Adaptasi Novel My Dear Mr Dimple

01:14:00
ASSALAMMUALAIKUM

selamat mlm semua...  petang tadi FI dah cerita fasal ADAPTASI NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU.

malam ni tetiba nak bagytahu fasal adaptasi novel lain pula.  Adaptasi novel MY DEAR MR DIMPLE -KARYa aifabatrisya.  Novelist ni kawan FI.  kawan maya ajelah.  Kui2

Novel dia akan diadaptasi menjadi drama tak lama lagi yang akan menghiasi kaca tv pd 2016 nanti.  Di slot akasia kalau FI tak silap.  Rasa teruja pula sebab mmg tertunggu2 novel ni diadaptasi

Cakap bnyk tok guna.  Nah tengok gambar dia




Rasa2 okey ke pelakon tuh?  Bagi FI okey aje.  Janji diorang boleh bawak watak dengan baik  


Sinopsis   

Umar Faliq. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejuatan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.
"Awak sendiri pun masih lagi belum boleh menerima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi .... alang2 saya dah tolong awak tadi... apa kata, awak bagi saya teruskan?" -UMAR FALIQ
"Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main2, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu2 masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ini dan lepas kita tunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?" - ZARIN SOFEA
Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea.
Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.
Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Atau Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?



No comments:

Drop ur felling Here

Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.