Apa Yang Jadi lepas 1 tahun bergelar Penulis?

17:09:00




Hai, selamat petang kawan-kawan. hari nak post something yang agak special yang pernah berlaku dalam hidup FI setelah setahun bergelar penulis. tapi rasanya Fi dah start menulis tahun 2013... haha... tahun 2015 baru ada muncul buku. 

Okey, cerita pertama yang FI buat masa tahun 2015 (awal tahun). Cerpenlah sebab masa tu tak pandai nak buat novel lagi. baru berjinak-jinakkan? macam mana nak boleh tulis novel yang banyak muka surat tu. tajuk pertama cerpen pertama FI "Cinta Cik Laundry" aigoo... tajuk dia macam cerita kanak-kanak aje. and, ofcozlah kisah cinta. hahah... FI ambil masa tak lama pun nak siapkan cerpen ni. dalam beberapa jam, sebab 8 muka surat aje. tapi waktu tu bagi FI 8 muka surat memang dah banyak gila. baru first menuliskan? ofcozlah kata dah banyak. 

Then... lepas dah siap... FI hantar pada P2u. untuk sesaja nak siarkan dekat sana. lama jugalah FI dah hantar cerpen tu tapi tak disiar-siarkan lagi. FI okey aje sebab maybe masa tu P2u tengah sibuk fasal diorang pun syarikat yang besar. 


Pastu dah nak dekat enam bulan jugalah cerpen tu FI hantar tapi still tak disiarkan. And FI rasa mesti diorang tak terima FI punya cerpen tu. mungkin diorang tak perasan kut. 

tak lama lepas tu FI tengah godek-godek FB. tetiba terjumpa pula poster satu penerbitan ni yang tengah mencari cerpen untuk dikompilasikan jadi satu buku. n tanpa fikir panjang FI hantarlah cerita Cinta Cik Laundry tu dekat diorang. tapi Fi dah ubah tajuk dia jadi  "Cik Laundry" aje.... 

entah macam mana dalam masa yang sama , tetiba cerpen Fi tersiar dekat lama web P2u. pelik juga FI. yalah dah 6 bulan hantar tapi takde jawapan. tetiba aje tersiar. masa tu dah jadi kelam kabutlah juga sebab penerbit dah tanya fasal benda ni. dia kata settelkan dulu dengan p2u. FI okey aje. FI telefon P2u nak minta diorang padam... dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 

Cerpen Fi tetap diterima. syukur. masa tu macam nak lompat-lompat aje sebab dapat terbitakan cerpen. tak sangka pun ada. lagi-lagi bila dapat bergabung dengan 19 penulis yang lain. Dan bila buku tu dah keluar Fi rasa seronok sangat. eceh... padahal baru kompilasi aje. hahah... Tajuk dia "Cinta Anugerah Kehidupan" Fi guna nama pena KING masa ni.



so, start dari situ FI tak boleh berhenti untuk menulis. FI jadi suka untuk menulis. dah macam ada dalam darah pula bidang penulisan ni. 

So, bermula buku kedua pula yang diterbitkan. masih juga kompilasi tapi kali ni dengan 14 penulis pula. tajuk cerpen FI "Misi Mencari Abang Sado" hamboi.. kau... hahaha.. dapat tajuk ni sebab masa ni trend abang-abang sado tengah letop!



dan... keluarlah buku yang kedua bertajuk "Campur". dan masa ni FI start guna nama betul sebagai Fazrol Iqbal. syukur. dalam satu tahun dah ada dua buah kompilasi. satu pencapaian yang amat FI banggakan. lagi-lagi dalam masa yang sama dapat jadi bloggger. seronok sangat dalam berkenalan dengan korang semua.

And now... dengan semua idea yang diberikan dan pastinya dari Allah swt. Fi dapat siapkan novel pertama FI. dah sekarang ni dalam penilaian penerbit. penerbit mana? masih lagi rahsia.

doakan semiga FI dapat. teringin gila nak peganga buku dengan nama sendiri dekat depan.

okey bye... salam... see ya next entry.



No comments:

Drop ur felling Here

Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.