sambil menjerit dengan perasaan yang malu pun ada, marah pun ada. Semua perasaan bercampur.
Dia cium seorang lelaki yang dia tak kenal! Dia cium! First Kiss dia melayang macam itu sahaja. Apakah semua itu mimpi?

“Arghh!! No! No!” Arwin tepuk bibir sendiri berkali-kali. Kenapa dia buat macam tu? Kenapa dia cium lelaki tu? Kenapa dia buat benda bodoh tu? Kenapa?! Tindakan drastik apa yang teruk macam tu sekali?

Dia rasa macam nak pengsan dah sekarang ni. rasa macam nak marathon keliling kawasan perumahan sambil menjerit. “Aku bodoh! Aku bodoh!”
Sebab ceritanya sekarang ni memang tindakkan dia sangat bodoh. Kenapa dia boleh cium lelaki yang dia tak kenal tu? Dekat bibir okey! Dekat bibir! Kau rasa?
Arwin tarik nafas panjang. Dia cuba untuk tenangkan diri.. Dia tak boleh fikir dah benda tu. Dia tak boleh fikir fasal benda tu. Anggap saja itu satu insiden yang tak disengajakan. Anggap saja itu semua mimpi. Dan dia baru saja bangun daripada mimpi yang teruk itu. Bad dreams kata orang putih.

“Semua itu mimpi. Semua itu khayalan.” Ucap Arwin berkali-kali dengan nada yang laju sambil menutup rapat matanya.

Arwin kemudian kembali mencelikkan mata dengan satu hembusan nafas kelegaan. Nasib. Dia dah okey sedikit.
Tapi…

Sekali lagi Arwin pegang bibir dia. “Arrggh!!” kenapa dia tak dapat kawal diri! Dia tak boleh lupakan benda tu! Ini berkaitan dengan ciuman. Arwin kembali berguling-guling di atas sambil merengek macam orang tak betul.
Tak sedar ada mata lain dari slide door bilik yang terbuka sedang memerhatikan dia dalam diam.
“Win…”

Arwin angkat muka. Dia nampak Cik Normah, orang tua yang menjaga dia sejak dari usia 4 tahun selepas papa dan mamanya bercerai. Cik Normah memang sangat rapat dengan Arwin. Dan Arwin sudah anggap Cik Normah macam ibu kandungnya sendiri. Bukan macam mamanya yang langsung tak pernah ambil tahu tentang diri dia.

Mamanya hanya pentingkan adik beradik tiri dia. dia benci!

“Arwin tak tidur lagi?” soal Cik Normah lembut.
Arwin bangun, dia terus duduk di atas katil memandang Cik Normah dengan pandangan sedih. Bibir dicebikkan.

“Ni kenapa tak tutup tingkap ni? nyamuk banyak tahu tak.” Cik Normah terus menutup slide door dan menguncinya. Langsir dikatup juga.

“Kenapa muka monyok je ni? dari petang tadi Cik Normah perasan tahu. Arwin ada masalah ke? cuba cerita dengan Cik Normah.”
Cik Normah duduk di birai katil bersebelahan dengan Arwin. Arwin diam sekejap sebelum memeluk Cik Normah dengan erat. Dia membenamkan wajahnya di bahu Cik Normah.

“La… kenapa ni? ada masalah ke?”

“Bukan masalah Cik Normah. Entahlah, Arwin pun tak tahu nak cakap macam mana. Ni berkaitan dengan diri Arwin tau. Kemurungan Arwin hari ni dengan apa yang jadi.”

“Fasal lelaki yang selalu kejar Arwin tu ke?” soal Cik Normah. Dia sudah tahu yang Arwin ni memang ramai peminat. Tapi, Arwin yang Cik Normah kenal bukan jenis yang suka melayan. Suka jual mahal lagi adalah. Tu yang buat orang ramai terkejar-kejar dia tu. Banyak dah rahsia Arwin yang Arwin sukarela cerita pada dia.

“Itu pun satu Cik Normah. Memang Arwin tak boleh nak lari lagi dah dengan lelaki-lelaki tu semua. Tak habis-habis nak mengacau hidup Arwin.”

“Habis tu sebab apa?”
Arwin terdiam. Dia merenung mata cantik Cik Normah. Bawah bibirnya digigit. Arwin mendekatkan bibirnya pada telinga Cik Normah.

“Fasal ciuman pertama.” Kata Arwin perlahan. Macam ada orang lain dalam bilik ni selain dari mereka berdua.

Dan tiba-tiba saja Cik Normah ketawa lucu. Arwin kerut dahi.

“Kenapa Cik Normah ketawa. Tak kelakar tau. Benda ni mainkan perasaan Arwin.” Arwin tunjuk wajah tak puas hati.



“Siapa yang ciuman pertama tu? Bukan Arwin kata ciuman pertama Arwin, Arwin nak hadiahkan pada suami tercinta Arwin ke nanti?” Soal Cik Normah.

“Ni insiden Cik Normah! Benda ni berlaku tanpa sengaja. Arwin pun tak tahu macam mana Arwin boleh tercium dia.” sekali lagi. Kemurungan dia.

“Siapa lelaki tu?” tanya Cik Normah.

“Entah. Mamat cina mana tah.” Kata Arwin tanpa perasaan. Dia masih ingat lagi wajah lelaki tu. Ala-ala cina sikit. Putih melepak tu tak adalah sangat. Cuma ada macam muka cina.

“Aik? Arwin ni biar betul? Takkan Arwin tak kenal?”

“Kan Arwin dah cakap dengan Cik Normah tadi. Benda ni insiden yang tanpa disengajakan. Cik Normah tahu tak, Arwin nak larik daripada Haikal. Haikal datang butik. Lepas tu Arwin lari dengan kereta. Si Haikal sawan tu boleh pula kejar Arwin. Arwin dah tak ada arah tuju dah masa tu. Last sekali, Arwin masuk kawasan Chow Kit. Dekat situlah Arwin tercium mamat tu. Haikal kjar Arwin sampai ke situ tau. Haikal dah nak perasan Arwin. Entah macam mana Arwin takut sangat Haikal tu perasan. Arwin ciumlah mamat tu. Sebab kalau tak buat macam tu mungkin Arwin kena tangkap dengan Haikal.” Cerita Arwin sungguh-sungguh dengan intonasi dan gayanya.
Cik Normah yang mendengar sudah tercengang.

“Hah, Cik Normah terkejutkan?”
“Kenapa sampai macam tu sekali?” soal Cik Normah tak percaya.

“Tulah fasal. Kemurungan Arwin hari ni tau.”  

“Hish! Arwin geram tahu tak!” Arwin ambil bantalnya lalu ditumbuk berulang-ulang kali. Cik normah hanya membiarkan saja sambil tersenyum lucu. Biarkan saja Arwin meredakan stressnya. Itu cara dia dengan menumbuk bantal sampai naik lunyai.
Dalam beberapa minit kemudian Arwin berhenti.

“Dah lega?” soal Cik Normah. Arwin senyum.

“Lega sikit. Nasib baik ada Cik Normah. Kalau tak sampai besok Arwin tak habis fikir lagi fasal benda ni.” Cik Normah pegang pipi mulus Arwin sambil ketawa lucu. Begitu juga dengan Arwin.

“Papa tak balik lagi Cik Normah?” soal Arwin.

“Tak. Alah, macam Arwin tak biasa pula dengan papa. Papa mesti banyak kerjalah tu. Arwin jangan risau.”
Arwin mencebik.

“Yalah tu. Bukan sikap papa memang selalu fokus pada kerja aje ke?” duga Arwin dengan fakta. Dia memang kenal sangat papa dia tu. Fokus dan sentiasa fokus kalau bab kerja. Sampai satu tahap langsung tak pernah nak tengok jam. Kalau boleh nak terus tinggal dekat ofis tu sampai bila-bila. Sampai tak ada masa untuk Arwin. Anak kesayangan dia ni.
Tapi Arwin tak boleh nak marahkan papanya, Tengku Arman. Walaupun papanya fokus pada kerja, tetapi papanya sangat prihatin dan selalu ambil berat fasal dia. bukan macam mama! Huh!

“Cik Normah malam ni tidur dengan Arwin ye? Boleh borak-borak. Sambil tu Cik Normah boleh tolong Arwin buat design baru untuk fashion show akan datang. Cik Normah mesti pakar bidang ni.”

“Memanglah. Bukan ke Cik Normah pemegang titlle primadona terbaik dulu.” Arwin dah ketawa terbahak-bahak melihat gaya Cik Normah tunjukkan. Tak ubah macam model.

“Nanti Cik Normah sign kontrak dengan Arwinlah. Jadi model Arwin nak?” tanya Arwin sekadar bergurau.

“Hish, taknaklah Cik Normah. Kalau Cik Normah duduk atas tu mahu tutup periuk nasi model-model Arwin. Meraung deme nanti.”
Arwin dan ketawa bagai nak gila. Cik Normah memang kelakar. Selalu sangat hiburkan hatinya yang sedang sedih.

“MANA ibu tahu?” soal Ijam yang terasa macam mahu menangis. Namun dia tahan air mata. Salmah memandang ke luar pintu rumah yang semakin baik daripada dulu itu. Salmah menyorokkan wajah sedihnya daripada Ijam.

“Ibu mana yang tak mengerti apa yang anak dia mahukan? Ijam cuba bagi tahu ibu?” soal Salmah keras. Cuba juga untuk menahan air mata.
Ijam terdiam. Dia pandang Leo dibelakang. Yang sedang duduk bersandar sambil memeluk tubuh.

“Ibu tak izinkan Ijam pergi. Itu keputusan ibu!” tegas Salmah. Bukan tega dia nak menyekat cita-cita anaknya. Tapi… mana ada ibu yang sanggup berpisah dengan anaknya sendiri.

“Ibu… tolonglah ibu. Ijam teringin sangat nak kejar cita-cita tu. Ibu tak kesiankan Ijam ke?” soal Ijam sudah sedikit merintih.

Salmah pusing belakang mengadap anaknya. Mata Ijam ditenung dengan dalam.

“Sepatutnya soalan itu ibu yang tanyakan pada Ijam. Ijam tak sayangkan ibu ke? sanggup ke Ijam tinggalkan ibu?” soal Salmah sudah mula sebak.

“Ibu. Tolonglah. Benarkan Ijam pergi sana. Selama ni ada ke Ijam minta apa-apa dengan ibu? Selama ni ada ke Ijam melawan cakap ibu? Cuma satu kali ni je ibu. Tolonglah benarkan Ijam pergi. Ijam nak capai cita-cita Ijam. Ijam nak…”

“Cukup! Cukup Ijam! Ibu kata tak! ibu tak benarkan Ijam pergi! Keputusan ibu muktamad!” tegas Salmah memotong kata-kata anaknya.
Salmah pandang Leo.

“Leo. Kalau Ijam tegas juga dengan keputusan dia. tolong cakap dengan dia. kalau sekali dia tinggalkan rumah ni. Dia bukan lagi anak ibu.” Kata Salmah jelas dan sebak. Salmah terus bergerak masuk ke bilik. 

“Ibu?!” Ijam terkejut dengan kata-kata Salmah.
“Ibu…” Ijam merintih. Dia pandang Leo.
“Tolonglah aku Leo. Tolonglah pujuk ibu.” Rayu Ijam pada Leo. Leo jadi rasa serba salah. dia tak tahu mahu menjawab apa. Apa yang dia boleh lakukan hanya geleng kepala tanda dia betul-betul tak boleh nak bantu Ijam buat masa ni.

Keputusan ibu sudah muktamad. Dan Leo rasa memang selama-lamanya itu keputusan ibu. Takkan pernah berubah.

Ijam nampak macam kecewa. Kemudian dia terus keluar dari rumah. Mungkin sedih Sekarang ini hanya Leo berdiri seorang diri di ruang tamu. Dia meraup muka sambil menghembus nafas berat.

Ijam berdiri di atas bumbung. Menghirup nafas malam ibu Kota Kuala Lumpur. Mencari sedikit ketenangan. Di hadapannya terbentang luas pemandangan hari malam Kota raya Kuala Lumpur itu. Menara berkembar yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia berdiri megah di hadapannya ketika itu. Dari atas bumbung itu semuanya dia dapat lihat. Cantik sangat.

“Kau dekat sini? Dah agak dah…” Ijam toleh ke belakang apabila mendengar suara itu. Leo sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman yang agak hambar.
Kini Leo berdiri di sebelah Ijam. Sama-sama menikmati pemadangan kota raya tersebut.

“Kenapa ibu tak bagi aku pergi hah? Ibu macam tak suka aku ada cita-cita. Dia buat aku ni macam orang yang langsung tak berguna.” Sebak. Itu yang Ijam rasa. Leo membisu sebelum membalas kata-kata Ijam.

“Kau tak elok cakap macam tu. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Ibu buat semua tu, ibu tak bagi kau pergi sebab dia sayangkan kaulah. Takkan kau tak boleh nak fikir?”

“Ya. Aku faham semua tu. Tapi aku pun ada matlamat aku juga. Takkan aku nak hidup dekat sini sepanjang hayat aku. Aku pun ada masa depan macam orang lain kau tahu tak.”
Leo mengeluh. Kemudian dia mengadap Ijam.

“Aku rasa serba salah nak cakap benda ni Ijam, tapi… aku rasa untuk kebaikan ibu kau patut lupakan hasratkan tu. Kau lupakan dengan apa yang aku cakap pada kau selama ni.” Leo terus pusing dan mahu bergerak pergi.

“Macam tu aje?” soal Ijam dengan nada yang sinis. Terhenti langkah Leo.

“Macam tu aje kau cakap? Lupakan hasrat aku? Dengan kata-kata semangat yang kau sentiasa bagi dekat aku. Dengan pujian-pujian kau pada aku. Kau yang bertindak sebagai pembakar semangat aku. Sekarang ni? kenapa kau tiba-tiba jadi orang yang suruh aku untuk lupakan segala-gala tentang cita-cita aku yang kau bantu bina ni?” Ijam sambung lagi.

“Itu memang dah nampak. Jelas dah nampak yang kau jenis orang yang mudah berputus asa Leo.”
Leo sedikit terkesan dengan kata-kata Ijam tersebut. Tapi dia masih lagi membelakangi Ijam.
Angin meniup kuat. Menghilangkan sepi di antara mereka.

“Ha… aku tak sangka rupanya orang yang selama ni jadi pembakar semangat aku adalah seorang yang mudah berputus asa. Selalu ingatkan aku jangan berputus asa tapi diri dia sendiri yang mudah jatuh.” Kutuk Ijam sambil ketawa sinis. Mata Ijam sedikit berair.
Leo masih lagi terdiam. Namun, apa yang Ijam katakan memang cukup terkesan pada dia. kata-kata Ijam bagai racun yang cuba untuk melumpuhkan tulang lututnya membuatkan dia rasa seperti mahu tersembam di bumi.

“Kau sangat lemah Leo.”

“Aku tak!” Leo bersuara lantang. Dia pusingkan tubuhnya mengadap Ijam. Mata Leo sudah merah menyala.

“Kenapa? Kau marah aku cakap macam tu? Kau marah aku cakap benda yang betul?”
Menggigil-gigil tangan Leo mengenggam penumbuknya.

“Habis tu? Kalau kau bukan lemah? Kau apa? Pengecut!” Pekik Ijam dengan lantang.

“Kau cakap apa?! Kau cakap sekali lagi!” Leo sudah marah. Dia memekik juga.

“Aku cakap kau pengecut!” Ijam bagai memprovoke Leo untuk bertindak ganas.

“Sial!” tanpa membuang masa terus Leo menerpa ke arah Ijam dengan pantas. Pipi Ijam yang sedia sakit itu ditumbuk dengan sekuat hati. Ijam tak sempat nak mengelak jadinya dia terjatuh.

Leo terus menerpa ke arah Ijam dengan ganas. Ijam juga melawan dengan kuat. Mereka sama-sama bergelut dengan perasaan marah di hati masing-masing. Semua berbalas dan terus berbalas tumbukan, sepakan seperti langsung tiada pengakhiran dan sukar untuk menentukan siapa yang bakal kalah dan siapa yang bakal menang dalam pergelutan ganas itu.

Hidung Leo dan Ijam sudah mengalirkan darah. Tidak termasuk dengan kesan lembab dia muka mereka. Itu menunjukkan bahawa kekuatan mereka berdua memang sangat kuat walaupun dalam keadaan yang agak lemah. Dua-duanya kelihatan sangat obses untuk menang dalam pergelutan itu.

“Kau cakap sekali lagi!” Leo pegang kolar baju Ijam dengan kuat.

“Kau pengecut!” Ijam juga masih memprovoke. Satu lagi tumbukan kuat hinggap di pipi Ijam. Ijam bangun dan lakukan perkara sama pada Leo. Sekuat hati. Hampir lebih lima minit mereka bergaduh. Dan sekarang ini mereka berhenti kerana sudah hilang kekuatan.

Leo menolak tubuh Ijam menjauhinya. Mereka berdua terbaring keletihan. Deruan nafas kedengaran sangat kuat dan mengah. Leo meraup peluh dimuka manakala Ijam sudah meraung marah sambil memegang kepala.




Dia marah! Dia sedih! Dia sakit hati! Dia stress! Semua perasaan itu bercampur gaul menjadi satu.

Dan akhirnya Ijam menangis dengan caranya. Dia duduk memeluk lutut dan membenamkan kepala. menangis sepuas hati mengenang nasib diri yang malang. Kenapa dia tak dilahirkan dikalangan anak raja? Kenapa dia tak dilahirkan dalam keadaan yang sedia kaya? Kenapa? Kenapa dunia begitu tak adil padanya? Kenapa dia harus dilahirkan dalam keadaan yang susah?
Ijam terus merembeskan air matanya laju.

Leo keliru. Keliru dengan apa yang terjadi. Dia kemudian perlahan-lahan duduk di depan Ijam. Kepala Ijam diangkat dengan lembut. Jelas dia nampak Ijam sedang menangis. Darah, peluh dan air mata bercampur menjadi satu.

“Kenapa hidup aku macam ni? kenapa aku tak jadi macam orang lain? Hidup dalam kesenangan. Kenapa?” rintih Ijam kuat. Dan perlahan-lahan Ijam membenamkan kepalanya di dada Leo. Dia menangis sepuas hati. Kata orang, lelaki hanya menangis kalau hatinya benar-benar hancur. Dan sekarang ini, hatinya benatr-benar hancur luluh.

“Aku cuma nak hidup yang senang. Aku tak suka disisih masyarakat luar sana. Kenapa aku tak boleh dapat!?” rintih Ijam kuat.

Dan tanpa dipinta senyap-senyap Leo mengalirkan air matanya. Dia memeluk Ijam dengan erat. Dia pun merasai benda yang sama. Dia pun terima nasib yang sama. Tapi lebih teruk lagi. Dia tak kenal siapa ibu kandungnya. Dia tak kenal siapa ayah kandungannya. Dia rasa seperti seorang anak yang sudah dibuang ibu bapa sendiri.


Malam itu air mata mereka telah tumpah setelah sekian lama. Bukan tanda mereka seorang lelaki yang lemah. Tetapi sebagai tanda seorang lelaki yang mempunyai sifat kasih sayang di dalam hati. Sifat itu masih ada sekelumit di hati mereka. Mungkin sebesar zarah atau lebih kecil daripada itu. Tapi sebagai seorang manusia biasa. Mereka juga masih punya hati dan perasaan. Dan layak menangis kalau hati sedih juga terluka. 


                                                 to be continue....

2 comments:

  1. As salam. menarik gak jalan cerita ni. pas ni buleh terbitkan novel dgn karangkraf la pulak!
    Blog adik sudah tersenarai di blog list abam kie. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah,tq abam kie atas komen itu. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh terbit novel. tq tq😉😉😄

      Delete

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED