Lelaki Kelas Pertama - Bab 1





BAB 1

“LARI laju sikit Ijam!” Leo memekik dengan suara yang menahan ketawa. Tertoleh-toleh kepala dia dan Ijam ke belakang, tergelak dengan kuat yang mengejek. Di tangan Leo sekarang tergenggam kemas satu bakul kecil berwarna merah.

 “Jangan laju sangat aku dah penat ni gila!!” Ijam balas. Termengah-mengah tapi masih lagi mampu mengekek. Mereka terus memecut laju seperti angin di lorong kecil kawasan Chow Kit tersebut.. Mak nyah-mak nyah sudah berlalu ke tepi dan melolong macam orang gila dengan suara garau mereka tatkala Ijam dan Leo merempuh mereka tanpa sengaja. Hampir membaling handbag jenama cikai mereka.

“Pulang balik duit aku!!” seorang lelaki berpakaian sangat lusuh, koyak sana dan sini masih lagi laju mengejar Leo dan Ijam. Dia tak boleh biarkan duitnya dibawa lari oleh dua orang anak lelaki itu. Penat dia mengemis. Habislah kalau duit dia melayang begitu sahaja!
Leo dan Ijam terus ketawa dan ketawa. Melangkah panjang dan terus berlari. Mereka suka dengan apa yang mereka buat sekarang ni. Mengambil duit pengemis tersebut.

“Laju lagi! Laju lagi!” jerit Leo. Kemudian mereka terus berdesup laju ke lorong yang lebih kecil di kawasan Chow Kit tersebut. Kedai-kedai makan yang beratur sepanjang lorong itu mereka lepasi dengan pantas. Orang cina dan india yang mengenali mereka melaung-laung marah dalam bahasa mereka dengan riak mahu membunuh, kerana Leo dan Ijam hampir saja merempuh meja serta merobohkan kedai mereka yang mereput itu.

Tapi Leo dan Ijam tetap ketawa berdekah-dekah. Mereka sudah sebati dengan semua itu. Kawasan Chow Kit itu adalah tempat bermain mereka.

“Pergh! Dia tak mengalah Leo! Nak juga kejar lagi!” Ijam memberitahu Leo. Leo toleh belakang. Betul kata Ijam pengemis tu masih lagi kejar mereka. Bersemangat betul nak ambil balik duit dia yang mereka curi.

“Laju! Laju! Laju!” Leo terus memecut laju dengan pantas.
Dan akhirnya setelah main selok-belok di semua lorong, mereka berjaya melepasi pengemis tersebut. Terus hilang dari radar.

“Dia dah takde!” Ijam bagi tahu. Dia terus berhenti. Leo pun sama. Masing-masing melepaskan nafas lelah. Maraton sepanjang hampir 1 kilometer. Memang memenatkan. Ijam pula hampir terkeluar anak tekak bila terbatuk-batuk dengan kuat. Leo menepuk-nepuk dada.
Masing-masing lelah.
Dan kemudian mereka merenung sesama sendiri. Ijam dan Leo terus ketawa terbahak-bahak. Mereka menepuk-nepuk bahu sesama sendiri sambil tertawa suka. Seronok kerana dapat mengenakan pengemis itu.

“Kesian dia kau tahu tak? penat dia cari duit tu. Kita senang je curi dari dia! haha!!” Ijam ketawa lagi.

“Ah, biarkan dia. dia tu penipu. Kaki kudung konon. Pengemis tu dah mainkan orang awam. Dah lama aku perhatikan dia. Hah, padan muka dia.” Leo balas balik. Mereka kemudian bersandar di dinding lorong yang kian luntur warnanya. Lumut hijau berumah di tepi longkang.

“Berapa dalam bakul tu? Macam banyak je?” Ijam muncung bibir pada bakul duit.

“Kejap bagi aku cek.” Laju Leo punggahkan duit yang ada dalam bakul tersebut. Berterabur not-not duit Malaysia, lima ringgit, sepuluh ringgit, satu ringgit. Bersinar mata biru Leo melihat duit-duit itu semua.

“Lima puluh ringgit pun ada! Wohoo!” Leo bersorak gembira seraya mengutip duit yang bertaburan dengan rakus. Begitu juga dengan Ijam.

“Wuish, pandai betul mamat pengemis penipu ni cari duit. Tipu orang pun dah dapat lima puluh.”

“Dalam ni semua ada dua ratus. Nah kau ambil seratus… aku ambil seratus.. adil!” Leo agihkan duit pada Ijam. Ijam ambil dengan laju dan terus mencium bau duit itu.

“Boleh bawa pergi karoeke ni!” suka Ijam berkata.

“Tak ada makna nak pergi kareoke. Simpan dalam tabunglah. Kau dah lupa ke kitakan kena kumpulkan duit. Kau kata nak pergi Filipina. Nak jadi pelakon dekat sanakan?” Leo mengingatkan Ijam. Ijam dah tersengih sambil garu kepala. Ya, memang cita-cita dia nak jadi artis di Filipina. Dia pun ada rupa yang sangat kacak. Leo pun tidak nafikannya. Malah, mereka berdua mempunyai rupa yang menawan dan menarik. Kelebihan pada Leo kerana mempunyai mata biru yang sangat menawan.

Huh, dua orang lelaki handsome tinggal dekat Chow Kit dari kecil hingga ke besar. Cita-cita mereka sangat besar. Mereka mahu keluar dari sini dan ingin membuat Ibu Salmah hidup senang-lenang. Tak perlu lagi meniaga burger setiap hari.
Mereka terdiam seketika. Masing-masing sandar kepala pada dinding.

“Kau rasa impian aku ni terlalu besar sangat ke?” soal Ijam pada  Leo. Yalah, menjadi artis di Filipina. Dia minat sejak dia menonton cerita Filipina di warung-warung. Rumah mereka yang nak roboh tu mana ada TV. Jadi kalau nak tengok TV mesti ke kedai atau warung. Pemilik warung dekat Chow Kit ni pun tak kisah kalau mereka tengok TV di situ. Nak baring pun boleh. Tapi, mereka mesti tolong cuci pinggan. Itulah memori waktu mahu meningkat remaja mereka di kawasan Chow Kit ini.
Leo pandang Ijam.

“Aku percaya kau boleh buat. Aku suka kau ada impian besar macam tu. Dan aku harap juga kau akan berjaya suatu hari nanti. Mana tahu kau jadi terkenal ke dekat sana. Ibu mesti bangga dengan kau. Aku lagilah akan bangga. Bangga tengok adik aku. Walaupun kita langsung tak ada pertalian darah.” Leo bagi kata-kata semangat.
Ijam tersenyum.

“Kaulah abang aku Leo. Terima kasih sebab bersama dengan aku selama 23 tahun ni. aku sayang kau sangat.”

“Macam tu lah…” kepala Ijam,  Leo sekeh.

“Tapi… aku tak beritahu ibu pun fasal impian aku ni.  aku takut ibu tak bagi. Apa yang aku patut buat Leo? Aku harap sangat ibu akan kasi aku pergi sana.” Nada Ijam tiba-tiba berubah agak sayu.

“Tak apa. Aku ada dekat belakang kau. Aku akan cuba pujuk ibu supaya benarkan kau pergi. Duit kita kau ke sana pun dah nak cukup kan? Bila-bila masa je kau boleh pergi. Dah banyak dah duit kita kumpul. Beribu-ribu.” Tapi diorang tak pernah simpan dalam bank.

“Aku tak sabar!” Ijam sudah berangan. Dia memang sudah tidak sabar untuk ke sana dan pergi mencuba.

“Eh, jomlah balik cepat! Nanti ibu arah dengan kita. Dahlah ibu sorang je yang ada dekat gerai burger tu. Nanti ibu banyak pula kerjanya kita tak ada.” Leo terus bangun begitu juga dengan Ijam. Mereka terus bergerak laju meninggalkan lorong itu. Bakul merah tersebut dicampak ke dalam longkang.

SEORANG gadis kecil molek. Berambut panjang mengurai sedikit perang semulajadi dan berwajah putih mulus. Masuk ke dalam sebuah butik yang ternama di Malaysia. Sudah ada lima cawangan. Semuanya di bawah label Arwin’s.

Boss! Emergency!!” Laila menjerit bagai nak runtuh cawangan utama butik Arwin itu dengan suaranya. Jiha dan Sally pun dah ikut sama dari belakang Laila. Mereka bertiga terus mendapatkan Arwin yang tak sempat lagi nak letakkan handbag mahalnya.

“Kenapa korang ni? apa yang emergency sangat?” soal Arwin. Terus tangan dia kena tarik dengan Laila ke arah sofa.

Haikal is back!” cemas nada Laila. Sally dan Jiha angguk kepala.

What!” Arwin terkeju habis. “When? Where? Oh my god! Habislah!” jerit Arwin tinggi. Daripada dia yang tenang masuk tadi terus jadi gelabah macam  pekerja bertiga dia tu.

Haikal! Erggh! Nama tu memang dia alergik sangat-sangat. Lelaki mata keranjang. Anak orang berada yang suka menyusahkan orang. Perangai macam beruk yang tak pernah jumpa perempuan. Anak dara orang dah berapa ramai dia goda. Sampai tidur bersama. Arwin alergik! Sekarang ni dia jadi buruan mamat tu? sekali lagi!

“Dia kata dia nak datang! Dia nak jumpa dengan boss!” Sally bersuara.

“Hah?” sekali lagi Arwin rasa macam nak pengsan.

You should go now boss! Oryou’ll die with Haikal’s poison words! Yukk!” Jiha pula bersuara dengan nada yang nak muntah. Dia pun dulu pernah kena try dengan Haikal. Tapi nasib baik dia tak terperangkap dengan ayat racun Haikal itu.

“Macam mana ni? macam mana ni??” jerit Arwin kalut. Memang betul-betul kalut dia sekarang ni. dia tak boleh bayangkan kalau si Haikal tu datang jumpa dia. memang muka mamat romeo tu dia nak sagat-sagat dekat jalan tar. 

Boss balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa hal boss cuma call saya je. Sekarang ni boss kena lari dari sini sekarang juga. Tak boleh tunggu lagi. Dalam masa beberapa minit mamat romeo tu boleh muncul.”

Laila bagi cadangan. Dia, Jiha dan Sally terus tarik Arwin ke pintu depan butik. Arwin kena pergi dengan segera.

“Alamak!” langkah mereka bertiga serta-merta mati dek jeritan Sally.

“Dia dekat luar! Dia nak datang sini!” Sally tunjuk luar. Semua mata yang pandang dah terkejut habis saat mereka nampak lelaki berpakaian segak, berkaca mata hitam yang baru saja keluar dari kereta mahalnya.

“Mati aku!” Arwin jadi buntu. Dia pegang kepala. Haikal dalam perjalan ke mari. Arwin dah jadi gelisah.

“Macam mana ni!! macam mana ni! Laila! Sally! Jiha! Tolong aku!” Arwin betul-betul kalut. Melompat-lompat dia setempat. Bunyi tumit kasut tinggi berketak-keletak melaga lantai.

“Aa… aa..” Laila pun dah kalut dan lompat sama macam Arwin. Dalam kepala cuba mencari idea.

“Hah! Boss jadi patung cepat!” entah dari mana idea tak masuk akal tu datang. Semua dah pandang Sally.

“Betul jugak tu! Setuju! Kulit boss kan putih mesti dia tak perasan punya.” Laila dengan Jiha terus setuju dengan cadangan gila Sally.
Arwin taknak tapi dia terpaksa. Laila dengan Sally terus tarik Arwin ke pentas kecil yang menempatkan tiga buah patung. Laila dengan kekuatan yang dia ada, menyeret satu patung ke tempat lain. Bagi ruang tengah untuk Arwin berdiri jadi patung.

“Cepat-cepat naik!” Sally mengarah. Arwin naik atas pentas kecil tu mengadap ke luar tingkap.
Dia terus buat gaya kaku. Perkara yang tak pernah dilakukan seumur hidupnya. Jadi patung!

“Nah tudung boss. Sokop kepala nanti dia tak perasan!” Laila campak satu selendang. Dengan pantas Arwin lilit pada kepala. haraplah Haikal Romeo tu tak perasan. Dari tingkap lut sinar tu Arwin nampak Haikal sudah mula berada di hadapan pintu butiknya. Arwin terus jadi kaku macam patung.

“Jangan gerak boss! Jangan gerak boss!” Laila sempat berbisik sebelum pergi.

Hello ladies…” suara lunak manis Haikal yang menggoda menyapa gegendang telinga Sally, Laila dan Jiha. Masing-masing cuba untuk berlagak biasa dan tersenyum. Tapi senyuman mereka agak kelat dan dibuat-buat.

“Hai Jiha. Long time not seeyou look  sexy today…” puji Haikal sambil turunkan kaca mata. Jiha yang mendengarnya dah rasa sebu perut. Ada besin tak? tiba-tiba rasa nak muntah sekarang ni.

“Haikal. Awak buat apa dekat sini?” soal Laila. Buat-buat tak tahu. Mestilah nak jumpa dengan Arwin.

“I datang sebab nak jumpa baby boo. Sayang I tu ada tak? I nak ajak dia datinglah. Dah lama tak kiss girl ni.”

Arwin yang berlakon jadi patung di belakang Haikal tu rasa macam nak terbatuk dengar ayat Haikal. Arwin turunkan tangan. Dan dia buat gaya macam nak hentak kepala Haikal. Sally dalam diam suruh Arwin supaya jangan bergerak.

“Arwin? Hmm.. dia tak adalah. Too bad. Kitorang tak tahu dia ada dekat mana. Mungkin dekat cawangan lain ke. you tahukan dia mesti sibuk.” Laila balas lagi. Nampak wajah Haikal yang kecewa itu.

Aa… sayangnya. Tapi tak apalah. Alang-alang I datang ni. I tumpang duduk dululah. Boleh I borak-borak dengan you bertiga. Sekarang you bertiga bukan ada customer pun kan. Jom kita.” Tanpa dipelawa Haikal terus duduk di sofa. Selamba aje lelaki tu. Langsung tak ada perasaan malu.

Arwin buat isyarat pada Sally supaya halau Haikal. Sally angkat bahu sambil berkerut dahi. Dia pun tak tahu macam mana nak suruh mamat Romeo tu blah dari butik tu..
Arwin mengeluh. Nak aja dia hentak kaki sekarang ni. Dia dah penat nak berlakon dah ni. karang kantoi pula aniya aje.

Laila, Jiha dan Sally terus duduk sama bertentangan dengan Haikal. Mereka boleh nampak riak wajah Arwin di belakang Haikal. Arwin sudah tidak tahan untuk berlakon jadi patung lagi. Tangannya lenguh nak angkat. Sally buat isyarat supaya Arwin bersabar sedikit. Mereka sedang cuba untuk halau Haikal keluar.

By the way… you bertiga ada boyfriend? Kalau tak ada boleh tak I nak ambil tiga-tiga sekali jadi girlfriend I?” sesuka sesiku hati aje Haikal ni cakap macam tu. Tak tahu malu betul.
Laila, Jiha dan Sally terpaksa ketawa. Buat-buat lawak dengan pelawaan Haikal yang buat mereka rasa macam nak teranjang aje Haikal ni keluar masa tu juga.

“Tak payahlah Haikal. You dahlah playboy. Nanti makan hati kami.” Laila cuba membalas.
Haikal ketawa dengan gaya machonya. “Ya, I memang playboy. I akui semua itu. Tapi… kalau you bertiga jadi GF I. I akan pastikan yang you bertiga akan hidup senang-lenang. Tak perlu kerja dengan Arwin lagi. Betul tak?” berlagak sungguh Haikal.

Sally dah bangun. Dia rasa macam nak kikis muka Haikal. Terus Laila dan Jiha tarik tangan wanita tu supaya duduk balik. Arwin yang mendengarnya dah rasa macam nak membunuh orang aje masa sekarang ni. geram betul dia dengan lelaki tak betul tu.

“Macam mana? Setuju tak?” soal Haikal.

“Tak apalah Encik Haikal. Simpan ajelah pelawaan Encik tu. Kami tak berminat. Maybe nextime…” Jiha jawab bagi pihak kawan-kawannya.

“Aa… too bad. Sayangnya you bertiga lepaskan peluang keemasan ni.” Haikal tegakkan badan sasanya.

“Bukan semua perempuan tau yang selalu dapat offer daripada macam ni. you bertiga yakin taknak? I akan bagi semuanya pada you bertiga.”
Laila, Sally dan Jiha dah ternganga. Mamat ni memang melampau!

“Kau ni gila ke hah!” entah macam mana Arwin yang geram dan tidak tahan dengan kata-kata Haikal itu terus bersuara lantang. Dia panas hati. Habis penyamaran dia sebagai patung terbongkar. Haikal yang terkejut terus pandang belakang dengan mata yang terpinga-pinga.

“Sayang…” Haikal bangun dengan nada suara yang terkejut.. Arwin ingin dipeluk.

“Sayang kepala hotak kau! Ni ambik!” dengan kekuatan Arwin terus menyepak bahagian kelemahan semua lelaki dengan kasut tumit tingginya.
Sally, Jiha dan Laila terus menjerit. Haikal dah kesenakkan. Dia perlahan-lahan jatuh ke bawah.

“You…you…” tak dapat Haikal nak bertutur dengan betul akibat kesenakkan. Tapi bunyi nada Haikal dalam keadaan sedang marah.
Arwin dah terkejut dengan tindakan sendiri. Melopong mulutnya.  Tak tunggu lama terus dia keluar daripada butik itu.

“Lari boss!!” jerit mereka bertiga di belakang.
Kemudian mereka berpandangan sesama sendiri. Tersenyum sinis. Mereka bertiga pandang Haikal.

“Encik Haikal. Encik Haikal kami akan terima pelawaan Encik Haikal.”  Laila bertutur dengan nada yang jahat.

“Kau gatal sangatkan?! Ambik ni!” Sally terus sepak badan Haikal. Haikal menjerit sakit. Terpelanting dia dan  terus diserang oleh Sally, Jiha dan Laila dengan teruk. Bertalu-talu.

“Padan muka kau! Mamat gatal!” Jiha terus menampar muka Haikal berkali-kali. Mereka tertawa sesama sendiri. Dah lama sebenarnya mereka nak buat macam tu dekat Romeo tak bertauliah seorang ni.  

“Jadi awek kau tak hingin aku! Puih! Kau ingat kau putera dari kayangan!” Sally bagi tamparan wanita sekali lagi.
Haikal terus bertindak bangun sambil menolak Sally dengan kuat. Sally nak terjatuh tapi sempat dipegang oleh Jiha. Mereka lihat hidung Haikal yang mancung tu dah berdarah. Kuat sangat ke diorang lempang?

“Korang jaga nanti! Aku akan balas balik!” Haikal bagi amaran sambil memegang hidung dan terus meloloskan diri keluar dari butik dengan perasaan geram. Dia mengejar Arwin. Dia harus dapatkan Arwin. Sekarang juga!

“Laki tu dah gila agaknya…” gumam Laila tak puas hati.

“Tapi macam mana dengan Boss?” soal Jiha. Laila yang mendengar soalan Jiha itu hanya senyum senget. Dia pandang Jiha dan Sally silih berganti.

“Korang jangan risau. Boss tu bijak. Kalau dia tak dapat lari pun daripada Haikal tu… dia akan cari cara untuk menyorok.” Ujar Laila selamba seraya tersenyum..

“GILA punya lelaki! Dia nak apa ni?! agaknya mesti baru keluar dari wad sakit jiwa! Meroyan macam ada sawan babi!” Arwin laju memandu kereta sambil mencemuh tak puas hati.  Kejap dia pandang depan, kejap dia pandang belakang. Haikal masih lagi mengerjanya dengan kereta. Tak guna! Kalau ikutkan hati mahu saja dia berhentikan kereta dan letupkan kereta Haikal tu sekarang juga. Lelaki tu tak faham bahasa betul! Orang dah tak nak tu berambus ajelah!

Pedal minyak kereta terus Arwin tekan. Laju. Bunyi keretanya semakin menderum kuat di jalan. Membelok-belok di celah-celah kereta yang sama arah dengannya. Dan bila Arwin pandang belakang Haikal tetap juga masih ada. Shit! Lelaki ni memang tak mudah putus asa! Terdesak sangat ke hah?! Gila!

Arwin terus membelok ke kawasan yang lain. Dia sendiri pun tak tahu dia gerak ke mana sekarang ni. dah macam tak ada arah tujuan. Macam mana nak ada arah tujuan kalau dikejar!


“KORANG pergi mana ni? dah lama ibu tunggu tau. Tak reti nak balik-balik ke?” Salmah meninggikan sedikit suara. Dia bercekak pinggang memandang Leo dan Ijam silih berganti. Tak semena-mena telinga dua anak muda itu dipulas dengan kuat.

“Aduh! Aduh! Sakit!” Leo dan Ijam sama-sama mengerang kesakitan. Paling teruk kena pulas telinga depan pelanggan pula tu. Malu aje. Tapi Leo dengan Ijam yakin pelanggan mereka bukan kisah sangat pun. buat hal sendiri aje. Yang mereka tahu mereka datang warung kecil tu sebab nak makan burger. Ada maknyah, pelacur, cina, india, melayu dan gengsters. Semua golongan yang biasa dijumpai di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur ini. Dunia luar takkan pernah pedulikan golongan mereka.

“Kitorang jalan-jalan cari duitlah ibu.” Jawab Leo. Perlahan-lahan Salmah lepaskan pulasan telinga. Ijam usap telinga sendiri.

“Macam-macam korang ni. dah. Buat pesanan burger tu cepat. Ibu nak balik. Nak ambil stok daging dengan roti dengan Atoi.” Ujar Salmah.

“Baik bu…” Leo dan Ijam sama-sama mengangguk. Salmah terus beredar dari situ.

“Kaulah ni, aku dah kata suruh balik cepat.” Leo sekeh kepala Ijam. Ijam balas balik. Dan mereka sama-sama menyekeh sambil ketawa lucu.

“Abang! Berapa lama nak tunggu burger kitorang ni hah! Tak siap-siap lagi! Kitorang dah lapar ni tau. Kejap lagi dahlah nak kerja. Jangan sampai kitorang kerjakan abang…” suara lelaki tapi dah bertukar jadi perempuan melaung. Kumpulan pondan tu pun dah berteriak sama.

Yala-yala!” Leo menjawab. Kemudian sama-sama mereka bergerak ke warung burger kecil Salmah. Memasak pesanan. Sambil-sambil itu mereka berbual-bual mesra dengan semua orang di situ. Semuanya sudah biasa bagi mereka. Semua golongan di Chow Kit itu mereka jadikan kawan.

Dengan gengsters. Tapi mereka tak pernah nak masuk kumpulan gengster sebab tak mahu datangkan masalah pada Ibu Salmah. Walaupun dah beberapa kali dipelawa oleh ketua-ketua gengster. Faktor utamanya adalah sebab mereka pandai berlawan.

Kes pandai berlawan ni bila mereka dari kecil memang dah melepak dekat tempat ahli-ahli gengster buat pertandingan berlawan. Sampai mati orang kena belasah pun mereka pernah lihat dengan mata sendiri. Kalau siapa yang menang akan mendapat tempat tertinggi di dalam kumpulan dan duit. Dunia sekarang. Semuanya tentang duit. No money, you nothing!

“Kau siapkan ni. aku pergi tengok ibu. Takut dia tak boleh angkat barang sorang-sorang.” Leo tinggalkan kerjanya yang separuh itu untuk Ijam. Ijam angguk dan Leo terus berlalu. Ibu bukannya kuat sangat. Dia dah tua. Nanti takut pula kalau tak larat pula nak angkat barang banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment

Drop ur felling Here

INSTAGRAM FEED